17 Mei 2012

'Rakyat Baru', 'Majlis Peguam Baru' Malah 'Sultan Baru' Pun Pernah Ditabalkan Oleh Umno Baru

Kalau rakyat baru pun kerajaan Umno boleh wujudkan, apa dihairankan kalau ia tubuh "Majlis Peguam" yang baru, kata Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar.

"Jelas berlaku di hadapan kita, bila kerajaan Umno berhadapan dengan kebangkitan rakyat yang menentangnya dan tahu dia akan kecundang dalam pilihan raya ke-13 akan datang, laporan-laporan mendedahkan ia mencipta rakyat baru dengan memberikan kad pengenalan Malaysia kepada pendatang-pendatang asing dan kemudian dimasukkan di dalam daftar pemilih dengan tujuan supaya mereka mengundi Barisan Nasional (BN).

"Kalau rakyat baru pun Umno boleh wujudkan, apa yang hendak dihairankan jika ia mahu menubuhkan badan baru yang mengambil fungsi Majlis Peguam," katanya.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz baru-baru ini membuat pengumumuman berhubung cadangan penubuhan akademi undang-undang yang "boleh menjadi alternatif" sehingga Majlis Peguam yang ada kini terbubar sendiri.

Bagi Mahfuz, semua itu berlaku kerana kerajaan gagal mengawal Majlis Peguam supaya mengikut telunjuknya.

Kerajaan Umno semakin marah dan tertekan apabila mesyuarat agung luar biasa Majlis Peguam baru-baru ini meluluskan usul tergempar (EGM) mengutuk keganasan polis ketika himpunan Bersih 3.0 pada 28 April lalu.

Dari 1,270 anggota Majlis Peguam yang hadir ke EGM itu, 939 menyokong usul tersebut dan hanya 16 orang yang menolak.

Turut sama menyuarakan kemarahan Umno, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menuduh Majlis Peguam telah menjadi sebuah parti politik.

Mengulas lanjut apa yang disifatkannya sebagai "histeria Umno" itu, Mahfuz menyifatkan apa yang berlaku memang menjadi tabiat dan amalan parti itu.

"Tubuh benda baru memang menjadi modus operandi Umno sejak dari dulu lagi.

"Bila kira-kira 50 peratus ahli Umno memihak kepada Team B yang diketuai Tengku Razaleigh (Hamzah) pada penghujung 80-an, mereka tubuh Umno baru,"
katanya.

Begitu juga, kata Mahfuz lagi, bila badan kehakiman di bawah Tun Salleh Abas tidak rela mengikut telunjuk Umno, beliau digulingkan dan diganti dengan kumpulan yang digelar "correct, correct, correct".

"Pada tahun 90an, bila Sultan Kelantan pada masa itu tidak setuju dengan Umno, mereka tabalkan sultan baru," katanya. -HD

6 ulasan:

Amuraria berkata...

MEMANG UMNO LAH HARAM JADAH SEBENAR ! BUKAN SAJA HARAM JADA MALAH PENKHIANAT NEGARA TAPI BERTOPENGKAN SLOGAN CANTIK-CANTIK SUPAYA RAKYAT SENANG DI'LEMBU PAWAHKAN'! KERJA DAJJAL PEROSAK SEBENAR! ABU LAH HANYA JAWAPAN !

Awanama berkata...

tidak dapat tidak. haram jadah umno mesti dikuborkan..lahanat tak terhingga..dulu, ini dan selamanya.

Awanama berkata...

Hancorr!!umno

Awanama berkata...

Kalau begitu, saya cadangkan Kerajaan Persekutuan menubuhkan parti PAS baru, DAP baru dan PKR baru. Lepas tu Umno bolehlah buat muzakarah dengan PAS baru. Seterusnya Kerajaan Persekutuan bolehlah menubuhkan Kerajaan-Kerajaan Negeri baru di Kelantan, Pulau Pinang, Kedah dan Selangor.

Unknown berkata...

Terbaek!

Awanama berkata...

Yg penting Malaysia perlu dipimpin oleh kerajaan yg baru