21 Mei 2012

Anwar, Azmin, Chegubard Didakwa Esok Kerana Sertai BERS✔H 3.0

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali akan didakwa esok berhubung perhimpunan BERSIH 3.0.

Satu kenyataan pejabat Azmin menyebut beliau menerima writ saman untuk hadir ke Mahkamah Majistret Jalan Duta, Kuala Lumpur atas dua pertuduhan di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012 dan Kanun Keseksaan.

Beliau diminta hadir ke Mahkamah pada jam 9 pagi esok.

Writ saman tersebut diterima oleh Hilman Idman yang merupakan pegawai Khas Azmin di Tingkat 1, Ibu Pejabat PKR Damansara.

Menurut writ saman tersebut, Azmin dituduh melanggar Seksyen 188 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama dengan Seksyen 109 dan Seksyen 34 kanun yang sama.

Dia dituduh bersama penyokong BERSIH 3.0 yang melebihi lima orang yang masih bebas, dalam mencapai niat bersama, telah bersubahat dengan Tangam a/l Raju, Rajesh Kumar a/l Gejinder dan Farhan bin Ibrahim @ Alias, telah mengingkari perintah yang dikeluarkan oleh Majistret Zaki Asyraf Zubir pada 26 April.

Azmin dituduh bersubahat dan menghasut Tangam, Rajesh dan Farhan membuka sekatan besi halangan di Dataran Merdeka.

Notis itu juga menyatakan keengkaran mereka dan penyokong BERSIH 3.0 yang lain mungkin menyebabkan rusuhan atau gaduh-gempur di kawasan tersebut.

Oleh itu, beliau dituduh melakukan kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 188 dibaca bersama Seksyen 109 dan Seksyen 34 Kanun Keseksaan (Akta 574).

Dalam notis yang berasingan, Azmin dituduh menyertai protes jalanan bagi maksud membantah perintah Mahkamah Majistret di bawah Seksyen 98 Kanun Tatacara Jenayah yang telah dibuat pada 26 April 2912.

Dengan itu, Azmin dituduh melakukan kesalahan di bawah Seksyen 4(2)(c) Akta Perhimpunan Aman 2012 (Akta 736) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 4(3) Akta yang sama.

Difahamkan Anwar juga menghadapi tuduhan yang sama. Ini menjadi mereka orang pertama yang akan didakwa di bawah Perhimpunan Aman 2012 yang luluskan baru-baru in.

Sementara itu, ketua kakitangan di pejabat Anwar - Ibrahim Yaacob - mengesahkan ketua umum PKR itu telah menerima notis tersebut pada jam 2.40 petang.

"Datuk Seri di ibupejabat parti di Merchant Square pada masa polis disampaikan notis itu pada jam 2.40 petang. Beliau (Anwar) berada di dalam mesyuarat dan perasan telah diterima oleh saya," katanya dalam jawapan SMS kepada Malaysiakini.

Menurutnya, terdapat dua pertuduhan berasingan - (1) Kanun Keseksaan (Akta 574) seksyen 188 dibaca bersama dengan seksyen 109 dan 34 dan (2) Akta Perhimpunan Aman 2012 (Akta 736) Seksyen 4(2) (c) dan Seksyen 4(3).

"Kita akan jumpa mereka di mahkamah...," tegas Ibrahim

Seorang lagi yang telah menerima notis yang sama ialah aktivis PKR Negeri Sembilan, Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai CheguBard. Ketika berita ini ditulis, kandungan notis tersebut masih belum dapat disahkan.

Sementara itu, menjawab soalan Malaysiakini melalui SMS, Ketua Bahagian Pendakwaan Pejabat Peguam Negara, Datuk Tun Abdul Majid Tun Hamzah mengesahkan bahawa Anwar, Azmin dan Chegubard akan didakwa esok. -mk

32 anggota polis serbu rumah Chegu Bard serah waran hadir mahkamah esok

SEREMBAN 21 Mei: Rumah Ketua Cabang KEADILAN Rembau, Badrul Hisham Shaharin dekat sini diserbu tujuh kenderaan polis kira-kira jam 2.20 petang tadi.

Menurutnya, seramai 32 anggota polis beruniform terbabit memberi writ perintah ke mahkamah berhubung penglibatan beliua dalam perhimpunan Bersih 3.0 bulan lalu.

“Mereka bawa surat arahan dan minta saya tandatangan surat perakuan untuk ke Mahkamah Tinggi Jalan Duta pada pukul 9.00 pagi esok,” katanya yang lebih dikenali Chegu Bard.

Tambah Chegu Bard, beliau turut menerima dua surat pertuduhan, iaitu kesalahan menghasut peserta perhimpunan Bersih 3.0 di bawah Seksyen 188 yang dibaca bersama Seksyen 109 dan 34 di bawah Akta 574 Kanun Keseksaan.

“Manakala yang kedua adalah tuduhan melanggar perintah mahkamah melarang masuk Dataran Merdeka, di bawah Seksyen 42c dan 4(3) Akta Perhimpunan Aman 2012 (736),” jelas beliau lagi.

“Bilangan polis yang begitu ramai seolah-olah ingin menakutkan saya dan penduduk di kawasan sekitar.

“Mereka juga datang bersama jurukamera dan rakam video dan gambar di dalam rumah, mungkin sebagai bukti saya terima dan faham isi surat yang diberi,” katanya dihubungi Keadilan Daily.

Pada 15 Mei lalu, Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua didakwa di mahkamah di bawah Seksyen 4(2) Akta Kawasan Larangan 1959, kerana dituduh melanggar arahan pihak berkuasa semasa perhimpunan itu.
-KD


9 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

jika kedua-duanya didapati bersalah dan dipenjarakan pasti PR akan memperoleh kemenangan besar pada PRU13 kelak!

Tanpa Nama berkata...

Hidup PKR lawan tetap lawan

Amuraria berkata...

PERANCANGAN RAPI OLEH SANG LAKNAT PEMIMPIN UMNO-APCO YANG MEMPERLEMBUKAN PDRM DENGAN LICIK JUGA MEMPERGUNAKAN 'UNDANG-UNDANG' ! BEGITU SEKALI MAHU TUTUT MULUT DAN KEBANGKITAN RAKYAT YANG MENUNTUT KEADILAN DARI PEMERINTAH & SPR !

Tanpa Nama berkata...

Undi tetap untuk Pakatan Rakyat.
Tindakan polis itu bukti amat nyata UMNO/BN SELEMBU semakin mengamalkan pemerintahan kukubesi.

TIADA TEMPAT UNTUK PEMIMPIN YANG MENGAMALKAN CARA KUKUBESI BEGITU.

Jika pun mereka didapati salah dan 'diasak' hingga mereka tidak dibenarkan bertanding oleh undang-undang kerajaan UMNO/BN, rakyat tetap mahukan Pakatan Rakyat menerajui pentadbiran negara.

PRU-13,
Tiada UMNO/BN negara dan rakyat aman lagi sentosa.

Ada ke pemimpin dalam UMNO/BN seberani dan segigih DSAI..? ADA..?
Kepimpinan DSAI itulah yang diperlukan rakyat kini.

Syabas DSAI serta kawan-kawan yang lain.

Rudy Hiew berkata...

Nampaknya dalam Negara M'sia ini memang sudah tidak ada ujudnya KEADILAN khasnya utk Rakyat Negara ini. Rakyat DUDUK & BANTAH akan Penipuan yg sedang d lakukan oleh SPR dan Pemimpin2 UMNO. Rakyat dan Pemimpin2 Negara ini pula Kerajaan mahu SAMAN ???. Kenapa Pihak berkuasa khasnya KDN tidak menyiasat dan Menangkap Pengerusi SPR dan Ketua Pengarah JPN? Perkara ini adalah gara2 Kerja Penipuan mereka. Seolah olah seseorang membunuh, Sipenangkap Pembunuh pula d penjarakan. Adilkah Kerajaan Malaysia ini ???

Rudy Hiew berkata...

Nampaknya dalam Negara M'sia ini memang sudah tidak ada ujudnya KEADILAN khasnya utk Rakyat Negara ini. Rakyat DUDUK & BANTAH akan Penipuan yg sedang d lakukan oleh SPR dan Pemimpin2 UMNO. Rakyat dan Pemimpin2 Negara ini pula Kerajaan mahu SAMAN ???. Kenapa Pihak berkuasa khasnya KDN tidak menyiasat dan Menangkap Pengerusi SPR dan Ketua Pengarah JPN? Perkara ini adalah gara2 Kerja Penipuan mereka. Seolah olah seseorang membunuh, Sipenangkap Pembunuh pula d penjarakan. Adilkah Kerajaan Malaysia ini ???

Tanpa Nama berkata...

ya betul, anon 7:12pm.
jika anwar, azmin & chegubard
didapati bersalah & dipenjara.
konfirm bn/umno terkubur & tinggal nama saja.
putrajaya sah ditawan oleh pr.
lepas ni. minta2lah mereka
tangkap nik aziz, hadi awang,
mat sabu, amiga dan samad said.
silap2 satu kerusi bn/umno pun tak dapat.
mungkin juga akan berlaku.
kerana dah nampak johor dalam bahaya
tangkap pula salahuddin & chua jui meng.
mereka ingat mereka cerdik
tapi merekalah paling bahlol.
allah tidak akan merastui mereka
yang zalim memimpin malaysia.
rakyat dah muak dengan telatah2
pemimpin2 bn/umo berperangai tak semengah
enough is enough.

cyberarmy berkata...

confirm x sempat nak penjara... kita dah menang dulu!

lawan tetap lawan!

Tanpa Nama berkata...

hye admin,

minta betolkan TAJUK.. mereka didakwa kerana melanggar Akta Perhimpunan Aman 2012... sertai perhimpunan bersih,"duduk dan bantah"adalah tidak dilarang pun..