11 Apr 2012

Negara Paling Selamat: Pekerja Utusan Melayu Disamun Dalam Pejabat

Seremban – Seorang kakitangan Utusan Melayu (M) Berhad, di sini menghadapi saat mencemaskan dalam kejadian samun yang berlaku di pejabatnya, dekat Taman AST, di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira 6.30 pagi itu, Syed Mahdzar Al Mahjab Wan Hasan, 24, yang bertugas di jabatan pemasa­-ran baru memulakan tugas seorang diri di kaunter yang terletak di tingkat bawah pejabat berkenaan.

Menurutnya, dia terkejut apabila dua lelaki bersenjatakan parang meluru masuk ke pejabat berkenaan menerusi pintu depan.

“Sebaik sahaja dua lelaki itu masuk ke dalam pejabat, mereka terus menerpa ke arah saya sambil mengacukan parang dan meminta supaya saya tidak bising.

“Dalam keadaan kelam-kebut, salah seorang daripada penjenayah mengikat tangan saya dengan wayar tetikus komputer. Manakala, mulut saya dililit dengan baju sebelum mereka mengurung saya dalam bilik surau di belakang pejabat,” katanya.

Menurutnya, penjenayah berkenaan melarikan wang tunai berjumlah RM4,850 yang diambil dari laci.

Selain itu, katanya, turut diambil, telefon bimbit miliknya serta wang tunai yang berada dalam dompetnya berjumlah RM170.

“Sejurus penjenayah itu melarikan diri, saya bergegas keluar ke pejabat dengan tangan masih terikat meminta pertolongan,” katanya.

Ketika itu, katanya, jurugambar Utusan Malaysia, Abdul Razak Aid yang kebetulan berada di pejabat tingkat atas mendengar jeritannya, lalu turun membantu membuka ikatan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Saiful Azly Kamaruddin mengesahkan kejadian.

Menurutnya, polis sedang mengesan kedua-dua suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana samun bersenjata dan berkumpulan. -SH

Ulasan GB

Pejabat media sendiri kena samun.

Bagaimana media melaporkan secara besar-vesaran kenyataan menteri bahawa negara kita paling selamat?

Kan dah terkena batang hidung sendiri.

Tiada ulasan: