9 Mei 2012

Gagal Cari Bukti BERSIH, Polis Tanya Soalan Seks Kepada Mahasiswa

Khalid Ismath ditanya soalan seksual

PETALING JAYA 8 Mei: Timbalan Presiden Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (Kami), Khalid Ismath memberitahu, beliau ditanya soalan bersifat seksual ketika disiasat polis dalam penahanan selama 26 jam.

“Khalid ditanya mengapa menyertai Bersih dan sama ada dia tahu Bersih menyokong LGBT (homoseksual, lesbian, atau liwat antara dua jantina).

“Dia ditanya berkali-kali sama ada terlibat dalam LGBT,” kata peguam Latheefa Koya yang juga Pegarah Guaman KEADILAN pada sidang media di ibu pejabat parti hari ini.

Pada 5 Mei lalu, Khalid diminta membantu siasatan terhadap foto yang menunjukkan seorang lelaki menyerang anggota polis trafik semasa Himpunan Bersih 3.0 berhampiran Dataran Merdeka.

Polis yang menggeledah rumah Khalid untuk mencari baju berjalur yang dipakai seperti lelaki dalam gambar tersebut, gagal menemui sebarang bukti.

Justeru, Khalid dibebaskan selepas polis gagal mendapatkan perintah mahkamah untuk melanjutkan tahanan reman empat hari terhadapnya.


Dalam pada itu, Naib Presiden KEADILAN, N Surendran berkata, Umno BN memperkuda institusi polis untuk menjayakan agenda politik mereka.

“Sangat jelas bahawa Umno BN mempergunakan polis untuk menekan rakyat. Polis dijadikan pengawal keselamatan peribadi mereka,” katanya.

Menyentuh senarai nama peserta yang dipapar di media arus perdana, Surendran menuntut polis menggunakan Kod Prosedur Jenayah 111 untuk merakam kenyataan mereka.

“Polis sahkan mereka mempunyai alamat mereka (peserta perhimpunan) yang dikehendaki. Jadi mengapa polis siarkan gambar mereka dalam akhbar di seluruh negara?

“Polis perlu hentikan taktik menakut-nakutkan orang ramai. Jelas polis dipergunakan atas dorongan politik,” kata Surendran. -KD

Khalid Ismath didakwa ditanya soalan seksual

Siswa Khalid Ismath didakwa telah ditanya soalan-soalan yang bersifat seksual apabila disoal siasat berhubung dakwaan dia telah menendang seorang anggota polis trafik semasa perhimpunan BERSIH 3.0 pada 28 April.

Khalid (tengah) telah ditanya soalan-soalan itu ketika ditahan selama 26 jam oleh pihak polis, sebelum seorang majistret menolak permintaan untuk menahan remannya, kata peguamnya Latheefa Koya hari ini.

"Dia telah ditanya mengapa menyertai BERSIH, dan sama ada di tahu BERSIH menyokong LGBT. Dia berkali-kali ditanya sama ada terlibat dalam LGBT dan sama ada dia suka melancap," kata Latheefa dalam satu sidang akhbar.

Khalid ditahan ketika dia secara sukarela pergi ke ibupejabat polis Kuala Lumpur Sabtu lalu untuk membantu siasatan polis berkaitan tuduhan terhadapnya itu.
-mk




10 ulasan:

Amuraria berkata...

MENGAPA POLIS MALAYSIA TIDAK BERSKA PROFESIONAL ? BUKANKAH POLISSEPATUTNYA MENJAGA RAKYAT DARI KEZALIMAN ? SIAPA BAGI PERINTAH MELAKUKAN KEKASARAN & KEGANASAN TERHADAP PESERTA BERSIH YANG AMAN ?

batu pelangi berkata...

Bukannya polis diperkudakan.Polis
juga samax terlibat untuk menjatuhkan
PR!Kebanyakan Polisx ini adalah
penyokong kuat UMNOYAHUDI!

Awanama berkata...

kan aku dah cakap polis kita mmg kuda umno!

buktinya ialah bila polis pun suka SEX! INGAT SEX INGAT UMNO!

hahaha

yang kuat melan**p tuh tentulah polis2 tuh sbb dia orang bukan ada keje sgt, tuh pasal janayah makin menjadi2! masing2 sibuk dgn mela**p daripada buat kawalan dan intipan jenayah! Tengok aje la makin ramai budak2 kena culik, kes adik nurin sampai kiamat pun polis kita tak dapat tangkap! terlalu banyak politik mengalahkan wakil rakyat! inilah jadinya...

anyway, pada polis2 yg amanah dan takut kepada Allah aku tetap respect sebab memang ada manusia beriman ini, tapi jumlahnya sangat kecil dan pangkatnya tak boleh naik. Pada mereka sabarlah kerana balasan Allah kat akhirat lbh besar daripada habuan rasuah yg tak seberapa kat dunia ini. Respect bro!

boleh?

Awanama berkata...

Polis sebenarnya di pergunakan...

Awanama berkata...

INGAT LA POLIS...BILA KAMU MATI NANTI DIDPN TUHAN BAGAIMANA KAMU NAK MENJAWAB DIDPN TUHAN APE YANG KAMU BUAT SELAMA KAMU HIDUP.....INGAT LA HIDUP BUKAN SELAMANYA.....BILA KAMU MATI AZABNYA PEDIH....

Awanama berkata...

polis dah membuat pengakuan bahawa umno/bn memang ada hubungan perdagangan dengan yahudi laknatullah sepatutnya polis kena panggil pemimpin umno untok buat siasatan.

Awanama berkata...

Kalau dia pandai, tidaklah dia kerja polis. Jd soal siasat pun lebih2 kurang aje, macam orang gila seks.

Rangga berkata...

Polis ni kuda tungangan UMNO!
Umat2 Melayu Naif Otak ni la yg kononya menteri yg gemar memperkudakn polis!
Yg heranya polis2 ni rela plak diperkudakn dek Umat2 Melayu Naif Otak ni! walhal pangkat mereka yg rela diperkudakan tu bukan la tingi sangat!
Yg memperkudakanya tu plak kekadang hanya ketua2 bahagian je kpd Umat Melayu Naif Otak!

Wahai saudara2 ku warga POlis..
Sedar laa,
anda Polis Di Raja Mlysia tau?

Bukan Polis Raja Di Mlaysia..

Bilamana rakyat bangkit menentang kemungkaran lebih2 lagi anda menyokong pemerintah2 yg zalim, rakyat pasti akan menang!!
anda (polis) pasti kecundang!!


Tunggu je la ketibaanya hari tersebut!! Ini adalah reality fitrah alami kehidupan manusia didunia.

Rakyat lah Raja dlm sesbuah negara tu!

Awanama berkata...

rakyat boleh agak siapa perancang tuduhan sex kepada ahli politik pakatan rakyat...

Awanama berkata...

PDRM mesti kembali ke pangkal jalan. Akta Polis dan HTKPN adalah garis panduan seseorang anggota polis ketika menjalankan tugas. Ingat panji panji PDRM di beri oleh Yang DiPertuan Agong bukan UMNO. Tolong hormat panji panji itu.Gaji polis setiap bulan dibayar dari hasil cukai rakyat. Satu masa anggota polis akan bersara dan kembali menjadi orang awam rakyat biasa , jadi tolong jangan tinggalkan setitik nila kedalam susu sebelanga. Kesannya akan mencemarkan nama baik kesemua anggota polis yang lain.