29 Mei 2012

ROS Lambatkan Pendaftaran PR Untuk Halang PR Guna Logo Sendiri Semasa PRU

Logo Pakatan: Rakyat tahu mana nak pilih

KUALA LUMPUR: Selagi lapan perkara yang dituntut Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) tidak dilaksanakan SPR, selagi itu isu dibangkitkan suruhanjaya itu tidak memberi kesan kepada Pakatan Rakyat.

Khususnya, perkara berkaitan larangan menggunakan logo sendiri membabitkan Pakatan Rakyat pada PRU ke-13, ia merupakan satu diskriminasi yang sengaja dilakukan.

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata biarpun Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan bertindak melarang atau menurunkan mana-mana bendera parti di kalangan Pakatan Rakyat, beliau yakin rakyat tahu menilai dan memilih parti pilihan mereka.

"Kita tiada masalah. Jika tiada logo PKR dan DAP di tempat calon PAS bertanding, kita yakin rakyat bijak memilih. Begitu juga di tempat-tempat DAP dan PKR bertanding," tegas beliau ketika dihubungi Harakahdaily, hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Timbalan Pengerusi SPR, Wan Ahmad Wan Omar, yang menyatakan Pakatan Rakyat tidak akan dibenarkan untuk menggunakan logo sendiri pada PRU ke-13 kerana Pendaftar Pertubuhan (ROS) masih belum meluluskan pendaftaran gabungan tersebut.

Tambah Salahuddin, isu yang lebih penting dibangkitkan SPR ialah isu membabitkan tuntutan Bersih, yang juga merupakan tuntutan bersama Pakatan Rakyat yang sehingga ini tidak diendahkan badan itu.

Mengulas status pendaftaran Pakatan Rakyat, Salahuddin melahirkan kekesalan kerana sehingga kini tidak mendapat sebarang jawapan daripada ROS.

"Sudah hampir dua tahun permohonan itu dibuat, sehingga kini tiada sebarang jawapan. Saya tidak tahu mengapa, tetapi ia tidak menjejaskan jentera kita bagi menghadapi pilihan raya," tegas Salahuddin lagi. -HD

Pakatan 'tak boleh guna logo sendiri' dalam PRU13

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah mengesahkan bahawa Pakatan Rakyat tidak akan dibenarkan untuk menggunakan logo sendiri dalam pilihan raya umum ke-13 kerana Pendaftar Pertubuhan (ROS) masih belum meluluskan pendaftaran gabungan tersebut.

Oleh itu, bendera parti-parti komponennya tidak boleh diletakkan di
kawasan di mana mereka tidak bertanding, atau ia akan diturunkan, kata Timbalan Pengerusi SPR, Wan Ahmad Wan Omar.

Dalam temubual dengan akhbar berbahasa Cina, Sin Chew Daily, Wan Ahmad menjelaskan bahawa undang-undang pilihan raya hanya membenarkan parti-parti yang bertanding memaparkan logo mereka yang berdaftar di dalam kawasan pilihan raya yang ditandingi.

SPR telah meluluskan 32 logo parti politik, bertambah lima daripada pilihan raya umum lepas.

Logo baru itu termasuk Parti Cinta Malaysia, Parti Makkal Sakti dan Parti Sosialis Malaysia.
-mk



2 ulasan:

Awanama berkata...

Nampaknya semua ajensi kerajaan telah diperkudakan oleh UMNO untuk terus berkuasa dalam GE-13. Sudah tentu ROS mendapat arahan dari pihak atasan unruk melengah-lengahkan pendaftaran PR kerana Najib memang kecut telornya kalau PR berjaya mendaftarkan sebagai sebuah parti gabungan parti-parti pembangkang.

Waris berkata...

Sama ada guna logo PR atau tidak, kami tetap ABU. Bila umno tersungkur, maka ahli umno dalam spr ini akan lenyap dengan sendirinya secara slow and steady.

Umno juga akan pupus dan hilang secara slow and steady dari peta malaysia ni... Insya-Allah