12 Jun 2012

Apa Mau Jadi Ni? Dicekup Ketika Sedang Berpelukan

Dungun – Seorang pelajar perempuan sebuah institusi pengajian tinggi awam berdekatan, dicekup pihak berkuasa dalam keadaan berpelukan bersama teman lelakinya atas katil bertingkat di dalam sebuah stor pusat cuci kereta, dekat sini, pagi kelmarin.

Gambar: Keadaan pelajar kejuruteraan awam IPTA berdekatan yang dicekup dalam keadaan berpelukan bersama teman lelakinya di sebuah stor cuci kereta di Balai Besar.

Pelajar perempuan terbabit dipercayai bertandang ke tempat mencuci kereta yang bakal dibuka itu, sebaik menamatkan kuliahnya untuk memadu asmara bersama teman lelakinya yang difahamkan seorang penganggur.

Namun pelajar IPTA yang berasal dari kampung Cacar, Paka yang sama sekali tidak menyangka bahawa teman lelakinya itu penagih bagaimanapun terkedu seketika, apabila menerima kehadiran sepasukan anggota polis narkotik yang melakukan serbuan di tempat berkenaan.

Susulan penangkapan tersebut, remaja perempuan yang merupakan seorang pelajar kejuruteraan awam dan anak seorang pesara syarikat swasta di Paka itu, terpaksa diserahkan kepada pihak Jabatan Agama untuk tindakan lanjut kerana disyaki berkhalwat.

Sementara itu, teman lelakinya yang berasal Kampung Durian Mas itu juga didapati positif dadah jenis methapethamine setelah menjalani unian saringan air kencing dan disiasat mengikut seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Kedua-dua pasangan terbabit bakal menghadapi pendakwaan di Mahkamah Rendah Syariah pada 9 Julai 2012 nanti atas kesalahan berkhalwat mengikut seksyen 31(b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Takzir Negeri Terengganu 2001.

Jika sabit kesalahan hukuman denda maksima RM3,000 atau tidak melebehi dua tahun penjara boleh dikenakan ke atasnya.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Dahlan Mohd Noor mengesahkan tangkapan terbabit. -SH

Ulasan GB

Ini bukan soal politik, betul, TETAPI apabila hukum Islam tidak dilaksana, malah dihina, apatah lagi oleh pemimpin negara, maka terimalah bala bencana.



Sekarang semua tahu apa jawapannya. Keadaan huru-hara dan maksiat bermaharajalela kerana undang-undang Islam dilaksanakan atau telah dihinakan sedemikian rupa oleh pemimpin tertinggi negara?

"Apabila maksiat sudah merajalela di kalangan umatku, Allah akan menurunkan siksa dari sisi-Nya kepada mereka secara merata…” -HR. Ahmad dll

Apabila Allah s.w.t. dicabar, ia adalah permulaan kepada satu sistem pemerintahan yang baru. Kelak, Allah s.w.t. akan menggantikan mereka itu dengan satu kepimpinan yang lebih baik.

Khabarkan kepada JAKIM & Majlis Fatwa Kebangsaan supaya menasihati pemimpin negara usah hina dan persendakan hukum Allah.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Dalam kes bersih 3.0 cepat sangat ulamak2 umnobn yang cerdik dan terlebih pandai mengeluarkan fatwa haram nya,..tapi dalam kes berkhalwat yang semakin hangat akhir2 ini,.mana suara2 ulamak, kalau dah dasar makan gaji dengan kerajaan umnobn sangup mengadaikan marwah dan darjat,..pejuang duit zakat si jamil khir senyap je,..dh kekenyangan kot,....