18 Jun 2012

Lajim Ukin Letak Jawatan Ketua Cawangan Umno

Pemimpin Umno Sabah yang disebut-sebut bakal menyertai KEADILAN, Datuk Seri Lajim Ukin meletak
jawatan selaku Ketua Cawangan Umno Kerambai Kebatu sehari selepas Datuk Seri Najib Razak melawat Sabah.

Beliau yang sebelum ini juga mengumum enggan pertahan jawatan Ketua Bahagian Umno Beaufort sudah menghantar surat peletakan jawatan itu kepada Setiausaha Umno Bahagian Beaufort baru-baru ini.

“Langkah pertama tidak pertahankan kerusi ketua bahagian dan langkah kedua, letak jawatan ketua cawangan. Langkah ketiga, tunggu dan lihat,? katanya dipetik sebuah akhbar berpangkalan di Sabah.

Beliau dilapor berkata demikian depan lebih 5,000 penyokongnya pada sambutan hari lahirnya di rumahnya di Kampung Kaundu Kebatu.

Lajim ialah Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Ketua Umno Bahagian Beaufort dan Ahli

Parlimen Umno kawasan itu sejak beberapa penggal, selain pernah menyandang Timbalan Ketua Menteri Sabah dan beberapa jawatan penting lain.

“Saya yakin jika rakyat menolak saya, kehadiran mereka pada majlis malam ini tidak akan seramai begini. Ini kerana majlis ini dibuat tanpa jemputan, hanya sambutan hari jadi.

“Dalam politik, kita tidak boleh menjadi pemimpin hanya menurut kehendak pihak tertentu,” katanya.

Mengikut laporan itu, Lajim memberi jaminan akan terus berkhidmat dalam Parlimen Beaufort walaupun ‘dalam wadah yang berbeza’ demi membawa agenda peru bahan untuk rakyat.

Mengulas hal itu, Setiausaha Majlis Pimpinan KEADILAN Sabah, Dr Roland Chia Ming Shen menyifatkan tindakan Lajim itu permulaan kepada gelombang perubahan di Sabah kerana bukan rakyat bukan sahaja menolak Umno, bahkan pemimpin Umno.

Bercakap kepada Keadilan Daily, tindakan Lajim itu didorong berikutan wujud pergolakan dalaman Umno yang kronik di Sabah.


Lajim Letak Jawatan Ketua Cawangan Umno

Beaufort: Selepas mengumumkan tidak akan mempertahankan kerusi Ketua Umno Bahagian baru-baru ini, Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia, Datuk Seri Lajim Haji Ukin, mengumumkan perletakan jawatannya sebagai Ketua Cawangan Umno Kerambai Kebatu.

Beliau membuat pengumuman itu semasa berucap pada Majlis sambutan Ulang Tahun ke-57 kelahiran beliau yang dianjurkan oleh Keluarga, Mayang dan Persatuan Bisaya Bersatu Sabah (PBBS) yang diadakan di kediamannya pada malam Sabtu.

“Surat peletakan jawatannya sebagai Ketua Umno Cawangan telahpun di hantar kepada Setiausaha Umno Bahagian Beaufort beberapa hari lalu,” katanya.

Sebelum ini Lajim mengumumkan tidak akan mempertahankan kerusi Umno Bahagian Beaufort.

“Langkah pertama tidak akan pertahankan kerusi Ketua Bahagian dan langkah kedua peletakan ketua cawangan Umno dan langkah ketiga katanya tunggu dan lihat,” kata Lajim.

Menurutnya ada pihak telah mencabar beliau dengan berkata “kalau Lajim berani, umumkan letak jawatan dalam Umno”. Tetapi saya tidak akan terpengaruh dengan cabaran itu namun saya mencabar pucuk pimpinan berbuat demikian dan Rakyat Klias dan Parlimen Beaufort sudah sedia menanti apa saja tindakan pucuk pimpinan BN atau Umno.

Katanya, setakat ini beliau masih “pemimpin kerajaan” dan masih meneruskan tugasnya sebagai pemimpin dalam parti kerajaan bila tiba masanya cabaran-cabaran itu akan dipertimbangkan.

Kataya, desakan itu hanya dilontarkan oleh segelintir individu yang mempunyai agenda peribadi dengan menjadikan Halaman Sosial (Facebook ) sebagai medan untuk menghentam peribadi beliau terutamanya menjelang PRU ke-13.

“Siapa mereka yang mendesak saya berbuat demikian, jika saya melakukan kesalahan parti dan kerajaan boleh mengambil tindakan untuk memecat saya, lagipun bukan mereka yang menentukan masa depan saya, sebaliknya rakyat di kawasan ini,” katanya ketika berucap di hadapan lebih dari dari 5,000 orang penyokong dari pelbagai kaum dan agama yang hadir ke majlis sambutan hari jadi di kediamannya di Kampung Kaundu Kebatu.

Menurut Lajim, mereka tidak berhak membuat desakan itu sebaliknya beliau menyerahkan kerjaya dan masa depan politiknya kepada rakyat di kawasan Parlimen Beaufort.

“Saya yakin jika rakyat menolak saya, kehadiran mereka pada majlis malam ini tidak akan seramai begini, ini kerana majlis ini dibuat tanpa jemputan dan ianya hanya majlis sambutan harijadi saya dan saya bersyukur serta berterima kasih atas kehadiran yang sebegini meriah,” katanya.

Tambah Lajim beliau tidak akan menjadi pemimpin seumur hidup, bagaimanapun jika rakyat masih mengharapkan kepimpinan beliau sebagai pemimpin di kawasan itu beliau akan meneruskan perjuanganya bagi membela masa depan rakyat khususnya di kawasan itu

“Dalam dunia politik ini kita tidak boleh menjadi pemimpin hanya menurut kehendak pihak tertentu “Yes Man” perjuangan sebenarnya perlu berpaksikan kepada kehendak rakyat sebagaimana Slogan dalam Gagasan 1 Malaysia ‘Rakyat di Dahulukan Pencapaian Diutamakan’,” katanya.

Menurutnya, pihak-pihak yang beragenda ini tidak perlu gusar dan perlu melakukan desakan untuk beliau keluar dan meletakkan jawatan dalam kerajaan dan parti kerana yang menjadi kata pemutus bukannya mereka tapi rakyat.

“Tindakan golongan tertentu yang menimbulkan provokasi ini mencerminkan kebimbangan dan ketakutan mereka untuk menyerahkan nasib dan masa depan politik mereka yang bakal ditentukan rakyat apabila tiba masanya,” katanya.

Tambah Lajim, menyedari golongan ini tidak mendapat sokongan rakyat, mereka cuba menimbulkan keraguan terhadap wibawa kepimpinan yang ada tetapi pada masa sama tidak pula menimbulkan bahawa mereka juga mendapat kejayaan di bawah kerangka yang ada.

“Kelompok ini hanya berani berselindung di sebalik anarki melalui provokasi fitnah memfitnah dan adu domba jika benar mereka boleh memimpin beranilah untuk bersaing di gelanggang demokrasi, pasaran idea dan agenda masa depan negara berlandaskan kehendak dan pilihan rakyat,” tegas Lajim.

Beliau berkata bersedialah untuk diteliti dan dihakimi rakyat berdasarkan wawasan, idea, dasar, program dan rekod pencapaian yang ada.

Sambil memberi jaminan beliau akan terus berjuang dalam kerjaya politiknya demi kepentingan rakyat di kawasan tersebut selagi khidmat beliau rakyat meskpipun dalam wadah yang berbeza, Lajim berkata agenda bagi membawa perubahan yang besar terhadap kehidupan rakyat perlu diteruskan.

“Masih banyak keperluan pembangunan demi kesejahteraan rakyat perlu kita perjuangkan agar tidak ada kelompongan dalam usia kemerdekaan yang semakin matang rakyat berhak menikmatinya,” katanya.

Di majlis itu juga, Lajim turut melancarkan Buku Perlembagaan Persatuan Bisaya Bersatu Sabah (PBBS) edisi kedua.
-newsabahtimes


5 ulasan:

bekas guru sabah berkata...

"langkah ketiga tunggu dan lihat"

dia tunggu tawaran dari najib dan anwar la tuu.. lepas tu dia akan runding.

pemimpin mcm ni, masukkan dlm bakulsampah je.

Puak-puak anwar tak payah susah2 nak menyembah pemimpin mcm ni. Kalau rakyat Sabah cerdik, letak calon siapapun tak ada masalah, mereka akan tetap undi PR.

Opportunist mcm Lajim Ukin ni berlambak-lambak. Tak mustahil nanti dia akan rujuk ke BN semula kalau ada tawaran hebat.

Rakyat Sabah, matanglah dalam berpolitik.

Tanpa Nama berkata...

Apa saja keputusan beliau..Kami warga yang menyokong Beliau akan menghormati keputusannya.
Selama ini terlalu banyak jasa yang beliau sumbangkan kepada rakyat miskin di daerah kecil ini.
Bagi pihak yang mengkritik Beliau harap berfikirlah sebelum bercakap.

Atu Ta Menumbok ..

Tanpa Nama berkata...

Sesungguhnya gelombang kematangan peminpin dan rakyat tidak boleh di sekat

Tanpa Nama berkata...

orang ini lah dulu yang menyebabkan kerajaan negeri sabah yang dikuasai oleh pbs tumbang apabila dia melompat masuk umno. tapi orang ini tidaklah sejahat musa aman, ketua menteri sabah sekarang.

Tanpa Nama berkata...

Setiap ahli parlimen BN sudah dibeli RM1.5 juta.