23 Apr 2012

[HOT] Skandal Shafie Apdal & Zahida, Penafian Shafie Longgar - updated

Shafie nafi beri Zahida ‘wang begitu banyak’

SHAH ALAM - Datuk Seri Shafie Afdal hari ini secara terbuka menafikan dengan sekeras-kerasnya dakwaan bekas pemandunya, Noor Azman Azemi yang mengaitkan beliau dengan pembayaran wang dalam jumlah yang besar kepada seorang artis Zahida Rafik sejak beberapa tahun lalu.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan petang ini, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah itu berkata, segala maklumat yang disebutkan dalam laporan polis yang dibuat oleh Noor Azman, yang dibuat bulan lalu, adalah tidak benar sama sekali.

“Saya mengikuti dengan rapat beberapa laporan dalam media dan blog-blog tempatan yang telah mengaitkan nama saya dengan satu laporan polis oleh seorang yang bernama Noor Azman bin Azemi yang bertarikh 13 Mac 2012, yang mendakwa bekerja sebagai pemandu di bawah saya, dan mengaitkan saya dengan pembayaran wang yang sebegitu banyak kepada seorang artis bernama Zahida Binti Mohamed Rafik,” kata beliau yang juga Naib Presiden Umno.

Shafie berkata, tindakan segelintir pihak yang menyebarkan laporan polis tersebut sebagai berniat jahat yang bermotifkan kepentingan politik pihak tertentu.

Dalam kenyataannya, Shafie turut menegaskan, beliau tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang berterusan memfitnah dan mengaitkan namanya dengan isu tersebut.

Zahida sebelum ini membuat laporan polis terhadap Noor Azman yang dikatakan telah melarikan sejumlah RM200,000 wang syarikatnya setelah meminta pemandunya itu memasukkan wang tersebut dalam akaun syarikat perniagaan milik keluarganya.

Minggu lalu, Noor Azman pula membuat laporan polis mendakwa bahawa seorang menteri Kabinet menyerahkan wang sejumlah RM1.5 juta kepada Zahida.

Spekulasi itu terus meruncing apabila beberapa pemimpin parti politik pembangkang membuat sidang akhbar menyebarkan dakwaan tersebut dengan mengaitkan nama Shafie sebagai menteri terbabit yang memberikan wang beberapa kali kepada Zahida dalam jumlah yang besar.

Noor Azman, 38, yang bekerja sebagai pemandu peribadi Zahida sejak tiga tahun lalu mendedahkan skandal itu dalam laporan polis terhadap artis itu, yang menuduhnya melarikan wang RM200,00. Tuduhan Zahida terhadap Noor Azman itu dilaporkan sebuah akhbar pada 3 Mac lalu.

Berikut kenyataan penuh Datuk Seri Shafie:

“Saya mengikuti dengan rapat beberapa laporan di dalam media dan blog-blog tempatan yang telah mengaitkan nama saya dengan satu laporan polis oleh seorang yang bernama Noor Azman bin Azemi (No. K/P: 740214146237) No report AMPANG/007017/12 yang bertarikh 13 Mac 2012 yang mendakwa bekerja sebagai pemandu di bawah saya, dan mengaitkan saya dengan pembayaran wang yang sebegitu banyak kepada seorang artis bernama Zahida Binti Mohamed Rafik,” katanya.

“Dengan ini, saya ingin menyatakan bahawa semua yang tertera di dalam laporan polis berkenaan adalah TIDAK BENAR sama sekali dan kenyataan-kenyataan iringan oleh individu yang menyebarluaskan salinan laporan polis berkenaan adalah BERNIAT JAHAT dan BERUNSUR POLITIK semata-mata.

“Sehubungan dengan itu, saya bersedia mengambil tindakan undang-undang terhadap sesiapa saja yang terus-terusan memfitnah saya dan mengaitkan saya dengan perkara ini.


Dakwaan bayar Zahida: Shafie Apdal mahu saman

Menteri pembangunan luar bandar, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mengancam untuk mengambil tindakan kepada pihak yang terus mengaitkan dirinya dengan dakwaan bahawa beliau membayar wang sehingga RM1.5 juta kepada pelakon wanita terkenal Zahida Rafik.

"Saya bersedia mengambil tindakan undang-undang terhadap sesiapa sahaja yang terus memfitnah saya dan mengaitkan saya dengan perkara ini," katanya.

Beliau turut menafikan dakwaan berkenaan yang timbul ekoran penyebaran satu laporan polis bertarikh 13 Mac oleh MP Ampang, Zuraida Kamarudin.

"Dengan ini saya ingin menyatakan bahawa semua yang tertera di dalam laporan polis berkenaan adalah tidak benar sama sekali.

"Kenyataan iringan oleh individu yang menyebarluas salinan laporan polis berkenaan adalah berniat jahat dan berunsur politik semata-mata," kata menteri berkenaan dalam satu kenyataan di laman Twitter hari ini.

Zuraida mendakwa laporan polis itu didakwa dibuat oleh seorang lelaki bernama Noor Azman Azemi, 38, pada 13 Mac di balai polis Ampang selepas artis itu dikatakan mendakwa bahawa lelaki tersebut melarikan diri dengan wang sebanyak RM200,000.

Saudara lelaki itu dikatakan memberikan salinan itu kepada anggota parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin yang kemudiannya mendedahkan kandungannya kepada pemberita di lobi Parlimen dan mempersoalkan sumber dana menteri itu.

Pelakon berkenaan, Zahida yang tampil menafikan dakwaan itu Jumaat lalu berkata peguamnya juga sedang meneliti kes berkenaan.
-mk




Zuraida Sedia Disaman Di Dalam Skandal Pelakon dan Menteri

SHAH ALAM, 23 APR : MP Ampang Zuraida Kamaruddin sedia untuk disaman berhubung kenyataannya yang mengaitkan seorang pelakon wanita dengan menteri kabinet yang dibuat minggu lepas.

“Kita bersedia dengan segala tindakan yang akan diambil. Kalau dia nak saman maka kita bersedia,” kata Zuraida ketika dihubungi TVSelangor di sini hari ini.

Zuraida yang juga Ketua Wanita PKR berkata demikian bagi mengulas reaksi pelakon, Zahida Rafik, yang menafikan dakwaan yang beliau terlibat di dalam hubungan dengan Menteri Kemajuan Luar Bandar, Datuk Seri Shafie Apdal.

Zahida di dalam kenyataan yang dimuatnaik ke dalam laman web sosial twitter, menafikan dakwaan itu dan menyerahkannya kepada peguamnya untuk tindakan selanjutnya.

Menurut Zuraida, pendedahan perkara itu dibuat atas dasar ingin membantu pemandu peribadi Zahida yang dipercayai menjadi mangsa di dalam kes tersebut.

Katanya, pihaknya juga mahu menteri yang dikaitkan dengan kes itu untuk memberi penjelasan.

“Kita buat pendedahan ini atas dasar membantu pemandu pribadinya mendapat pembelaan sewajarnya. Ia adalah berdasarkan segala dokumen dan bukti yang dimilik.”

Zuraida berkata, beliau telah menjangka bahawa Zahida akan menafikan perkara itu.

Di dalam sidang media pada Apr 18 Zuraida mendedahkan satu laporan polis yang kononnya dibuat oleh bekas pemandu peribadi Zahida, Mohd Azuan Abdullah.

Di dalam laporan itu, Mohd Azuan mendakwa Zahida mengkhianatinya dengan membuat laporan palsu kononnya dia telah melarikan wang sejumlah RM200,000.

Mohd Azuan mendakwa Shafie telah mengarahnya supaya menjadi pemandu peribadi kepada Zahida dan menjadi perantara antara pelakon itu dan Shafie.

Beliau menyatakan telah berkhidmat selama tiga tahun dan meletak jawatan pada 29 Februari lalu kerana tidak tahan dengan tekanan tinggi akibat jawatan itu.

Zahida menafikan dakwaan Mohd Azuan apabila menulis di dalam laman Twitter-nya, pada 19 dan 20 April lalu.

Beliau menulis:

“Wow!!! Besnya if tis story is tru!! Kesian my x driver tu, sanggup buat cite palsu semata2 utk buat duit!! May allah bless him!

(Wow, besnya kalau cerita ini benar. Saya berasa kesian pada bekas pemandu saya itu kerana sanggup buat cerita palsu semata-mata untuk buat duit. Moga Allah Merahmatinya!)

Zahida berkata beliau tidak berdiam diri dan sudah melantik peguam untuk menyelesaikan isu ini.
-selangorku



Ulasan GB

1) Penafian Datuk Shafie Apdal sudah dijangka, tetapi mengapa mengambil masa begitu lama untuk memberikan respons?

2) Pendedahan laporan polis dibuat oleh Noor Azman bin Azemi dan tidak ada di dalam kenyataan Datuk Shafie Apdal itu yang menyatakan Datuk Shafie akan mengambil tindakan ke atasnya.

3) Penyebaran luas sebuah laporan polis oleh mana-mana pihak tidak bersalahan dengan mana-mana undang-undang. Datuk Shafie boleh bila-bila masa membuat laporanbalas sekiranya benar laporan polis oleh Noor Azman itu satu fitnah. Tetapi ia tidak dilakukan oleh Shafie, sebaliknya hanya mengugut "bersedia mengambil tindakan undang-undang terhadap sesiapa saja yang terus-terusan memfitnah saya dan mengaitkan saya dengan perkara ini".

4) Mengenai "wang yang banyak". Selain di dalam laporan polis Noor Azman, ia terkandung juga di dalam laporan polis Zahida Rafik sendiri yang tersiar di dalam sebuah akhbar tempatan sebelum ini.

Pelakon Zahida Mohamed Rafik, 37, kerugian RM200,000 dilarikan pemandu peribadinya selepas diarah memasukkan wang berkenaan ke dalam akaun banknya.

Zahida yang popular menerusi filem komedi Anak Mami The Movie menyerahkan wang tunai berkenaan kepada lelaki berusia 37 tahun itu pada kira-kira jam 11 pagi Rabu lalu dan sejak itu suspek gagal dihubungi serta dipercayai sudah melarikan diri. -hmetro (3 Mac 2012)


5) Ada lagi persoalan yang belum berjawab: Benarkah Datuk Shafie Apdal sudah bernikah dengan artis berkenaan? Penafian cuma berlaku oleh Zahida Rafik, tetapi di dalam kenyataan Shafie di atas, tidak ada penafian tersebut. Blogger UMNO di SINI ada mengesahkan Datuk sudah bernikah dengan Zahida. Apakah Datuk tidak mengambil tindakan ke atas blogger berkenaan?

6) Datuk Shafie menganggap laporan polis yang dibuat ke atasnya adalah BERNIAT JAHAT dan BERUNSUR POLITIK semata-mata. Bagaimana pula kes Datuk Shafie yang sebelum ini memfitnah PAS sebagai parti ajaran sesat satu ketika dahulu? Mahukan Datuk Shafie menarik balik fitnah tersebut atau bersedia menghadapi kemungkinan untuk dikenakan tindakan undang-undang kerana memfitnah parti tersebut?

Apa yang menarik, di dalam kenyataan Shafie Apdal tersebut, lansung tidak dinafikan pemberian wang kepada Zahida, yang dinafikan hanya jumlah wang yang banyak itu.

Esok, media massa arus perdana berkemungkinan akan sibuk melaporkan penafian Shafie Apdal ini. Tidak mengapa, semakin dilaporkan maka akan semakin banyak rakyat akan mengetahuinya dan semakin banyak ia akan dibincangkan orang mengenainya. Semacam kes lembu NFC dahulu. Sehingga akhirnya terselak segala-galanya.

Marilah kita sama-sama berdoa agar kebenaran dan keadilan itu didedahkan.

اللهم ارنا الحق حقا وارزقنا اتباعه وارنا الباطل باطلا وارزقنا اجتنابه

Allahumma arinal haqqa, haqqa, warzuqnattiba’ah,
wa arinal bathila bathila, warzuqnajtinabah


Ya Allah, tunjukkanlah yang kebenaran itu sebagai kebenaran, dan kurniakanlah kami kekuatan untuk mengikutinya (memperjuangkannya), dan tunjukkanlah yangg batil itu sebagai batil dan kurniakanlah kami kekuatan untuk menjauhinya (menghapuskannya).

رَّبِّ أَدْخِلْنِي مُدْخَلَ صِدْقٍ وَأَخْرِجْنِي مُخْرَجَ صِدْقٍ وَاجْعَل لِّي مِن لَّدُنكَ سُلْطَاناً نَّصِيراً وَقُلْ جَاء الْحَقُّ وَزَهَقَ الْبَاطِلُ إِنَّ الْبَاطِلَ كَانَ زَهُوقاً

Rabbi adkhilni mudkhala sidqin wa akhrijni mukhraja sidqin waj'alli min ladunka sulthanan nasiiran wa qul ja alhaqqu wa zawaqal bathilu innal bathila kana zahuqa

Ya Allah, masukkanlah aku secara masuk yang benar dan keluarkanlah(pula) aku secara keluar yang benar dan berikanlah kepadaku dari sisi-Mu kekuasaan yang menolong. Dan katakanlah yang benar telah datang dan yang batil telah lenyap. Sesungguhnya yang batil itu adalah sesuatu yang pasti lenyap.


12 ulasan:

zairil berkata...

Hmmm...penafian yang goyah pun tak apa...janji boleh masuk dalam berita arus perdana. Penyokong tegar akan percaya bulat-bulat. Lepas ni dia pergi angkat sumpah kat masjid...lagi penyokong tegar percaya...

Dakwaan tak dibuat. Siasatan polis ala kadar.....sudahnya tutup kes....

Hmmm.......kes baru pulak!

Amuraria berkata...

KALU DREBER TU BUAT REPORT PALSU ATAU FITNAH LEBIH APDAL SAPI AMBIL TINDAKAN PASAL BUAT LAPORAN PALSU ! SAPI BUAT TUDUHAN PALSU LAGI FITNAH BESAR PAS PARTI AJARAN SESAT PUN PAS TAK HERAN ATAU UGUT NAK AMBIL TINDAKAN ,PEEEGIDAA KAKI KELENTONG SEKUTU APCO ! KEBENARAN TETAP AKAN MUNCUL ISYAALLAH !

cinabuta berkata...

aiyaaa shafie...apa mau susah ,ngaku saja abis celita maa..ini macam punya kes sap-sap soi saja..lagi lama lagi bahaya ooo..election sudah dekat maa....

Cili Padi berkata...

DSA menafikan memberikan wang sebanyak itu. Sikit adalah kan??? hahahahahha

1 Malaysia berkata...

ala cik pie, kalau nak, kahwin aja. kan duit HARAM banyak. Op lupa aku. Duit HARAM .... hanya untuk hubungan yang HARAM aja. Kan laki zina untuk perempuan zina aja. Kan dalam agama kita ada menyebutnya.

Abah Kau!! berkata...

tak sabar nak tengok movie " Anak Mami The Return: 'abedal je la...."
jom tgk...!!!

BUNG MOKHTAR berkata...

ALAH SAPIEE NGANKU SAJA BAH... KITA KAN LAKI LAKI.. HAHAHAHA

hairan berkata...

selagi umno/bn/mca/mic memerentah selagi itulah kita semua tak mendapat keadilan! soooooooo... tendang bn/umno/mca/mic sebelum anak cucu kita kena lelong!

Tanpa Nama berkata...

Betul tu Bung Mokhtar, hang lagi gentleman terang terang kawin sama Zizie. Bagusla tu Bung, kamu cakap kuat, main pun kuat. Jgn macam orang itu bah. Cakap tak kuat tapi main kuat....

JAKA berkata...

bila ada duit dan kuasa, nafsu mesti dipuaskan.

bagi yg betina pula bila dah dibela dgn kekayaan oleh org berkuasa dan kaya, lupalah dirinya.

maka drebar nk 'ambik' sikit pun dibuat kecoh. mentang2 org tu drebar je maka dihina dan tidak dihargai jasanya.

bila saman maka akan terbongkarlah kes ini.

sudahlah kaya, sombong pulak, kedekut lagi.

sama kes altantuya lah. dia nak tuntut RM2J saja sedangkan razak bagindo dapat Rm500J.

kenapa tuntut hak dia yg sikit tu sampai bunuh kegitu kejam?

sebabnya....dikatakan ada baby dlm perut altantuya. takut nanti keluarga baby dna kepala baby tu licin je, bibir merah menyala je macam seseorang lah.

hihihihih.

tulah dia, dosa kecil membawa ke dosa besar.

sebenarnya Allah ada cara utk dedahkan jenayah mereka yg tidak percaya Tuhan seperti nii.

kes altantuya pecah hanya kerana UTK tu tunjuk hebat colik altantuya depan pemandu teksi.

so pemandu yg bertanggungjawab tu repotlah kat polis kata altantuya kena colik.

maka polis balai pun ambik kes la.

maka itulah perancangan Allah membocorkan kejahatan mereka yg mereka sangka hebat boleh tutup.

Tanpa Nama berkata...

dah lama tau cerita ni....sepupu zahida (kawan adik I) sendiri britau....

Tanpa Nama berkata...

mangkok PIE ni kata "SAYA TAK BAGI SEBANYAK ITU PADA ZAHIDA...." maksudnya dia bagi jugak laaaa!
UMNO KANTOI!!!
kuakuakuaaaa