22 Jun 2012

Najib & UMNO BN Terdesak Adakan PRU Pada Musim Haji

Najib pertahan p'raya di musim haji

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mempertahankan langkah mengadakan pilihan raya ketika musim haji dengan alasan, perkara seperti itu pernah dijalankan sebelum ini.

Katanya pilihan raya ketika musim haji itu pernah diadakan sebelum ini.

"Saya takkan terikat pada apa-apa desakan pada PAS dan pemimpinnya. Dalam sejarah kita, kita pernah buat pilihan raya masa musim haji.

"Musim haji pernah diadakan masa (seorang bekas perdana menteri) pada tahun 86 atau 82," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno petang ini.

Pada ketika itu, seorang anggota jawatakuasanya dicalonkan dalam pilihan raya tersebut.

Namun calon berkenaan tidak dapat dihubungi kerana berada di Mekah pada waktu itu.
"Jadi bila dia balik, dia terimalah hakikat bahawa dia tidak dapat jadi wakil rakyat," katanya.

Dalam pada itu beliau turut mengambil peluang untuk menyindir timbalan presiden PAS Mohamad Sabu yang memintanya bertanggungjawab sekiranya pilihan raya umum diadakan pada waktu itu.

"Dia lebih daripada Tuhan tentukan soal dosa dan pahala. Sebab kita tak sekat sesiapa nak pergi haji. Dia (orang nak pergi haji) pergi haji, pergilah.

"Dan itu mesti diutamakan bukan soal apa-apa urusan lain termasuk pilihan raya. Kalau dah buat ketetapan nak tunai haji, kita mesti teruskan," kata Najib.

Pinda perlembagaan

Sementara itu, Bernama melaporkan Najib sebagai berkata bahawa Perlembagaan Persekutuan perlu dipinda jika pilihan raya umum hendak diadakan selepas tempoh mandat pentadbiran kerajaan sedia ada mencukupi lima tahun dan bukannya lebih awal.

Katanya, tiada apa-apa yang menyekat kerajaan untuk mengadakan pilihan raya umum lebih awal atau menunggu sehingga cukup tempoh lima tahun mentadbir negara.

"Perlembagaan negara membenarkan Perdana Menteri pada masa berkenaan untuk menasihati Yang di-Pertuan Agong membubarkan Parlimen, tapi tidak lewat dari tempoh lima tahun. Itu peruntukan Perlembagaan.

"Selagi tak ubah peruntukan Perlembagaan, kita tak boleh kata kita perlu buat lebih awal sebagai satu ketetapan atau sampai penghujung lima tahun sebagai satu ketetapan. Maknanya kuasa budi bicara itu dibenarkan oleh Perlembagaan," katanya.

Beliau mengulas kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz di Parlimen semalam bahawa kerajaan sedang melakukan gerakan kecil-kecilan untuk mempertimbang bahawa pilihan raya umum diadakan apabila tempoh mandat pentadbiran kerajaan sedia ada mencukupi lima tahun dan bukannya lebih awal. -mk

Dr Asri: Pilihan raya waktu haji satu kesalahan

Mantan Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainal Abidin berpendapat mengadakan pilihan raya umum (PRU) sewaktu musim haji adalah satu kesalahan.

"Mengadakan PRU semasa musim haji seakan-akan sengaja solat di tempat orang lalulintas.

"Kesalahan bukan kepada yang melintas tetapi kepada yang sengaja memilih tempat solat di tempat orang ramai melintas.

"Orang yang sengaja memilih tempat lalulintas itu yang berdosa," katanya kepada Malaysiakini.

Menurutnya lagi, perkara itu sebenarnya pernah diulas ramai ulama, termasuk Ibn Hajar dalam bukunya berjudul Fathul Bari yang mengulas hadis-hadis sahih Bukhari.

Asri juga menggesa agar ulama yang mengkaji perkara itu agar "memahami dan melihat hukum pada dimensi yang lebih luas".

Polemik pilihan raya umum sewaktu musim haji mula timbul apabila Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menyeru anggota parti itu yang terlibat langsung menangguhkan ibadah tersebut jika pilihan raya berlangsung pada tempoh masa sama.

Mufti Perlis sependapat, S'gor sedikit berbeza

Seruan itu dibuatnya kerana PAS memerlukan ahli-ahlinya untuk menggerakkan jentera kempen sewaktu pilihan raya.

Turut mengulas perkara itu sebelum ini, Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya yang berpendapat pilihan raya pada musim haji tidak wajar kerana ia bakal melemahkan umat Islam.

Menurutnya, langkah itu jika dilaksanakan adalah satu tindakan tidak adil kepada umat Islam dan akan menyebabkan umat Islam lemah dari segi politik.

“Janganlah mewujudkan fitnah dan kekeliruan kepada umat Islam dalam soal ibadat mereka kerana kecelaruan dan perangai kurang cerdik orang politik,” katanya seperti dilapor Sinar Harian.

Sementara itu, Mufti Selangor Datuk Mohd Tamyes Abdul Wahid pula mengambil pendirian sedikit berbeza apabila berpendapat haram bagi mereka yang pertama kali berpeluang menunaikan haji menangguhkannya demi mengundi dalam pilihan raya.

"Bagi mereka yang berniat untuk mengerjakan haji dan ini adalah kali pertama, di mana cukup bekalannya sepanjang berada di sana dan cukup bekalan yang ditinggalkan untuk ahli keluarganya di sini dan aman perjalanannya, maka hukumnya wajib.

“Jika dibatalkan niat itu hanya kerana perkara duniawi... sekiranya dia meninggal dunia sebelum sempat menunaikan haji maka matinya dalam keadaan jahiliah," beliau dipetik sebagai berkata.
-mk


Ulasan GB

Jika demikian hujjah Najib yang tetap dengan pendiriannya untuk mengadakan pilihanraya pada musim haji, kita yakin Allah swt akan memberikan balasan yang setimpal dengan denganNya kerana semata-mata untuk menang pilihanraya, beliau sanggup mengambil kesempatan mengadakannya di saat umat Islam di negara ini berada di Mekah.

Beliau terus-terusan mendedahkan kejahilan dan kejahatannya terhadap agama dan umat Islam.

Untuk jawapan dan penjelasan lanjut sila baca:






9 ulasan:

Awanama berkata...

xpelah kalau najib nk buat pilihanraya time haji..kepada yang tetap pergi haji tahun ni,doakan setiap masa agar rejim zalim ditumbangkan dan tertegaknya islam di bumi Malaysia seperti mana berlaku di Mesir.

Waris berkata...

Lantak pi lah ulul amri umno tu nak buat waktu haji pun. Kita kena percaya pada qada' dan qadar Allah. Jika Allah benarkan kemenangan untuk PR maka PR akan menang walau najib cuba dengan apa cara sekali pun.

Kalau dah setan tetap setan. Tak kita berwajah najib sekali pun. Dia boleh buat apa saja sementara Allah beri dia kuasa.

Saya percaya suatu ketika bila Allah nak cabut kuasa tu dan beri dia kehinaan maka Allah akan turunkan kehinaan yang teramat sangat.

Setan hanya mempengaruhi najib. Setan tahu tentang kekuasaan Allah tapi najib? Rasanya dia hanya tahu akan kekuasaan dirinya sahaja sebagai pm malaysia. Dia tidak nampak Allah dan dia tidak nampak setan. Sebab tu dia angkuh.

Itulah salah satu cara bagaimana setan ingin menyesatkan manusia.

Kita dah berusaha pelbagai cara. Berlawan dengan setan bukan suatu perkara mudah. Perbanyakkan berdoa. Kuasa Allah mengatasi segalanya.

Setelah berusaha keras, akhirnya kita perlu bertawakal pada Allah.

Awanama berkata...

Buatlah pru masa musim haji atau luar musim haji.

In sya Allah umporno/bn akan tumbang.

The pen has been lifted and the ink has dried.

Takutlah kau umporno/bn.

Awanama berkata...

Wamakaru wamakarallah wallahu khairulmakirin

Awanama berkata...

Susah nak ajar atau tak makan nasihat kalau otak dah berkarat.

Dia tak sedar ahli UMNO sendiri pun akan terlepas peluang mengundi jika PRU ke 13 diadakan dalam musim haji.

Awanama berkata...

Apabila bukan islam dan umat islam tak sokong najib,UMNO terpaksa keluarkan pengundi islam yang tak sokong BN denagan kerjasama Tabung Haji...

Awanama berkata...

SEMUA JEMAAH HAJI TAHUN NI,SAMA-SAMA DOAKAN UMNO/BN TUMBANG...

Awanama berkata...

umNOBNGOK juga prnah mengadakan praya
pada bulan ramadhan dgn alasan elak byk buat dosa dgn tumpuan solat terawikh tadarus...tetapi yg tersirat
ialah membataskan budaya kempen pd parti lawan

Awanama berkata...

islam hanya pada nama je si najib ni.