12 Mei 2012

Kenapa Tiba-tiba NST & Utusan Minta Maaf Kepada Senator Australia, Xenophon?

Kuala Lumpur: Selepas New Strait Times, sebuah lagi akhbar Umno, Utusan Malaysia membuat permohonan maaf kepada senator Australia, Nicholas Xenophon selepas membuat laporan melulu terhadap beliau.

Gambar: Xenophon [dua dari kiri] ketika bercakap dalam sidang media di Parlimen sebelum perhimpunan Bersih 3.0. Beliau adalah antara pemerhati luar yang datang ke Malaysia untuk melihat pelaksanaan demokrasi di negara ini.

Utusan dalam penyataan mohon maaf hari ini turut menarik balik laporan mereka yang menuduh Nicholas Xenophon sebagai anti-Islam.

Kedua-dua akhbar Umno itu membuat laporan melulu kepada Nicholas Xenophon selepas senator itu menyifatkan perhimpunan Bersih 3.0 aman sehinggalah dikacau oleh polis.

NST dan Utusan membuat laporan kononnya Xenaphon penyokong LGBT, ungkapan yang ditujukan kepada kumpulan lesbian, gay, biseksual dan pondan.

Berikut adalah kenyataan yang disiarkan Utusan hari ini.

Kenyataan maaf dan penarikan balik

ARTIKEL Utusan Malaysia bertarikh 30 April 2012 yang disiarkan pada 1 Mei 2012 pada muka surat 6 dan di dalam Utusan Online (‘www.utusan. com. my’) yang bertajuk ‘Senator anti-Islam pantau Bersih 3.0’. Artikel tersebut merujuk kepada Senator Nicholas Xenophon, seorang senator bebas dari Selatan Australia.

Utusan Malaysia mengesahkan terdapat kesilapan dalam menerbitkan pernyataan-pernyataan di dalam artikel tersebut. Kami menerima bahawa dalam ucapan beliau di Parlimen Australia yang dirujuk dalam artikel tersebut, Senator Xenophon tidak menggunakan perkataan ‘Islam’ dan beliau tidak juga menegaskan bahawa Islam bukanlah sebuah organisasi agama tetapi sebuah organisasi jenayah yang berselindung di sebalik kepercayaan agama.

Berdasarkan sebab-sebab di atas, Utusan Malaysia dengan ini menarik balik dengan sepenuhnya kesemua pernyataan-pernyataan terkandung di dalam artikel tersebut dan secara tulus ikhlas memohon maaf kepada Senator Xenophon di atas kedukaan atau pengaiban yang diakibatkan kepada Senator Xenophon ekoran daripada penyiaran artikel tersebut.




NST minta maaf kepada Senator Australia

The New Straits Times telah memohon maaf kepada senator Australia Nicholas Xenophon berhubung satu laporan yang mendakwa beliau membuat ucapan anti-Islam di Parlimen Australia pada tahun 2009.

Dalam satu kenyataan yang disiarkan di lamanweb NST hari ini, akhbar berkenaan berkata ia telah membuat "kesilapan besar" dalam menyiarkan kenyataan dalam artikel tersebut.

NST berkata, dalam ucapannya di Parlimen Australia yang dirujuk dalam artikel tersebut, Xenophon tidak menggunakan perkataan 'Islam' dan tidak pernah menegaskan Islam bukan sebuah pertubuhan agama tetapi sebuah organisasi jenayah yang bersembunyi di sebalik kepercayaan agama.

Atas sebab di atas, tambahnya, akhbar itu menarik balik semua kenyataan yang terkandung dalam artikel terhadap Xenophon dan memohon maaf kepadanya di atas sebarang kesusahan atau rasa malu yang disebabkan oleh artikel tersebut.

Akhbar itu juga telah mengeluarkan artikel tersebut daripada versi dalam taliannya berkuat kuasa serta-merta.
-mk


Senator Australia cadang turut saman Utusan

Senator Australia, Nick Xenophon berkata beliau sedang mempertimbang untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap dua akhbar tempatan, termasuk Utusan Malaysia, kerana tersalah memetik ucapannya yang menggambarkan beliau sebagai anti-Islam.

"Sudah tentu (tindakan undang-undang akan dipertimbang) dalam apa sahaja bahasa ia diterbitkan sama ada mereka telah memohon maaf atau tidak," katanya ketika dihubungi Malaysiakini semalam.

Xenophon merujuk kepada sebuah artikel yang disiarkan oleh Utusan Malaysia dan New Straits Times (NST) yang telah tersalah memetik ucapannya di di Parlimen Australia pada 17 November 2009.

Akhbar harian berbahasa Inggeris NST telah memohon kerana "kesilapan besar" itu pada hari berikutnya.

Xenophon mengesahkan laporan awal yang memetik jurucakap dari pejabatnya bahawa beliau masih akan mengambil tindakan undang-undang terhadap NST walaupun akhbar tersebut telah memohon maaf.

Utusan Malaysia milik Umno, yang menerbitkan berita yang sama yang tersalah petik Xenophon, telah mengeluarkannya dari versi dalam talian di laman webnya tetapi tidak memohon maaf.

Xenophon adalah sebahagian daripada pasukan tujuh anggota pemantau antarabangsa dalam dalam misi pencarian fakta mengenai sistem pilihan raya Malaysia.
-mk



Ulasan GB

Kenapa tiba-tiba NST & UM membuat kenyataan memohon maaf kepada senator Australia, Nicholas Xenophon, sesuatu yang jarang benar dilakukan oleh media massa pro-UMNO/BN?

Difahamkan bahawa ada arahan dari pihak kerajaan supaya kedua-dua akhbar tersebut memohon maaf.

Ia dikatakan ada kaitan dengan pergerakan saham yang menurun yang salah satu sebabnya ialah penarikan diri para pelabur luar hasil dari kenyataan Xenophon yang hendak menyaman akhbar-akhbar tersebut.

Berasaskan Jumaat ke Jumaat, FBM KLCI telah turun 6.72 mata kepada 1,584.32 daripada 1,591.04 .

Indeks Kewangan turun 32.59 mata kepada 14,173.49 daripada 14,206.08, Indeks Perusahaan rugi 29.7 mata kepada 2793.45 daripada 2,823.15 dan Indeks Perladangan merosot 68.76 mata kepada 8,640.20 daripada 8,708.96.

Indeks FBM Emas turun 67.29 mata kepada 10,852.93 daripada 10,920.22, Indeks FBM ACE turun 32.76 mata kepada 4,542.68 daripada 4,575.44, Indeks FBM Mid 70 rugi 166.93 mata kepada 11,879.98 daripada 12,046.91 dan Indeks FBM T100 merosot 65.64 mata kepada 10,655.78 daripada 10,721.42.


6 ulasan:

BaDiN berkata...

Tahniah UM&NST sebab kerana mulut badan binasa,Silap Mulut Badan Binasa,ayuh tuan senator Saman mesti diambil kepada mereka2 ini.saya sokong atas tindakan kamu untuk menyaman akhbar2 ini.Saman 100 juta ikut nilai matawang Pound @ US.

Amuraria berkata...

TERUSKAN SAMAN WALAU MINTA MAAF,BIAR MEDIA HAPRAK NI BUNGKUS TERUS DARI HIDUP MEMBUAT FITNAH !

ju berkata...

Saman. saman. saman. akhbar bangsat idea perlu diajar beretika.

Tanpa Nama berkata...

inilah yg terjadi kalau terlampau bergantung kepada pelabur luar nak naikkan ekonomi negara...baru kena gertak sikit dah takut..lol

Tanpa Nama berkata...

Memalukan negara dan rakyat serta menyusahkan pemain saham. Memang kedua akhbar tersebut sudah lama tak ada etika dan moral.

Tanpa Nama berkata...

Tahu takut juga UM & NST. Elok buat banner besar artikel permohonan maaf tersebut. Biar pecacai umno/BN celik akal sikit terhadap pemfitnah terbesar di Malaysia.