29 Mei 2012

Kerajaan Mesti Bertanggungjawab, Bayar Pampasan – Ibu Mangsa rempuhan

Putrajaya 28 Mei: Tujuh sekawan yang mahu menyaksikan acara lumba kereta semasa Himpunan Sejuta Belia yang berlangsung 23 hingga 27 Mei lalu meninggalkan sejarah hitam kepada Fairuz Jalaludin, 27, yang mengalami kecederaan kritikal di bahagian organ dalamannya.

Fairuz antara tiga mangsa lain yang masih kritikal sementara dua lagi rakannya, Muhamad Iskandar Rasiq Shaari, 20, mengalami masalah di bahagian usus dan Ami Nakim, 27, patah kedua-dua kaki dan tangan. Kesemua mangsa dirawat di Hospital Putrajaya.

Fairuz yang bakal melangsungkan perkahwinan Februari tahun depan terpaksa melakukan pembedahan membuang limpa ekoran rempuhan kuat kereta sehingga mengakibatkan limpanya hancur.

Menurut ibunya, Hamidah Zainal Abidin, 51, beliau yang hanya mengetahui lebih kurang jam 1.00 pagi Ahad lalu selepas diberitahu sendiri oleh tunang Fairuz terus bergegas ke hospital.

“Apabila dapat panggilan, mak cik tak boleh gambarkan perasaan risau, bimbang dan takut.

“Mak cik langsung tak boleh tengok gambar dia, sedih sangat. Pak cik pulak tak boleh langsung tengok orang kemalangan,” katanya ketika ditemui di hospital hari ini.

Beliau berkata demikian selepas Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar dan N Surendran menziarah Fairuz di bilik rawatan.

Bagaikan mimpi ngeri melihat keadaan Fairuz terlalu kritikal kerana terpaksa dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU), membuatkan Hamidah yang bekerja sebagai guru tadika terlalu sebak memikirkan masa depan anaknya.

“Mak cik daripada malam itu terus berjaga, tak boleh tidur, makan pun tak ada selera, risau sangat. Kaki belah kirinya juga terkoyak, tapi dah dijahit.

“Semua limpa dia kena buang sebab doktor beritahu limpa dia hancur. Akibat itu, pertahanan badannya tidak kuat. Dia juga terpaksa bergantung kepada antibiotik selama tiga tahun,” katanya sebak.

Tegas Hamidah, beliau mahu kerajaan dan penganjur bertanggungjawab serta membayar pampasan.

“Mak cik nak penganjur tanggung segala kos dan kerajaan bayar pampasan kepada anak mak cik. Kerajaan mesti bertanggungjawab sebab mereka yang anjur.

“Semalam, Menteri (Datuk Seri Shabery Cheek) hanya datang melawat, beliau tidak beri jaminan apa-apa pun. Hanya tanya keadaan Fairuz sahaja,” kata ibu anak empat itu.

Dalam pada itu, beliau turut kecewa dengan tindakan penganjur yang tidak habis-habis menyalahkan anaknya yang didakwa tidak mengikut arahan.

“Dia (kerajaan) salahkan budak-budak ni, tapi bagi mak cik, pihak penganjur kena bertanggungjawab dari segi keselamatan.

“Penganjur ada datang hari Sabtu dan Ahad, tapi mereka salahkan anak mak cik yang tidak ikut arahan, tapi bila mak cik tanya kawan-kawan dia, mereka cakap penganjur tak bagi apa-apa arahan pun,” kata Hamidah lagi. -KD

SAMM: Penganjur cuai cuba salahkan mangsa

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) memandang serius kejadian yang hampir melibatkan kehilangan banyak nyawa dalam sebuah acara sukan permotoran anjuran Himpunan Jutaan Belia di Putrajaya awal pagi semalam.

Merujuk laporan Portal Malaysiakini, dalam kejadian di Lebuh Wadi Ehsan di Presint 19 itu, 17 penonton cedera termasuk empat parah apabila sebuah kereta yang terlibat dalam perlumbaan itu terbabas dan merempuh penonton yang berada di kawasan yang dibenarkan untuk menyaksikan sukan permotoran itu.

Kecelakaan tersebut sepatutnya boleh dielak namun oleh kerana penganjur tidak mengendahkan aspek keselamatan, malah penganjuran sukan berisiko tinggi seperti "drag race" itu tidak ubah seperti penganjuran sebuah perlumbaan drag haram.

Bagi SAMM, pihak penganjur utama Himpunan Sejuta Belia termasuk menterinya harus bertanggungjawab tanpa berdolak-dalik menyalahkan takdir dan pihak lain terutamanya penonton yang menjadi mangsa penganjuran yang tidak selamat. Seharusnya kecelakaan seperti ini boleh dielak jika ciri keselamatan diutamakan.


Kenyataan Menteri Belia dan Sukan juga seolah-olah melepaskan batuk di tangga dengan menganggap kononnya kes kemalangan boleh berlaku di mana-mana dan tiada jaminan ia tak berlaku di tempat lain. Sebagai menteri bertanggungjawab, kenyataan Ahmad Shabery Cheek harus lebih bijak dan berhemah selain daripada "menyalahkan tuhan".

SAMM juga mengutuk taktik penganjur yang menghalang daripada berita ini tersebar dengan merampas kamera mangsa dan penonton yang mengambil gambar kejadian. Kejadian di Hospital Putrajaya lebih menyedihkan apabila pelawat dan waris mangsa disekat daripada masuk ke ruang menunggu kecemasan. Taktik kotor cubaan menutup berita ini walau bagaimanapun tidak berjaya.

Pagi ini, wakil SAMM Selangor dan Wilayah turut mengiringi Nurul Izzah selaku Naib Presiden PKR yang hadir bersolidariti melawat mangsa kejadian. Menurut mangsa, kejadian semalam adalah merupakan hari malang buat belia negara apabila penganjur cuai cuba menyalahkan orang awam yang tidak bersalah.


*Kenyataan media oleh Che Gu Bard selaku Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM).


8 ulasan:

Unknown berkata...

adoi.. kena pakai peguam karpal singh baru diorang layan permintaan makcik. kalau tak, babai jer lah..

tanda soal berkata...

sbb tu la org kata jangan pergi tempat bermaksiat!.. agak2 kerajaan tanggung ke smua ni?.. MAM kata dragrace tu x penuhi spec!.. so, mati katak la kita sbagai rakyat..apa diorg peduli.. asal lepas bontot sudah..

Tanpa Nama berkata...

ni namanya BALA,depa batalkabn ceramah agama/ majlis ilmu,depa anjurkan program maksiat,itu petunjuka dari allah..lepas ni anjur pulak tarian bogel....ni nak muzakarah dengan PAS??pigirahh,,boleh jahanam dengan umno...nak muzakarah apa lagi,,,perkara asas dlm islam pun failll,,suruh bini pakai tudung pun faillll,,,

tinu berkata...

pemimpin macam ni, bukan saja kat dunia dia lepas tangan, kat akhirat pon sama, baca Surah al-Baqarah ayat 166

Tanpa Nama berkata...

Program anjuran UMNO sentiasa mengundang musibah akibat engkar larangan tuhan. Jadi bersedia la dan sentiasa berhati2

Asmah berkata...

Kepada semua ibu/bapa..ambil berat terhadap semua tindak tanduk anak2...Dan kepada semua anak2 muda..buka hati dan mata kamu.... jauhi program2 yg melalaikan dan tidak berfaedah..... kerana pihak2 yg berwajib kini sudah tidak bertanggung jawab dan tidak beretika... program2 mereka selalunya mengundang musibah dan kamu pula di timpa bala

Hansley Arnaz Hawana berkata...

Kenapa makcik biarkan anak makcik tu pergi ke pesta maksiat tu? Dah tahu pusat maksiat selalunya penuh dengan jin, syaitan, jembalang, menteri UMNO/BN dan yang semusim dengannya kenapa pergi juga? Malam tu sepatutnya anak makcik pergi dengar ceramah agama Ustaz Azhar Idrus, tapi menteri, sahabat karib syaitan dan jembalang tu dah batalkan. Sebagai galang gantinya, anak makcik masuk ICU. Jangan sedih makcik. Ajar anak makcik mengucap, ajar istighfar, supaya bila dia sedar nanti dia bertaubat dan tak akan join ajakan syaitan yang bertopengkan menteri UMNO. Begitulah sepatutnya kita semua ... bertaubatlah!

Tanpa Nama berkata...

UMNO BN memang sukakan yang HARAM terutama Yang JADAH.