12 Jun 2012

[VIDEO] Siapa Menteri Umno Ugut Raja Melayu Diseret Di Jalan Raya, Campak Ke Kawah? -updated

Seorang Kerabat Diraja Negeri Sembilan, mendedahkan Almarhum Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Ja’afar Tuanku Abdul Rahman pernah menerima panggilan ugutan dari seorang menteri kanan Umno pada tahun 1993.

Tunku Harny Tunku Hanan, anak saudara kepada Almarhum Tuanku Ja’afar, berkata panggilan tersebut dibuat ketika isu pemindaan Perlembagaan terhadap kuasa Raja-raja Melayu pada tahun itu.

Tunku Harmy Tunku Hanan berkata beliau mengetahuinya setelah diberitahu oleh Almarhum Tuanku Ja’afar sendiri melalui satu panggilan telefon.

“Jadi tuan-tuan, ada suatu malam kira-kira jam 11.00 malam, saya mendapat satu panggilan telefon daripada Almarhum Tuanku Jaafar masa tu dia adalah Timbalan Yang Dipertuan Agung.

“Dia tanya, Harmy buat apa tu? Tak tidur ke? Belum Tuanku.

“Ni esey ni dapat panggilan telefonlah. Telefon apa Tuanku?

“Tadi ada senior minister baru telefon sekejap tadi, dia kata, Tuanku … kalau Tuanku tak hendak sain isu (pindaan) perlembagaan ini, saya akan tiupkan seruling pemberontakan di seluruh negara.

“Raja-raja Melayu akan saya seret ke jalan raya dan akan kami campakkan ke dalam kawah,”
ujar Tunku Harmy yang enggan mendedahkan indentiti menteri kanan itu.

Tunku Harmy berkata demikian ketika berucap dalam program “Diskusi Isu Terkini Lembah Pantai” semalam.

Menurut Tunku Harmy, tindakan menteri kanan tersebut membuktikan sikap sebenar pemimpin Umno-BN yang tidak menghormati Raja-raja Melayu.

Tambah beliau, ketika itu pemimpin Umno-BN mengadakan kempen menjatuhkan maruah Raja-raja Melayu di seluruh negara.

Tunku Harmy turut menggesa masyarakat memikirkan perkara yang sanggup dilakukan pemimpin Umno-BN terhadap rakyat sekiranya mereka terus berkuasa.

“Itu Raja, yang tuan-tuan hormat dia nak masukkan ke dalam kawah. Yang tuan-tuan ni disiang-siangnya, disalai-salai, dibuang, diberi makan anjing,
” kata beliau.

Tunku Harmy yang merupakan sepupu kepada baginda Dipertuan Besar Negeri Sembilan hari ini, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir. -selangorku




BIAR KERATAN-KERATAN AKHBAR BERBICARA... BIARPUN KISAH LAMA PURBA, TAPI DEMI DEMI PENCERAHAN MINDA.... SIAPA SEBENARNYA MENGHINA RAJA-RAJA MELAYU...


Melayu mudah lupa.. Melayu mudah lupa.. Melayu mudah lupa....Itulah antara ungkapan yang dipopularkan oleh Tun Dr Mahathir semasa berucap di Perhimpunan Agung UMNO di PWTC sebagai Presiden UMNO.

Dizaman beliaulah UMNO tanpa rasa segan silu malahan cukup bangga dan megah menerjah Institusi Raja-Raja Melayu sehingga tercalar amat parah lagi teruk... Ketika itu UMNO cukup kuat...Datanglah ribut taufan melanda tidak akan goyah tumbang jauh sekali.

Kini bila UMNO dah nak rebah sembah bumi, cuba memainkan isu Raja- Raja dengan harapan dapat kembali sokongan orang-orang Melayu terutamanya dikalangan anak-anak muda, yang kini sudah kelihatan lebih mau mendakap perjuangan yang dibawa oleh Pakatan Rakyat.

Cuba menjadi jaguh yang sanggup pertahankan Raja-Raja Melayu tanpa terfikir dibenak kepalanya yang rakyat sudah tahu sepak terajang politik dan niat sebenar UMNO.

Sekarang informasi dihujung jari...kisah lama yang cuba dikuburkan mampu digali.

UMNO SUDAH TAK MAMPU MENUNDING JARI SAMBIL MENYURUKKAN DIRI... -omakkau



Ulasan GB

Daripada kedua-dua tulisan di atas terdedah kini pekung UMNO yang sebenarnya. Berlagak seolah-olah merekalah jaguh pembela institusi raja sedangkan hakikatnya UMNOlah petualang sebenar yang biadab terhadap raja-raja Melayu.

Seperti selalu yang GB ungkapkan, hukum kebenaran dan keadilan tidak boleh ditipu.

Marilah kita sama-sama berdoa agar Allah menurunkan pengajaranNya yang sekeras-kerasnya kepada UMNO serta sekalian pihak yang bersekongkol untuk mempertahankan kuasanya, Amin Ya Allah Amin Ya Rabbil 'Alamin.


p/s Kita berharap juga ada pihak pencacai UMNO yang berani membuat laporan polis terhadap kenyataan YM Tunku Harmy Tunku Hanan di atas supaya mudah beliau dedahkan siapa menteri kanan yang membuat ugutan berkenaan.

15 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Oh...my God! 100% fakta sejarah derhaka UMNO ini tidak akan disiarkan di media massa seperti Utusan Meloya, The Star dan New Straight Time.

Amuraria berkata...

AMIN AMIN YARABBAL ALAMIN, YA ALLAH MUSNAHKANLAH PENGKHIANAT NEGARA TERHADAP ISLAM,RAJA-RAJA MELAYU JUGA NEGARA MALAYSIA DARI TANGAN-TANGAN DAJJAL YANG MENYAMAR SEBAGAI MELAYU ISLAM KONON DIDALAM UMNO-APCO-BN !ABU SAHAJA PENYELAMAT MALAYSIA !

Tanpa Nama berkata...

Wajib dinaskahkan atau difotokopikan dan diedar diserata Malaysia bagaimana UMNO yang ingin mencampakkan raja2 dalam kawah. Bukti suratkhabar dah ada. Cepat2 buat sebelum mereka lenyapkan dari arkib....siapa yg daftar di mazidulakmar.com boleh tolong hantar artikel ni pada dia. Dia nampaknya geng papagomo..

Tanpa Nama berkata...

Pelik sungguh la...ramai raja dah tau kedajalan Umno,tp apsal mcm kerbau dicucuk idong.cth kat perak...apsal raja beria2 nak umno takbir perak?

Tanpa Nama berkata...

apa yang diherankan masa zaman tu melayu umno bn bangang dan bodoh telah diperkudakan olih keturunan keling mamak madey kutty ,he's so smart and maked used all those malays stupid as a donkey to become pm . Ada kah madey kutty seorang melayu yg membolihkan dia jadi pm malaysia

raja kapur berkata...

apa nak pelik pulak dgn krisis di perak??

puak2 makan free ni akan buat apa saja selagi ada imbuhan. selagi boleh jaga kedudukan dan harta, apa depa peduli bersekongkol dgn dajal!!

depa ni jenis pemalas. tau nak makan free je.

Tanpa Nama berkata...

Kalau betul terjadi baru mereka sedar siapa pendokong UMNO.

Tanpa Nama berkata...

Terserlah sudah identiti UMNO yang sebenarnya dalam isu raja-raja...Apa kesudahan nya.????

Tanpa Nama berkata...

Didalam perkara menghadkan kuasa raja-raja melayu ini, aku sangat menyokong Dr Mahathir.

Raja-raja ini jikalau tidak dihadkan kuasanya akan bertindak melampau terhadap rakyat jelata, sejarah telah membuktikannya.

Tetapi malangnya pada masa itu Pas telah mengambil kesempatan menyokong raja-raja, kononya nak ampu bodek.

Oleh kerana peranan Pas tersebut, Dr Mahathir hanya berjaya membuat sedikit perubahan berkaitan kuasa raja-raja.

Maka masih ada saki baki kuasa tersebut yg boleh disalah gunakan oleh raja-raja sehingga memudharatkan rakyat jelata.

Yang terbaru ialah berkaitan kritikan Nizar Jamaluddin terhadap Sultan Johor berkenaan pembelian plate kereta yg sepatutnya tidak menjadi isu.

Tetapi itulah, oleh kerana Pas disatu ketika dahulu mengambil kesempatan mempertikai dan membela raja-raja berkaitan pindaan undang-undang menghadkan kuasa raja, maka hari ini Pas sendiri menerima padahnya apabila umno pula memainkan peranan membela raja-raja,

Begitulah ! dunia ini mudah tunggang langgang, dulu menentang kini menyokong, dulu menyokong kini menentang....... dunia, dunia.

Tanpa Nama berkata...

Meh report kat hassan ali 3 line. Apa dia kata???

Tanpa Nama berkata...

Ambe sokong mereka2 (Muslim) yg berusaha nak patuh perintah Allah & Nabi saw, dari pandangan luaran/zahir . Senang aje nak tau. (ttg puasa & solat tu kita x tau).

Misalnya, yg attend majlis2 / parti2 tak ikut Islam tu,yg pakai menjolok mata, dll & tak berusaha nak dakwah member2 depa yg non-muslim sebaliknya depa pula yg lebih... tak kira Raja ke, UMNO ke.. dll.. apa pulak nak bela & sokong?

Kita doakan, supaya tak le kita ni tak prihitin lansong. Selebihnya , klu ingkar Allah, ambe serahkan padaNya.


Tapi stkat ni PR pilihanku sbb pada zahirnya perjuangan depa ke ara ketelusan, keadilan yg boleh dinikmati rakyat Msia yg berbagai bangsa & agama (insyaAllah), manakala yg Islamnya maintain imej Islam (PAS), & berusaha dakwah rakan2 drp parti komponen.

abuamir berkata...

Saya sokong penuh pendirian PAS sebab kuasa rajah2 perlu dihadkan tetapi dgn cara yg baik bukannya dgn cara menghina serta mengaibkan mereka spt yg dilakukan oleh umno lembu. Perangai buruk umno mengalahkan org bukan melayu menghina rajah2 melayu mereka sendiri.

Bila org lain tegur rajah2 melayu umnolah pembela kononnya tetapi mereka sendiri menghina rajah2 seolah-olah rajah2 itu hamba mereka terutama madey kutty laknat.

Islam mengajar kita(PAS) agar mennjaga maruah manusia lain walaupun kafir dan membela mereka yg ditindas tak kira siapa......

kadio manong berkata...

Wahai seluruh rakyat jelata, marilah kita beramai-ramai berkumpul di hadapan istana Raja di negeri masing-masing sebagai bukti sokongan terhadap Raja sebagaimana yang dibuat oleh rakyat Johor yang sangat sayangkan Raja mereka. Minta GB tetapkan suatu tarikh untuk perhimpunan tersebut. Rakyat Johor mesti mendahului.......

Tanpa Nama berkata...

Aku org johor tapi dah merantau negeri lain, solat raya aje yg aku dpt join di sana.
So far, doa masa solat raya utk Sultan & keluarga ialah agar Allah beri hidayah. Ok le tu kan, drp panjang umur..then full stop.

(tapi doa utk Sultan & keluarga bila solat jumaat aku x pasti lak)

Panjang umur klu perangai tak senonoh, rakyat benci nanti. Bukan bole paksa2 nak beri org suka ni.
Depan bole le tunjuk hormat, belakang mengutuk.

So pada Raja2 & pemimpin, termasuk kita ni (pemimpin pada anak2 & diri sendiri), renung2 le.

snake_ardath berkata...

Tepat sekali..

Belajar, amal, dan manfaatkan ilmu untuk kesejahteraan perjalanan hidup kita.

agar ia memberi sinar buat kita dan menjadi penyuluh pada insan lain agar dapat mencari HAQ..