6 Apr 2012

Perompak Pecah Masuk Rumah Kerabat Sultan, Mercedes & Barang Berharga Dilarikan

Dua lelaki memecah masuk rumah mewah tiga tingkat kerabat Sultan Selangor di Bukti Tunku di sini, hari ini dan melarikan sebuah kereta Mercedes Benz dan barangan berharga.

Gambar: KEDIAMAN adinda Sultan Selangor yang dimasuki dua perompak di Taman Duta, hari ini. Perompak melarikan sebuah kereta mewah, Mercedes Benz dan barangan berharga. - Foto Khairull Azry Bidin.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, dalam kejadian 5.30 pagi itu, dua lelaki dipercayai warga Indonesia yang bersenjatakan pisau telah memecah masuk rumah berkenaan melalui tingkap depan.

Beliau berkata, mereka kemudian mengurung empat pembantu rumah, termasuk dua pembantu rumah lelaki yang diikat di dalam sebuah bilik.

"Semasa kejadian, kesemua ahli keluarga kerabat Diraja Selangor itu tiada di rumah kerana mereka berada di luar negara. Hanya pembantu-pembantu rumah sahaja yang menjaga rumah itu. Mereka tidak dicederakan,” katanya dalam satu pesanan ringkas kepada Bernama hari ini.

Beliau turut mengesahkan seorang lelaki ditahan beberapa jam sejurus kejadian itu untuk disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana pecah rumah.

Sumber polis yang ditemui di rumah itu memberitahu siasatan awal polis mendapati tingkat dua dan tiga rumah itu telah digeledah dua lelaki itu berdasarkan banyak kesan cap jari ditemui.

Katanya polis masih menjalankan siasatan dan rumah berkenaan tidak dilengkapi kamera litar tertutup (CCTV). — BERNAMA

Ulasan GB

Cakap GB tak mahu percaya: Negara Malaysia Paling Selamat!

8 ulasan:

suahati berkata...

syoknya kerja pembantu rumah.....blh diami rumah agam camtu.....perompak masuk pun xapa, diaorang xakan cederakan sbb kesiankan mereka yg hanya pembantu rumah sahaja.....

Nazaruddin Mohamad berkata...

Ini lah petunjuk tahap negara selamat yang mana indeks jenayah semakin hari semakin menurun. Bila indeks jenayah menurun, perompak dan penjenayah akan hanya merompak rumah-rumah orang kaya-kaya dan selebriti sahaja. Itu lah petunjuk yang PDRM maksud kan selama ini... Tahniah. Pastu, kalau orang kenamaan yang kena rompak, cepat dan tangkas sahaja pihak PDRM bertindak dan berhasil pulak tu tangkap penjenayah dalam masa yang singkat. Apa makna semuanya tu??? Adalah polis itu penjenayah? atau polis ada hubungan dengan penjenayah? atau ada yang di kambing hitamkan untuk menunjukkan polis cekap kononnya! Pirahhhhh.. polis kebanyakkannya hanya cekap makan suap!

Tanpa Nama berkata...

mana pi pengawal keselamatan...dahsyat betul perompak tu macam MISION IMPOSSIBLE....semua berjaya...jangan mereka belajar dengan film tu

Tanpa Nama berkata...

ini lagi satu dalil yang sahih bagi membuktikan bahawa malaysia negara paling selamat dalam asean......







wak kang

Tanpa Nama berkata...

suahati, adekah ko rasa apa yg ku rasa? sama2 faham ye

Tanpa Nama berkata...

Bukti juga double standart polis.kalau rumah org biasa mcm kita dipecah masuk,setakat report sahajalah.tak ada maknanya pasukan forensik nak dtg

Tanpa Nama berkata...

Mangsa adalah bekas majikan aku... Beliau mmg selalu keluar negara.. Dan masa aku keje dgn beliau, mmg mewah duk kat rumah tu... Hari2 mkn mknan mewah... Beliau x lokek... Byk gak brg2 yg beliau xpakai tpi masih elok dia bg aku... Mcm baju, kemeja, jam, beg kulit..

Tanpa Nama berkata...

cepatnya polisi malaysia bertindak. mcm dlm crita "csi" pulak. cba kena kt org kbanyakan. sekadar buat report ja lah.