21 Apr 2012

Parlimen Bersidang Sampai 3.00 Pagi, MP BN Hanya Sekadar Pak Angguk

Apa niat sebenar luluskan 9 akta tergesa-gesa?

KUALA LUMPUR: Sidang mesyuarat dewan rakyat semalam yang 'menggantung' masa bagi membolehkan sembilan rang undang-undang diluluskan pada hari yang sama tidak sepatutnya berlaku.

Menurut Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad hakikatnya parlimen tidak sepatutnya bertindak sedemikian rupa dan perlu memberikan masa ahli parlimen berbahas.

Malah katanya, setiap perbahasan yang akan dibuat perlu membuat penyelidikan terlebih dahulu.

"Bukan, hari ini bentang hari ini juga diluluskan. Sehingga nak buat kajian pun tidak sempat. Sembilan rang undang-undang hendak lulus pada hari itu juga," katanya.

Beliau tidak tahu apa niat sebenar kerajaan yang dilihat tergesa-gesa mahu meluluskan sembilan rang undang-undang itu tetapi baginya tindakan itu tidak cekap dan bertanggungjawab meluluskan apa-apa undang-undang sekali pun.

"Ahli parlimen BN hanya tahu nak lulus sahaja. Bila Speaker tanya siapa yang bersetuju kata bersetuju lalu mereka cepat-cepat jawab setuju," katanya ketika dihubungi.

Misalnya, kata beliau menteri terlepas pandang dalam pindaan kesalahan pilihan raya akhirnya menteri mengaku ada kesilapan selepas Ahli Parlimen Pakatan Rakyat membangkitkan perkara itu.

"Bila kita timbulkan, baru menteri mengaku ada kesilapan. Barisan ahli parlimen BN tidak ada semangat hendak mempersoalkan. Reti nak lulus sahaja," katanya.

Katanya walapun dalam keadaan masa yang terhad bermula jam 10 pagi semalam berakhir jam 3.30 pagi tadi Ahli Parlimen Pakatan Rakyat mampu memainkan peranan sebaik mungkin.


Difahamkan, sidang mesyuarat Dewan Rakyat semalam mencatat sejarah dalam tempoh 22 tahun apabila semua aturan mesyuarat mesti diselesaikan pada hari yang sama melalui Peraturan Mesyuarat 90(2).

Difahamkan pertama kali kejadian yang sama berlaku ketika pengisytiharan darurat di Kelantan pada 1977. -HD

Ulasan GB

Ketara, betapa pentingnya rakyat untuk TIDAK lagi memilih wakil rakyat dari BN yang sekadar menjadi YESMAN.

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Tak anguk nanti tak jadi calon hentap la labuuu

Tanpa Nama berkata...

Boleh dipanggil Parlimen Kanggaroo?

Tanpa Nama berkata...

Untuk isu ini, Khalid Samad dan Ahli Parlimen Pakatan Rakyat amnya perlu menilai semula peranan mereka. Hanya 17 Ahli Parlimen Pakatan rakyat berada di dalam Dewan semasa perbahasan, Ahli Parlimen BN hanya 34 dan ada seorang ahli Parlimen Bebas.

Ini ialah sesi terakhir Parlimen untuk penggal kali ini, tak salah kalau Ahli Parlimen Pakatan menunaikan tanggungjawab hatta sampai pukul 3 pagi sekalipun!

Tanpa Nama berkata...

kalau nak tahan lama jadi MP,
maka hangguk lah sajer.....



waKKang

Tanpa Nama berkata...

Apa lagi nak. Kita manusia je. Kalau dah buat tgjawab sbgai MP dan perlu sampai 3 pagi bsguslah tu. Apabila dah setuju angguk lah. Puak Pakatan ni ada problem. Yang baik pun tak setuju. Tah apa lah. Asyik bangkang tak tentu pasal. Hilang pertimbangan dan tak siuman lagi. Rakyat akan ambil tindakan dlm PRU 13. PERCAYA LAH. Bloger takut ke nak terima komen yg akan jadi kenyataan ini.

Tanpa Nama berkata...

kadang2 bloger pun kena kerja sampai 3 pagi gak.. ok la tu..

kadang2 lambat buat kerja pun boss sound. skali skala biasa la,ye dak