20 Apr 2012

DBKL Tolak Himpunan BERSIH Di Dataran Merdeka, Mahu Rakyat Ke Jalanraya?

DBKL tolak BERSIH di Dataran Merdeka

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menolak permohonan BERSIH untuk menggunakan Dataran Merdeka untuk perhimpunan menuntut pilihan raya bersih dan adil pada 28 April ini.

Jawatankuasa pemandu BERSIH Maria Chin Abdullah berkata, perkara itu dimaklumkan melalui surat kira-kira jam 11 pagi ini.

Dalam sidang media di Kuala Lumpur hari ini, BERSIH turut membacakan kandungan surat itu kepada pemberita yang memberikan alasan Dataran Merdeka hanya boleh digunakan untuk acara "peringkat nasional" seperti sambutan hari kebangsaan dan hari Wilayah Persekutuan.

Menurut pengerusi bersama BERSIH Ambiga Sreenevasan, pihaknya mengutus surat kepada DBKL dan polis pada pagi Isnin.

DBKL sebelum ini menafikan menerima sebarang permohonan daripada gabungan NGO itu berhubung bantahan "duduk bantah" mereka. -mk


BERSIH bukan ancaman pada keselamatan

Kementerian Dalam Negeri (KDN) tidak melihat perhimpunan "duduk bantah" BERSIH di Dataran Merdeka pada 28 April ini sebagai ancaman kepada keselamatan kerana ia didakwa hanya mempunyai sedikit daya tarik kepada orang ramai.

Menterinya Hishammuddin Hussein berkata, satu-satunya ancaman adalah penganjur, yang perlu menghadapi tanggapan negatif orang ramai sebagai hasilnya.

Katanya, oleh kerana sebuah isu dimasukkan bersama, termasuk ISA, pinjaman pelajaran dan Lynas, rakyat tahu bahawa program itu mempunyai niat politik.

Menurut Hishammuddin, orang ramai juga akan mempersoalkan masa perhimpunan itu memandangkan ia terlalu dekat dengan pilihan raya dan menggambarkan ia tidak ikhlas. -mk



Ulasan GB

Sungguh aneh.

Menteri kata BERSIH bukan satu ancaman, DBKL pula tolak permohonan BERSIH untuk berhimpun di stadium merdeka.

Apakah ini "permainan" UMNO BN?

Tidak mengapa, jangan lupa sewaktu BERSIH 2.0 dahulu, bukan sahaja tidak dibenarkan berhimpun di dataran meredeka, malah diharamkan oleh kerajaan. Apa berlaku? Rakyat TETAP turun jugak.

Kalau DBKL tidak izinkan DUDUK & BANTAH di Dataran Merdeka, jangan tersentak dan terperanjat apabila rakyat BANGUN & BANTAH di jalanraya!


6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Ini arahan daripada Najib? Kah...kah...kah.

Kalau tak lawan mana ada Oooom?

Kalau tak ada polis dan FRU mana ada syiok?

Lulus kah tak lulus, tetap ke Dataran Merdeka. Dataran dibina dengan duit rakyat dan bukan gunakan duit daripada bapa pentadbir DBKL, siapa peduli?

Tanpa Nama berkata...

Oleh kerana Bersih adalah peringkat internasional, tak boleh pakai dstaran merdeka. cantik najib!

Tanpa Nama berkata...

DBKL... DBKL.... nak buat cam ner kan..yes boss dah la... ..nanti anak binimu makan pasir plak. Mu halal ka mu haram ka, padang tu bukan mak bapak lu punya..Ayuh sedara-sedaraku kita benamkan pewaris takhta Union Jack ini di tempat pewarisnya terdahulu pada 28/4 ini..... kita lupa sejarah tetapi sejarah tidak pernah hilang.... semua peserta jangan lupa bawa sedikit garam, air mineral dan sedikit makanan..... selamat duduk dan bantah....apa-apa jadi itu bukan hak dia hak Allah jua diri kita dan diri semua umat ini

Tanpa Nama berkata...

hahahahaah kate pe dah...last minute mst bnda len yg akn jd..bn leh bt apa sja untuk rosakkn himpunan bersih..tp dorg kene ngt,dia bt cmni brtmbah2 la org bnci kat bn..bgus2 bn yg bodoh xsudah2

Tanpa Nama berkata...

Benarkah BERSIH nak kejalanraya jika parlimen bubar tanpa memenuhi tuntutan?

Tanpa Nama berkata...

tak benar baru syok lawan. baru kata lawan macam tu la baru ada best