21 Apr 2012

[TRAGEDI] Bas Kilang Rempuh Treler, 2 Maut, 9 Cedera

Kampar - Dua pekerja kilang terbunuh manakala sembilan cedera termasuk pemandu bas apabila kenderaan yang mereka naiki terbabit dalam kemalangan dengan sebuah treler di KM38.5 Jalan Ipoh-Kuala Lumpur dekat Kampar malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kampar, Supt Abdul Aziz Salleh berkata mangsa yang terbunuh Rohani Ramli, 38, berasal dari Taman Mesra Raya, Kampar dan Russiah Md Yusof, 44, berasal dari Kampung Simpang Tiga Sungai Lesung, Ayer Kuning, Kampar.

Kedua-dua mangsa pekerja kilang elektronik Unisem di Simpang Pulai.

Rohani yang mengalami cedera parah di kepala meninggal dunia di tempat kejadian dan mayatnya dihantar ke Hospital Kampar untuk bedah siasat, manakala Russiah yang juga cedera parah di kepala meninggal dunia di Hospital Raja Permasuri Bainun pagi ini ketika sedang dirawat, katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Aziz berkata, sembilan lagi penumpang termasuk pemandu bas kilang yang mengalami kecederaan turut dirawat di hospital Kampar.

Beliau berkata, kejadian berlaku pada pukul 8 malam tadi ketika bas kilang itu yang membawa sepuluh penumpang dari sebuah kilang di Simpang Pulai menuju ke Teluk Intan apabila dirempuh di bahagian tengah oleh sebuah treler membawa
muatan sarung tangan getah dari arah bertentangan.

Ketika kejadian treler berkenaan dari Kuala Lumpur ke Teluk Intan dipercayai melanggar isyarat lampu merah, katanya.

Akibat kejadian itu bahagian tengah bas tersebut remuk teruk dan pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat dikejarkan ke tempat kejadian untuk membantu mengeluarkan mangsa yang tersepit.

Pemandu treler berusia 64 tahun ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 41(1)(A) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu, katanya. – Bernama





4 ulasan:

Awanama berkata...

pemandu bas kalau bawak memang serupa mcm celaka...aku selalu follow bas dari belakang memang macam pelesit diorg bawak...

syahidahtul akmar berkata...

nie kes pemandu treler yg salah le, pemandu bas dh ikut peraturan yg betul... tak semua org bwk bas laju... takziah kpd keluarga mangsa dan semoga cepat sembuh mangsa2 yg lain. terutamanya kak liza yg patah bahu, sue yg berjahit dikepala...

Awanama berkata...

Wahai Anonymous April 21, 2012 12:32 PM
kalau nak komen tu baca la dulu. jangan main hentam sambrono. lori hentam bas.. bas pula dipersalahkan.

ang3lin4 berkata...

takziah kepada kedua keluarga mangsa yang meninggal dunia. kepada magsa yang cedera, harap cepat sembuh..