26 Apr 2012

Demonstrasi 70 Lokasi Seluruh Dunia, Bersih 3.0 Bakal Pecah Rekod Dunia

Perhimpunan Duduk Bantah sempena Bersih 3.0 bakal menjadi perhimpunan terbesar dalam sejarah berikutan ia dianjur serentak di 70 lokasi seluruh dunia, kata Pengerusi Bersih, Datuk S Ambiga.

Beliau berkata, perhimpunan itu sekali gus bakal memecahkan rekod dunia kerana belum ada penganjur berjaya mengadakan demonstrasi di 70 lokasi di 52 negara secara serentak, setakat ini.

“Saya jangka ia perhimpunan terbesar apabila ia diadakan serentak seluruh dunia. Suara rakyat akan bergema di seluruh dunia untuk menyatakan bantahan mengenai kepincangan sistem pilihan raya di Malaysia,” katanya.

“Dalam Bersih 2.0, perhimpunan peringkat global meliputi kira-kira 30 lokasi sahaja.

Kali ini saya yakin dapat mengumpul 500,000 orang di 70 lokasi yang menyertai perhimpunan Duduk Bantah di seluruh dunia,” katanya kepada Keadilan Daily.

Di Malaysia, katanya, perhimpunan diadakan di lapan bandar utama iaitu Kuala Lumpur, Kota Kinabalu, Kuching, Sibu, Miri, Melaka, Johor Bahru, Ipoh dan Pulau Pinang.

Di luar negara, rakyat Malaysia menganjurkan perhimpunan itu di 70 lokasi, antaranya Singapura, Hong Kong, Jepun (Osaka, Tokyo), Austria (Graz), Australia (Brisbane, Canberra,Perth, Melbourne, Sydney, Adelaide, Hobart).

Selain itu, Amerika Syarikat ( Houston,Atlanta, Pittsburgh, Minneapolis, San Francisco, New York City, Washington DC, Los Angeles, Boston, Chicago, Portland, Columbus, Wichita Kansas, Ames, Iowa), Kanada ( Toronto, Montreal),
New Zealand (Auckland,Wellington, Motueka).

Ia turut diadakan di Taiwan (Taipei, Tainan), United Kingdom (London, Edinburgh, Scotland, Newcastle), Ireland Dublin, Sligo), Switzerland ( Zurich, Geneva), Sweden (Uppsala, Mälmo), Jerman (Koeln/Bonn, Berlin), China (Shanghai, Beijing).

Selain itu, Perancis (Paris), Thailand (Bangkok), Korea (Seoul, Busan), Finland (Helsinki), Rusia (Moscow), Jordan (Amman, Mafraq, Irbid, Mu’tah), Bangladesh (Dhaka), Netherlands (The Hague), Indonesia (Bali) dan Afrika Selatan (Cape Town). -KD

6 ulasan:

Awanama berkata...

Rekod dunia lagi ..mesti menteri UMNO bangga..kena tulis dalam malaysia book record..

siapa lagi... berkata...

Bangganya Mahathir, Malaysia bakal cipta rekod dunia lagi...ianya dapat menyejukkan hati selepas menara kembar x lagi jadi rekod dunia..mesti tersenyum kambing. Je...

Awanama berkata...

Apa lagi, sapa2 rakyat Msia tak kira Islam atau tak, bole join , utk pemerintahan yg telus mulus, amanah & adil. Jati, Perkase pun bole join.

Awanama berkata...

Bukan rekod yang diutamakan tapi di70 buah negara,telah diketahui dunia betapa teruknya SPR dan Kerajaan UMNO/BN.Pemimnpin UMNO/BN tak boleh mendabik dada tatkala berada di70 buah negara ni kerana PRU yang dilaksanakan penuh dengan tipu-daya,penyelewengan dan rasuah.Ini menjadikan kes Najib diParis akan bertambah rumit kerana dia sudah setanding dengan pemimpin-pemimpin dunia yang korup dan zalim.

Awanama berkata...

Dia orang dh tutup dataran merdeka. Mula pagi esok sampai ahad ni

RESOLUSI berkata...

DIORANG NAK TUTUP KE APE KER.... BERSIH 3.0 PASTI YANG PALING MENYAYAT HATI DALAM SEJARAH MALAYSIA..ALLAHUAKBAR