24 Apr 2012

Zahida: its up 2 me nak ada hubungan dng sesiapa pun!! Apa kau peduli??

Zahida Rafik: 'Biarlah Tuhan yang hakimi saya'

SHAH ALAM – Artis Zahida Rafik yang menjadi perhatian ekoran dakwaan hubungannya dengan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Shafie Apdal, terus menjawab siri mesej dihantar oleh peminat dan rakannya menerusi Twitter tetapi menegaskan, dia "tidak kisah dengan apa orang ramai" bercakap mengenai dirinya.

“Saya di sini bukannya hendak memuaskan hati semua orang dan saya tidak kisah akan apa yang orang ramai buat tanggapan terhadap diri saya, kerana ini adalah kehidupan saya dan saya percaya akan Tuhan,” kata Zahida dalam salah satu mesej yang dihantar lewat malam semalam.

Lewat petang semalam, Shafie secara terbuka menafikan dakwaan bekas pemandunya, Noor Azman Azemi yang mengaitkan beliau dengan pembayaran wang dalam jumlah yang besar kepada Zahida sejak beberapa tahun lalu.

Katanya, segala maklumat yang disebutkan dalam laporan polis, yang dibuat oleh Noor Azman bulan lalu, adalah tidak benar sama sekali.

“Saya mengikuti dengan rapat beberapa laporan dalam media dan blog-blog tempatan yang telah mengaitkan nama saya dengan satu laporan polis oleh seorang yang bernama Noor Azman bin Azemi yang bertarikh 13 Mac 2012, yang mendakwa bekerja sebagai pemandu di bawah saya, dan mengaitkan saya dengan pembayaran wang yang sebegitu banyak kepada seorang artis bernama Zahida binti Mohamed Rafik,” kata beliau yang juga Naib Presiden Umno.

Sambil menekankan bahawa dia masih "kuat semangat", Zahida berkata, orang ramai kemungkinan akan membencinya kerana isu semasa ini.

Bagaimanapun jelasnya, dia tetap sentiasa senyum kerana percaya pada dirinya dan juga Tuhan yang maha mengetahui semuanya.

Tinjauan Sinar Harian Online mendapati beberapa mesej yang agak 'pedas' telah dipadamkan daripada senarai mesej akaun beliau semalam.
Menjawab salah satu mesej, Zahida juga ada mengatakan bahawa "biarlah Tuhan yang menghakimi saya, kamu jangan jaga tepi kain saya okey."

Walau bagaimanapun, melalui laman sosial Twitternya dia penah mengatakan bahawa dia tidak akan berdiam diri dengan perkara ini, malah dia telah pun berunding dengan peguamnya bagi menuntut bela.

Melalui laman sosial Twitternya juga, Zahida juga ada dihina dan dilemparkan kata-kata yang tidak elok dan tidak menyenangkan oleh segelintir pihak yang masih tidak berpuas hati dengannya.

Zahida tetap bersabar dalam menghadapi semua dugaan itu dan meneruskan semangatnya untuk terus menjawab soalan dan pertanyaan peminatnya.

Bagi Zahida, biarlah apa orang hendak menganggapnya kerana yang penting dia tahu akan dirinya yang sebenar.

Zahida turut mendapat simpati dan sokongan daripada segelintir pihak yang mengambil berat akan dirinya dan juga sentiasa bertanya akan perkembangan terbarunya mengenai isu semasa diri beliau.

Dikenali sebagai Azmir Husni laman sosial Twitternya beliau pernah berkata, “kepada Zahida, harap bersabar dengan dugaan fitnah-memfitnah ini, kita orang sokong dari belakang."

Tidak lupa juga peminat Zahida yang lain dikenali sebagai Zarul Azwan yang turut bertanyakan khabar tentang Zahida dan juga menasihati Zahida supaya berbuat tidak endah sahaja dengan semua anggapan orang ramai itu.

Sehubungan itu, Zahida kini merasa lebih tenang dan tenteram kerana banyak pihak yang turut memberi sokongan dan dorongan terhadap dirinya mengenai isu ini. -SH

Zahida Rafik switches off phone

Ask busty Zahida Rafik about her alleged affair with Rural and Regional Development Minister Datuk Seri Mohd Shafie Apdal and chances are she will never answer your phone calls.

The controversial Malaysian actress has switched off her phone permanently ever since the scandal broke on April 19.

The Daily Chilli, mStar Online and murai.com have made numerous futile attempts to contact her.

But on her Twitter account, which is updated daily, Zahida has rubbished the romantic rumours about her and the minister.

She tweeted: "tu lah,suddenly!hehehe..yes agree wit u,tq so much! I am having fun wit all tis bz body people,kesian tengok dia orng semua! (I'm suddenly linked to the minister. But I'm having fun with all these nosy people. I pity them all)

She added: "its up 2 me nak ada hubungan dng sesiapa pun!! Apa kau peduli?? (It's up to me to have a relationship with anyone that I like. What has it got to do with you?)

In a contradicting statement, her former driver has accused Zahida of having an affair with Shafie and living off him.

But on Monday, the top Malaysian cabinet minister issued an official statement, denying paying the sexy actress a large sum of money.

“I have been following closely various reports in the media and blogs that have linked my name to a police report dated March 13, 2012, by a person named Noor Azman Azemi, who claims to be under my employ as a driver, linking me with the payment of a large amount of money to an artiste by the name of Zahida Mohamed Rafik," said Shafie.

"I wish to state that everything that has been mentioned in the police report is completely untrue and that the subsequent comments by individuals who have distributed copies of the police report is with bad intent and politically motivated.

“I am prepared to take legal action against anyone who continues to defame me and link me with this issue," he said.

Zahida tweeted that she has handed over the matter to her lawyer.


Daily Chilli
Published April 23 2012


Ulasan GB

Self-explanatory dan GB tak perlu ulas apa-apa.

14 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

kalau dah cakap macamtuh x payah lah mati-mati nak nafikan hubungan dgn abang menteri tuh..

Tanpa Nama berkata...

"saya percaya pada tuhan", tapi kau takut tak dengan tuhan?

Tanpa Nama berkata...

jgn ckp pasal tuhan la dey..malu tol

Tanpa Nama berkata...

artis-artis ni bila bercakap..macam lah dia tu zuhud.

Tanpa Nama berkata...

percaya pd Tuhan??? xpyh nk bg ayat yg nk suh org pk kite tu suci n xbersalah

p/s: argghhhhxx!! usah sok suci kamu!!(pinjam ayat indon)

JAKA berkata...

jgn dicabar2 Tuhan tu.

mentang2 Dia diam je sekarang, maka konon itu tanda dia tak murka lah.

biar insaf sekarang, biar org mengata sekarang, sementara masih bernyawa.

kita tak kisah sapa engkau nak skandal.

persoalannya mana syafie daapt duit banyak begitu? ia mungkin ada kaitan skandal balak, penyelewengan pemimpin bn.

kalau syafie tu bukan pemimpin bn dan memang kaya diluar politik, takkisah lah.

JAKA berkata...

pompuan ni nak bersabar buat apa?

sapa yang nak marah kat dia?

you memang artis dan memang biasa mencari dahan utk berteduh. takkisahlah tu.

takde sapa nk fitnah you lah. u bukan pemimpin hebat anwar ibrahim yg sentiasa jadi bahan fitnah umno laknat.

YANG RAKYAT KISAH IALAH MCMANA SYAFIE YG DAH TAK AFDAL ITU MEMPUNYAI DUIT BEGITU BANYAK?

ia ada kaitan dgn penyelewengan pemimpin bn terhadap amanah rakyat. dah lagi seleweng, guna duit utk memenuhkan nafsu 'Awang Damit' nya yang tidak berapa kuat itu.

kalau ambik duit negara utk bagi kepada rakayt tak pe lah

kampong lad berkata...

pompuan tu cuma pelakon tambahan saja, ada yg terkeluaq landasan. isunya atau pokok (balak)ialah pelakon utama (si menteri tu).

Tanpa Nama berkata...

pelakon tambahan yg tak laku ni bukan sahaja jahil tapi sombong bodoh. Macam la kita tak tahu yang Allah Maha Tahu...she keeps repeating saying Only God Knows...memang la Allah Maha Mengetahui apa hambaNya yg hina ni buat...the problem is semua rakyat Malaysia meragui kekayaannya dan kemewahan penajanya... dia pelakon tambahan saja..plak tu nasi tambah dlm satu dua filem jer...

Tanpa Nama berkata...

Kesian.... Mudah2an allah limpahi dia dgn taufik & hidayah.

Mmang hak dia nak menjalinkan hubungan dgn sesiapa pun. Hak itu boleh dilaksanakan dgn mengikut garis panduan allah.

Kepada pak menteri, adalah lebih Afdal kalau memberikan perlindungan yg sewajarnya kpd wanita yg teraniya ini.

Kesian dia perlukan bimbingan & sentuhan suami yg soleh.

ABU berkata...

Sebenarnya memang betul cerita si artis ni ada hubungan dengan menteri tu sebab apa 2 tahun lepas member gua ada bercerita pasal perkara ni bila dia ada berurusan bisness bagi pihak syarikatnya yg memang ada link umno di sabah yang memerlukan perkenan/persetujuan si menteri ni, maklumlah menteri ni kan otai kat sabah nun, so dia org pun buat meeting di sebuah club house. Bila time jumpa je member gua pun terkejut jugak setelah dia dapati disebelah menteri tu ada artis tu....tertanya2 lah member gua ni ape gerangan artis tu buat kat situ....so lu org paham2 jelah, gua dah lama tau dah cite ni

Tanpa Nama berkata...

ini cara pelacur jalanan bercakap

Tanpa Nama berkata...

sebenarnya dah lama dah artis yg x pernah ada job kat tv dan film ni ada hubungan intim dgn sapie yg
x abdal tu.. bila wartawan tanya jawapanya itu semua gosip... tapi kalau difikir kan secara logik dan manusia berakal...banyak sangat sekarang pembohongan dan salah laku pemimpin umno TERBONGKAR..satu persatu, dari kes najib laki bini, shahrizat dan lembunya(laki dia, fitnah2 yang tak ada bukti, dan bnyak lg... aku rasa ini tanda2 kejatuhan politik umno kat malaysia... aku percaya ALLAH ingin menujukan kebohongan2 yang telah dilakukan oleh puak2 umno dr dulu... kepada pihak pembangkang, teruskan usha anda yang telus adil dan BERSIH, untuk membela nasib rakyat malaysia.... kami bersama anda..

Tanpa Nama berkata...

i like JAKA komen's.
"Saya sering jadi mangsa fitnah''(maaf rose pinjam ayat2 u..u know)....kalau dia jawap mcm tu
tak ke mampos lembu2 bunuh diri kan..
kuii....kuii.kui..