9 Mei 2012

Skandal Shafie-Zahida: Shafie Bakal Tersungkur, Zuraida Bawa Saksi Utama 15 Mei

Kuala Lumpur 9 Mei: Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin berkata, saksi utama skandal Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dengan pelakon terkenal, Zahida Rafik akan dibawa kepada media, Selasa depan.

“Kami (KEADILAN) akan tampilkan saksi utama, Noor Azman Azemi, 38, bekas pemandu peribadi Zahida kepada media minggu depan.

“Selepas itu, laporan akan dibuat kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat wang sejumlah RM1.5 juta yang diberi Shafie kepada beliau,” katanya kepada Keadilan Daily.

Ahli Parlimen Ampang itu berkata, bukti-bukti baru juga akan terus didedahkan, walaupun Zahida bertindak membawa kes itu ke mahkamah.

“Saya ingin tegaskan, bukan Zahida yang menjadi sasaran, tetapi sumber RM1.5 juta dari Shafie yang dipersoalkan,”
tegasnya.

18 April lalu, Zuraida mendedahkan Shafie memberikan hampir RM1.5 juta kepada Zahida dalam tempoh empat bulan.

Transaksi itu berlaku pada Oktober 2011 iaitu RM36,000 dan RM26,000, November 2011 (RM118,000), Disember (RM333,000) dan Januari 2012 (RM510,000)

Beliau turut mendedahkan Zahida mempunyai sebuah kereta mewah jenis BMW 6 Series, Porshe, Toyota Harrier dan juga rumah bernilai RM4 juta.

Pada 3 Mac lalu, akhbar melaporkan Zahida kerugian RM200,000 dilarikan pemandunya selepas diarah memasukkan wang berkenaan ke dalam akaun banknya.

Pelakon kacukan Melayu-Pakistan itu turut menjadi bahan bualan di laman blog beberapa tahun lalu apabila digosipkan berkahwin dengan Shafie di luar negara. -KD


Laporan sebelum ini
klik untuk baca





12 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

huh...berjuta2.dasyat tu...

Tanpa Nama berkata...

aku suke..aku suke tajuk entry nie..haha..benar ttp benar...salah ttp salah..jgn cuba nk tegakkan benang yg basah...

Amuraria berkata...

SAKSI TU KENA JAGA KUAT ! GENG GEROMBOLAN SEKUTU APCO BOLEH BERTINDAK APASAJA DEMI PERTAHAN KRONI,KUASA & SELEWENGAN !

rmj berkata...

Takut bukan aper...mendung sudah,hujan pun renyai ,petir berdentum..rupanya ribut dlm secawan kopi saja.

Tanpa Nama berkata...

Pie afdal telah hilang keafdhalannya...he he

Tanpa Nama berkata...

Sokong Amuraria.
Duit punya pasal, semua bole jadi u

Osama berkata...

Amek kau..
hebat betoi aura zaidah ni eak?? Smpai DS Sapie Apbedal boleh bagi RM36,000 & RM26,000, Nov 2011 RM118,000, Dis RM333,000 & Jan 2012 RM510,000

iskiskiskisk.. banyaknya duit korang niiii... aku mati hidup semula 3, 4 kali pun belum tau dapat duit sebanyak tuh!

Zahida juga punyai sebuah kereta mewah jenis BMW 6 Series, Porshe, Toyota Harrier dan juga rumah bernilai RM4 juta.

Fuyoooo..
declare je la kalian dah nikah, mcm bung mokhtar.. aku pun sokong coz takde salahnya dri sudut hukum so tak timbul fitnah pompuan simpanan ke, proksi lah.. & mcm2 lagi tohmah dri PAPA GOMO & PANGLIMA PERANG CYBER!

Cuma yg aku tak sokong... duit yg banyak2 tu dpat dri mana ya DS Shafie?
Semua hang bedal ka?

Agak2nya selain 200,000 tu, berapa hang boleh dapat ya Noor Azman Azemi ex pilot peribadi Zahida utk tutop kes ni?

Jgn hang berpaling tadah mcm ADUN Behrang tu dah la eak?

Tanpa Nama berkata...

adun Behrang yang jadi wakil bebas tu?

hairan berkata...

hairan kan mcmana menteri boleh dapat duit sebegitu banyak? bagi rakyat cuma rm500 ah heboh 1 galaksi tetapi bagi bini SEORANG pun dah berjuta2!

bagus ler sgt tuh!

Kr. Bakar bin Suut berkata...

Patutlah Jalan Luar Bandar di Sarawak tiada peningkatan......wang habis guna untuk beli karipap. Hampas

dahlia berkata...

Harap dpt dibongkar skandal2 sprt ini , supaya rakyat tau kerja sebenar menteri2 ni. Bila rakyat mint a sesuatu selalu kata tk ada peruntukan. Entah2 habits kt pekara2 sprt ini.

Tanpa Nama berkata...

Amacam...Pie Bedal. Baik kau settle luar mahkamah ajelah. Kalau 1.5 juta boleh kasi artist takkan 100 juta tak boleh kasi kat Zuraida. YB mau terima ke?