17 Mei 2012

Aspan Alias: Politik UMNO Tidak Boleh Lari Dari Bontot & Punggung

UMNO: Tak payah guna kepala, sekarang guna punggung pula

Saya berasa geli hati dengan gelagat UMNO yang kian hari kian memalukan. Pagi semalam sekumpulan penyokong parti itu telah berbaris di hadapan kediaman Ambiga, Pengerusi Bersih, dengan menonggeng dan menunjukkan bontot pada rumah Ambiga. UMNO sudah menjadi parti lawak dan telah benar-benar jatuh martabatnya dengan sikap yang ditunjukkan oleh penyokong tegarnya itu.

Kemasukan saya ke dalam DAP dahulu disambut oleh seorang dua sebagai tindakan politik bangkrap. Tetapi sebenarnya apa yang berlaku semalam itu merupakan betul-betul politik bangkrap yang tidak ada tolok bandingnya.

Nampaknya politik UMNO ini tidak lagi boleh lari dari bontot dan punggung, sejak 14 tahun yang lalu. Sudah tidak terlarat untuk membesarkan isu bontot dan punggung. Saiful, sekarang mereka memanjangkan lagi perjuangan berlandaskan pada bontot dan punggung.

Dalam kesemua 213 negara yang berkerajaan di dunia ini, Malaysialah yang parti pemerintahnya mempertahankan kuasa dengan menggunakan bontot dan punggung dan ini amat memalukan. Saya tidak tahu bagaimanakah perasaan mereka-mereka ini semasa melakukan kerja keji ini.

Malah nampaknya mereka berbangga melakukannya. Masa demi masa UMNO melakukan kerja-kerja yang tidak menunjukkan tamadun yang asas sebagai rakyat sebuah negara yang mengaku sebagai negara sedang membangun yang termasyhur di dunia ini. Melakukan kerja menonggeng terhadap rumah Ambiga itu merupakan kerja sia-sia dan ianya amat mengerikan untuk memberikan mandat kepada parti yang sudah bangkrap politiknya.

Tidak beberapa lama dahulu UMNO telah mengejutkan rakyat dengan tindakan penyokongnya menghantar kek berbentuk tahi kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng. Apabila politik BN sudah sampai ke tahap ini, bagaimana sesetengah pemimpin UMNO masih mengaku bahawa parti itu boleh mempertahankan maruah Melayu dan menjaga Agama Islam, agama anutan kesemua orang Melayu itu.

Mengapa UMNO sanggup melakukan kerja-kerja yang tidak semenggah ini, tetapi begitu marah apabila parti itu dikritik dan tidak mendapat sokongan orang Melayu yang rata-ratanya beragama Islam? Apa Islamnya dengan tindakan sekumpulan manusia yang hidup pada zaman ini melakukan ‘exercise punggung’ di hadapan rumah Ambiga?

Inikah mentaliti yang berjanji untuk membawa transformasi kepada negara dalam segala bidang sedangkan penyokong kepada kepimpinan yang ada pada hari semalam telah menunjukkan sikap kuno dan menjijikkan. Berapakah upah yang mereka terima untuk melakukan itu tidak dapat dipastikan tetapi yang pasti UMNO sudah bangkrap dan saya jangka masih ada yang mempertahankan kerja itu sebagai kerja mulia dan perlu untuk menyambung kuasa politik UMNO dan BN itu.

Tidak dapat dibayangkan bagaimanalah masyarakat antarabangsa memandang terhadap kita semua. Sekolot-kolot negara-negara Afrika tidak ada kejadian seburuk dan sehina ini berlaku dalam politik mereka.

UMNO memang sah sebagai sebuah parti yang sudah hilang hidayah kerana mereka berbangga dengan melakukan kerja-kerja yang memalukan ini. Tidak pernah terfikir yang UMNO sudah jatuh sedemikian rendah darjat dan martabatnya.

Sesungguhnya kelemahan yang sedang dihadapi oleh UMNO ini berpunca dari kelemahan UMNO itu sendiri. UMNO sudah menjadi parti yang penuh dengan kekalutan dan marilah kita bertindak dan berdoa agar selepas pilihanraya ini nanti tidak akan ada lagi kejadian-kejadian sehina ini lagi berlaku dalam politik negara kita lagi.

Ianya amat memalukan kita semua. Kadang-kadang kesian juga melihat UMNO ini. Tapi sudah tidak dapat lagi berbuat apa-apa kerana ia sudah terlalu jauh tersasar dari sasaran perjuangan. Hilang agama, hilang budaya dan hilang adab serta adat Melayunya.

Melayu telah hilang segala identitinya. Itulah sumbangan terbesar UMNO terhadap bangsanya.
-aspanalias

Laporan sebelum ini
klik untuk baca




8 ulasan:

tanda soal berkata...

sama siot..tapi lembu x masuk neraka!

Awanama berkata...

Anda bontot kan orang....balasannya nanti mungkin diri anda, ibu anda, isteri atau anak anak anda yang akan 'di bontotkan' orang...tunggu dan lihat....sesungguhnya perbuatan kamu amatlah keji di sisi agama.

Awanama berkata...

Parti membela agama konon. Kalau dah otak lembu maka perangai juga jadi macam lembu. Lihatlah aksi NGO askar pencen 1 mlaysia tuh hanya mampu berfikiran dengan aksi setaraf lembu.

Sudikah lagi kita mengundi parti bertaraf lembu berkenaan untuk mengamanahkan pengurusan sebuah negara.

Awanama berkata...

kalau dah perangai samseng macam ni, cubalah bayangkan bagaimanakah mereka mendidik anak,isteri dan cucu mrk? Adakah akan jd hamba Allah yg merendah diri?

Awanama berkata...

Memang sah kata si Sudin dalm cerita Pendekar Bujang Lapok,ALIF MIM NUN WAU,ALIF TENDANG WAU SARKAS DA......

Awanama berkata...

kebiasaan pemimpin UMNO hanya beri bontot dan tulang kepada penyokong, isi dia makan

Awanama berkata...

Ingat kes YDP yang dapat hadiah Penyapu oleh Kher Toyo.. terima lah pembalasannya pula... Jaga la bontot korang sebelum kena tendang keluar dari parlimen...

Awanama berkata...

nak tanya.. ni vateren tentera puak mana? pencen tentera ke atau berhenti tentera tak cukup khidmat ke atau tentera kontrak!!??