27 Apr 2012

Esok Dunia Menjadi Saksi - Petanda Kepada Tumbangnya Rejim UMNO BN Di Malaysia

Bersih mahu teruskan perhimpunan esok

SHAH ALAM - Bersih 3.0 mahu meneruskan rancangan mahu berhimpun di Dataran Merdeka dan beberapa lokasi yang telah diputuskan, esok meskipun polis telah memperoleh perintah menghalang mereka daripada berkumpul di kawasan bersejarah itu.

"Kami akan meneruskan sebagaimana telah dirancang. Kami tidak akan melanggar halangan. Kami akan bermula pada jam 2 petang dan bermula dengan Negaraku," kata Bersih 3.0 dalam satu kenyataan dikeluarkan menerusi Twitter.

Mesej Twitter itu dikeluarkan serentak dengan sidang media yang diadakan hari ini.

Satu lagi mesej menyebut, "@bersih2: Perintah mahkamah: Permit #Bersih tidak diluluskan oleh DBKL tetapi #Bersih akan diteruskan."

Polis dapat perintah mahkamah, Dataran ditutup 4 hari

Mahkamah Majistret telah mengeluarkan perintah melarang BERSIH 3.0 daripada kawasan Dataran Merdeka, Kuala Lumpur esok sehingga 1 Mei, kata BERSIH.

Menurut notis yang dikeluarkan petang semalam, larangan tersebut termasuk jalan-jalan yang menuju ke situ.

Sementara itu, awal pagi ini Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah menutup Dataran Merdeka di mana BERSIH mahu mengadakan protes duduk esok.

BERSIH - gabungan menuntut pilihan raya bebas dan adil - berkeras untuk mengadakan protes duduk, bagi menuntut reformasi sistem pilihan raya, dengan menegas bahawa pindaan kepada Akta Kesalahan Pilihan Raya baru-baru ini sudah cukup menjadi alasan bagi mewajarkan perhimpunan itu diadakan.
-mk


Nasib Bersih 3.0 sama seperti sebelumnya

PETALING JAYA: Bersih 3.0 menghadapi masalah sama seperti dua siri sebelumnya. Lokasi pilihan Bersih 3.0, Dataran Merdeka tidak dibenarkan oleh pihak berkuasa iaitu Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Kenyataan awal Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein bahawa Bersih 3.0 tidak mengancam keselamatan kini bertukar menjadi sindiran dan dipandang sinis.

Polis telah mendapat perintah mahkamah menghalang penganjur dan orang ramai berkumpul di Dataran Merdeka.

Perintah mahkamah bermakna pihak keselamatan boleh bertindak menahan mana-mana individu yang melanggar arahan tersebut.

Bersih 3.0 dengan kempen duduk dan bantah yang mulanya kelihatan mudah dan lancar tiba-tiba menjadi sebaliknya.

Hujah yang digunakan untuk menggagalkan Bersih 3.0 ialah faktor lokasi. Pihak berkuasa berhujah Dataran Merdeka tidak sesuai kerana ia untuk acara nasional sahaja.

Alasan sebegini merupakan ulangan kepada dua siri Bersih sebelum ini iaitu menghantar memorandum ke Istana Negara.

`Tindakan tidak ikhlas’

Walaupun pada mulanya kerajaan mencadangkan tempat lain tetapi penganjur pula menolak atas alasan Dataran Merdeka yang terbaik.

Meskipun Hishammuddin tidak mengiytiharkan Bersih 3.0 haram tetapi tindakan mahkamah itu sekaligus `mengharamkan’ perhimpunan menuntut pilihanraya bebas dan adil.

Pemuda PKR menganggap keputusan polis mendapat perintah mahkamah itu sebagai perancangan kerajaan dari awal lagi untuk menggagalkan Bersih 3.0.

“Mencerminkan tindakan yang tidak ikhlas…jika tidak mahu berkompromi perlulah dibuat dari awal supaya tidak membuang masa turun naik berunding.

“Menteri (Hishammudin) takut sokongan rakyat…” kata Timbalan Ketua Penerangan, Rozan Azen Mat Rasip.

Bagaimanapun, kira-kira 10,000 ahli muda PKR akan tetap turun ke enam lokasi yang telah ditetapkan
-FMT


Datuk Bandar KL jangan angkuh- AMK

KUALA LUMPUR 26 April: Datuk Bandar Kuala Lumpur, Tan Sri Ahmad Fuad Ismail diingatkan tidak bersikap angkuh dengan cuba menghalang himpunan Bersih 3.0, kata Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Shamsul Iskandar Mohd Akin.

Ia berikutan kenyataan Ahmad Fuad untuk mengambil tindakan keras sekiranya Bersih meneruskan hasrat mereka berhimpun di Dataran Merdeka, Sabtu ini.

“AMK menggesa agar Datuk Bandar tidak bersikap angkuh dengan siri-siri kenyataan yang hanya menunjukkan kegusaran mereka untuk berhadapan dengan ketidakpuasan hati rakyat,” katanya.

“Kenyataan Datuk Bandar ini jelas bersifat ‘mala-fide’, dalam keadaan beliau bersikap selektif dalam menentukan apa jenis program yang boleh dianjurkan di Dataran Merdeka.

Malah katanya, kenyataan Ahmad Fuad untuk menawarkan lokasi lain juga menimbulkan persoalan.

“Apa bezanya jika Dataran Merdeka menjadi lokasi? Mengapa perlu perubahan lokasi dicadangkan di saat-saat terakhir? Apakah mereka khuatir jika Dataran Merdeka menjadi saksi gelombang kuning kebangkitan rakyat menolak penyelewengan sistem pilihanraya Malaysia?,” Soal Shamsul.

Terdahulu sebelum ini, Ahmad Fuad menolak permohonan Bersih menggunakan Dataran Merdeka atas alasan ia bukan program bersifat nasional dan berteraskan politik.

Namun, Shamsul berkata, pada 27 Jun 2009, Dataran Merdeka menjadi medan pelancaran logo 1Malaysia, yang jelas merupakan kempen politik oleh Umno-Barisan.

Jika dibandingkan dengan Bersih, katanya, motif himpunan itu adalah lebih jelas untuk memperjuangkan sistem pilihanraya yang adil dan telus di negara ini.

“Solidariti telah ditunjukkan oleh rakyat Malaysia di luar negara, malahan masyarakat antarabangsa seantero dunia turut bersama-sama menyatakan sokongan mereka ke atas Bersih 3.0,” katanya


Ulasan GB

GB sudah katakan sebelum ini bahawa sekalipun dihalang dan diharamkan, esok, dunia akan menyaksikan berdudun-duyun rakyat akan berhimpun, jika tidak di Dataran Merdeka, tetapi di seluruh pelusuk susur jalanraya ibukota.

Keputusan DBKL untuk menutup Dataran Merdeka mempunyai hikmah tersemunyi dan kebaikan untuk BERSIH 3.0

Ia menyemarakkan lagi jiwa rakyat untuk terus berhimpun, walau cuba disekat dengan apa cara sekalipun.

Mana pernah kerajaan UMNO izinkan Perhimpunan Bersih? Tetapi perhimpunan tetap berjalan dan berlansung. Itu menunjukkan kebangkitan rakyat tidak boleh dibendung oleh sesiapa pun.

Seperti yang GB telah ulas sebelum ini, jika program asal bernama DUDUK & BANTAH, nampaknya ia akan bertukar menjadi BANGUN & BANTAH.

Kalau DBKL tidak izinkan DUDUK & BANTAH di Dataran Merdeka, jangan tersentak dan terperanjat apabila rakyat BANGUN & BANTAH di jalanraya! -GB 20/4/2012


Ya esok, satu lagi sejarah akan tercipta. Esok Dunia Menjadi Saksi - Petanda Kepada Tumbangnya Rejim UMNO BN Di Malaysia!

16 ulasan:

Pakcu Rantau Panjang berkata...

Maaflah kalau Pakcu masuk mencelah dalam bab demo ni. Pakcu tau kalau dok letang angin puak-puak demo tu tentu banyak yang "hentam" Pakcu.

Pakcu tak kisah...apa yang Pakcu nak cakap kalau demo ni diteruskan rasa Pakcu banyak buruk dari baiknya.Pakcu bukan tok nujum tapi kesan dari yang lepas sudah jelas kita dapati banyak gangguan yang terjadi pada peniaga dan pengguna jalanraya.

Yang Pakcu dok ramal demo ini hanyalah untuk mencari "point panas" sebagai satu tajuk yang boleh dikarang oleh pembangkang berjela-jela bila tindakan atau kejadian yang tak diingini berlaku.....maka akan keluarlah perkataan ..lumrah ZALIM dan sebagainya...walahualam

Awanama berkata...

APA PAKCU MEREPEK NIH..

PADA BERSIH 2.0 DAHULU RAMAI PENIAGA TUTUP KEDAI AWAL, DAN PENIAGA-PENIAGA INILAH JUGA YANG BERSAMA-SAMA MENYERTAI HIMPUNAN BERSIH.

PENGGUNA JALANRAYA TERSEKAT KERANA ANGGOTA POLIS YANG BUAT SEKATAN. TERUTAMA DENGAN WATER CANON DAN ANGGOTA FRUNYA.

SEDANGKAN PERHIMPUNAN BERSIH BERJALAN AMAN. CUMA PROVOKASI PIHAK TERTENTU MENJADIKAN IA KUCAR KACIR.

ITU KEBENARANNYA.

Awanama berkata...

Pak Cu, lu balik "pak cu ceng" lah. sudah kenal siapa lu pondan siam , alias jantan keberet

Awanama berkata...

memang pakcu merepek..dah tua2 patutnya sedar kenapa jalanraya terpaksa digunakan selepas semua saluran tidak dipedulikan oleh kera2 jaan...

Awanama berkata...

Pak Cu! Lu balik 'pak cu cheng'lah. Sudah kenal siapa lu. pondan siam, jantan keberet, jilat bontot.

Awanama berkata...

NI Pak Long nak beritahu Pak CU.
BERSIH 1.0 ke , BERSIH 2.0 ke DAN BERSIH 3.0 , pak long nak beritahu pak cu yang sememang patut diadakan kerana KERAjaan yang ada sekarang ni hanya mementingkan periuk nasi diorang aje . Pak cu tak terasa ke , barang2 dah naik , minyak petrol naik dan kebanyakkan keperluan asas rakyat telah memaksa rakyat untuk menukarkan UMNO/APCO ini kepada Pakatan Rakyat yang lebih baik pemerintahannya.
Fikir2kan lah Pak Cu.....

Awanama berkata...

pakcu bare takut. Brapa kali dah turun bersih?

Monkey Code berkata...

Pakcu Rantau Panjang...cakap berhemah...tapi bodoh macam seperti tak tahu apa yang berlaku..dah 2 demo "bersih"..dan beratus demo dah berlaku semenjak 1998....tapi apa nak buat...ada telinga tapi pekak,ada mata tapi buta, ada akal tapi beku dan ada hati tapi mati...jadi haiwan pun lebih baik.

Pak Da Pasir Mas berkata...

Ambo kesiankan Pakcu dek kerana hatinya belum terbuka melihat ketidakadilan gelanggang politik tanah air.

Pakcu ....
Pakcu lihat seperkara ini sajalah .....
Pengerusi dan Setiausaha SPR sudah dibuktikan sebagai ahli UMNO.

Apakah dengan ini pengundi boleh mengharapkan pilihararaya negara akan berlaku secara adil ?

Banyak lagi pakcu ... kalau nak disenaraikan sebagai kebobrokan BN dalam mengendalikan pilihanraya.

Awanama berkata...

kepada pakcu...Ya ALLAH..kau buka lah pintu hati pakcu..agar pakcu dapat menilai yg mana baik dan yg mana batil...Kau terangi lah hati pakcu ya ALLAH..agar pakcu dapat memilih jalan yg benar ya ALLAH..amin...

Awanama berkata...

Pak Cu! Lu cakap mcm bagus, skima lagi, itu orang umno pun ada stand sendiri. Lu lagi teruk dari umno. Dah
le umno tu lembu, lu lagi teruk dari lembu... babi kot? 'Jauhi diri anda dari kebodohan kerana kebodohan itu tiada hadnya.'

Awanama berkata...

Dataran Merdeka kepunyaan rakyat.Gaji Dato Bandar tu pun rakyat yang bayar.Gaji Menteri WP Raja Nong Chik tu juga rakyat yang bayar.Sekiranya berlaku pergaduhan dan pertempuran antara pihak berkuasa dengan demo Bersih 3 - Dato Bandar dan Raja Nong Chik bertangung jawab titisan darah yang jatuh kebumi akibat mereka nak mengampu Najib dan Hishammudin.

Awanama berkata...

pak cu...
kalau takut mati, jangan berjuang...

duduk diam-diam, dan tunggu mati..



wakkang

Pakcu Rantau Panjang berkata...

Kan Pakcu dah cakap....dalam menilai pandangan seseorang boleh melihat dalam berbagai sudut dan apa yang Pakcu dapati keceluparan mulut manusia memang tak terbatas dalam memberi pendapat..apa lagi bila meluah sesuatu dengan emosi yang tiada pertimbangan dari berbagai sudut.

Jadi terpulang kepada anda untuk mengkritik pendapat Pakcu sedangkan keputusan mahkamah dunia pun dah tak sanggup terima maka apalagi jika pendapat yang tak sebulu dengan aliran idaelogi kepartian.....walahualam

Awanama berkata...

Pak cu oo pak cu..ko tak tahu ke negara kita nie dah nak jaadi negara untuk orang rakyat asing..pak cu tentu gumbira tgk org bangla,nyammar,indon,piliphine cakap kita nie kan 1 malaysia..

Awanama berkata...

cuma satu jer nak bagi tau kat pengarahSPR/penjilat SPR tu
kalau nak menipu jadi lah penipu berakal logik/berotak bukan pakai lobang jxxxr..sbb aku pon kau nak tipu pasal tempat mengundi aku/adik/anak buah aku ya,
weh pengarah gampang neh aku nak bagi tau aku tak penah mendaftar seumur hidup utk mengundi tau,
pehal ko dah sahkan aku ni?aku nak bagi tau ko muka gampang(pengarah/penjilat jxxxr)umgok...kita org bukan bodoh yer
kami semua ni skolah sampai cambdrige yer..

kalau depan aku mmg bijik mata ko aku korek dgn pisau!!!!
tak pernah parents kita ajar kita biadap...tapi now aku nak bagi tau aku tyak tolerate kebodohan kamu melebihi lembu~!!