3 Apr 2012

BERS✔H 3.0 Wajib Diadakan. Tarikh Akan Diumumkan Esok!

Bersih 3.0 dijangka berlaku bulan ini, kata sumber

KUALA LUMPUR, 3 April — Bersih dijangka akan mengumumkan esok tarikh perhimpunan ketiganya untuk pilihan raya yang bersih dan adil, yang mana menurut sumber badan pemerhati pilihan raya itu akan berlaku hujung bulan ini.

Salah seorang jawatankuasa pemandu Bersih yang enggan mendedahkan identitinya berkata kepada The Malaysian Insider butiran berkenaan “Bersih 3.0” akan didedahkan sewaktu sidang media di Dewan Perhimpunan Cina Selangor Kuala Lumpur (KLSCAH) di sini.

Beliau bagaimanapun tidak memberikan butiran walaupun laporan di Internet menyebut 28 April ini sebagai tarikh untuk perhimpunan berikutnya, dan Dataran Merdeka sebagai lokasi perhimpunan tersebut.

Sumber lain yang dihubungi juga tidak mengesahkan dan menidakkan khabar angin tersebut, namun mengakui semalam bahawa kumpulan tersebut telah bergerak untuk menuntut perubahan pilihan raya yang lebih besar.

Perkara itu jelas sumber tersebut, berlaku akibat daripada kegagalan Jawatankuasa Khas Parlimen berkaitan pilihan raya (PSC) menyelesaikan isu pokok dan menunaikan tuntutan Bersih sebelum ini di samping pilihan raya yang bakal berlaku.

Sumber itu menambah, lebih banyak bukti penipuan sistem pilihan raya akan didedahkan, yang akan membuktikan PSC adalah sekadar hiasan pentadbiran Najib untuk menunjukkan keikhlasannya melaksanakan pembaharuan sistem pilihan raya.

“Kami telah menemui bukti penipuan sistem pilihan raya yang lebih banyak dan menimbulkan tanda tanya sama ada keseluruhan PSC itu hanyalah sekadar satu penipuan,”
kata sumber berkenaan.

“Melalui perhimpunan, kamu boleh sebut saya tidak mengesahkan, atau menafikan perkara itu.

“Tapi apa yang saya boleh katakan adalah bukti penipuan tersebut adalah sangat jelas.”

Sembilan ahli bipartisan PSC telah diumumkan Datuk Seri Najib Razak tahun lalu setelah berbulan lamanya pentadbiran beliau menerima kritikan ketika menguruskan perhimpunan Bersih kedua pada 9 Julai.

Selepas enam bulan perbincangan, panel berkenaan telah menyiapkan 22 hasil laporan akhir dan akan diserahkan kepada wakil rakyat di Parlimen semalam.

Perbahasan berkenaan laporan itu dijadualkan berlangsung 11.30 pagi hari ini namun, Pakatan Rakyat (PR) telah menyatakan kekecewaan mereka terhadap hasil laporan tersebut.

Selain itu, tiga ahli PR dalam PSC sejak minggu lalu sering mengkritik panel kerana dikatakan gagal menyelesaikan isu utama bagi membersihkan pilihan raya, terutamanya dakwaan kurangnya komitmen Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk membersihkan sistem pilihan raya.

SPR, yang mana ahli PR telah berulangkali mendedahkan terdapatnya kehadiran 42,000 pengundi hantu di dalam daftar sistem mereka, namun mereka tidak bertindak untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Tambahan lagi, mereka menyatakan suruhanjaya berkenaan gagal mengemukakan kaedah yang sesuai untuk membenarkan rakyat Malaysia di luar negara untuk turut mengundi, walaupun telah didesak untuk dikemukakan dalam laporan interim PSC Disember lalu.

Pengerusi Bersih, Datuk S. Ambiga, pada 18 Mac telah memberi amaran kepada Putrajaya kemungkinan berlakunya Bersih3.0, ekoran penambahbaikan pilihan raya sengaja dilambat-lambatkan dan penambahan pengundi secara mendadak di sesetengah kawasan Parlimen.

“Melihatkan kepada keadaan sekarang, kami tiada pilihan lain. Selain Bersih 3.0,” kata Ambiga kepada The Malaysian Insider.

“Sekiranya kerajaan tidak serius berkenaan penambahbaikan pilihan raya, biar rakyat jadikan perkara itu didengari,” tambahnya.


Pemimpin PR turut menyatakan sokongan mereka terhadap perhimpunan berkenaan kerana kerajaan gagal memenuhi tuntutan untuk pilihan raya yang lebih adil.

Ribuan rakyat Malaysia telah menyertai perhimpunan 9 Julai Bersih 2.0 yang kemudiannya menjadi ganas apabila polis melancarkan gas pemedih mata dan meriam air untuk menyuraikan penunjuk perasaan.

Situasi berkenaan menyaksikan 1,000 orang telah ditangkap termasuk sebelum perhimpunan berlangsung, dan Najib menerima kritikan daripada media antarabangsa.

Berdasarkan tekanan tersebut, kerajaan telah menjanjikan reformasi, yang mana turut melibatkan pembentukan PSC dan enakmen yang menerima kritikan hebat, Akta Perhimpunan Aman tahun lalu. -TMI

BERSIH 2.0: Penipuan pilihan raya akan berterusan

Gabungan pendesak reformasi pilihan raya BERSIH 2.0 kecewa kerana laporan jawatankuasa pilihan parlimen untuk menambahbaik proses pilihan raya (PSC) tidak membawa lima isu utama yang dipertikaikan.

Menurut BERSIH 2.0, lima isu berkenaan ialah:

* Manipulasi dalam daftar pemilih;
* Skandal undi-untuk-kewarganegaraan di semenanjung Malaysia;
* Penguatkuasaan Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 dan mengukuhkan takrif kesalahan pilihan raya;
* Rancangan untuk menghentikan 'politik kotor'; dan
* Pemerhati undangan antarabangsa

Sehubungan itu, jawatankuasa pemandu BERSIH 2.0 menyatakan kebimbangannya bahawa penipuan pilihan raya dan perkara lain yang tidak kena "berkemungkinan tinggi" akan berterusan tanpa dibendung.

“Peluang keemasan untuk membetulkan kesilapan dan untuk berbakti kepada rakyat Malaysia buat masa kini dan masa depan, dengan dukacitanya telah berlalu," kata jawatankuasa itu dalam satu kenyataan hari ini.

BERSIH 2.0 merupakan jawatankuasa yang bertanggungjawab menganjurkan perhimpunan untuk menuntut reformasi dalam proses pilihan raya pada 9 Julai tahun lalu.

Perhimpunan raksasa itu antara lainnya menyebabkan pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak menubuhkan PSC yang disasarkan untuk memberi cadangan bagi menambahbaik proses pilihan raya.
-mk



PSC: Tindakan Speaker pemangkin Bersih 3.0

KUALA LUMPUR, 3 April: Penolakkan usul berkenaan laporan minoriti dan juga meluluskan cadangan Jawatankuasa Pilihan Khas (PSC) Berhubung Dengan Penambahbaikan Proses Pilihan Raya tanpa perbahasan merupakan pemangkin kepada perlaksanaan himpunan Bersih 3.0.

Menurut Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub (gambar), Pakatan Rakyat mempunyai hujah serta bukti apabila Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia meminta mereka mengemukakan bukti amalan laporan minoriti yang dilakukan di mana-mana negara Komanwel.

"Bila Speaker meminta kita kemukakan bukti amalan mana-mana negara komanwel yang melaksanakan laporan minoriti dalam Parlimen mereka.

"Kita mempunyai hujah serta fakta berasaskan apa yang berlaku dalam Parlimen di New Zealand, Australia mahupun negara-negara kecil seperti Jamaica yang ada keutamaan tentang laporan minoriti dimasukkan atau dibahaskan bersama dengan laporan yang dikemukakan," jelasnya.

Tambahnya lagi, adalah tidak munasabah Pakatan Rakyat dilayan sedemikian, yang mana hujah-hujah mereka langsung tidak mahu didengari di Parlimen.

"Saya merasakan dengan penolakkan ini rakyat diluar sana dapat melihat bagaimana proses penyuburan demokrasi di dalam negara ini tidak dapat diletakkan di tempat yang adil.

"Walaupun kita menyertai PSC serta memberi kerjasama sepenuh demi penanbahbaikan proses pilihanraya namun apa yang berlaku hari ini telah menguburkan demokrasi negara," sambung beliau lagi.

Salahuddin ketika ditanya berkenaan pembaziran yang dilakukan sepanjang tempoh enam bulan dan akhirnya laporan tersebut diluluskan tanpa dibahas.

"Saya tidak melihat ia sebagai satu pembaziran kerana kita telah beri kerjasama selama ini, tetapi pada hari ini kita dapat melihat bagaimana wujudnya campurtangan pihak eksekutif mahupun Umno itu sendiri dalam keputusan yang dibuat.

"Kita melihat bagaimana laporan minoriti itu ditolak sedangkan ia tidak sepatutnya berlaku sebab kita boleh buktikan dengan amalan yang dilakukan di parlimen-parlimen di luar negara terutamanya negara komanwel," sambung beliau lagi.

Sebelum itu, Pandikar Amin menolak usul yang difailkan semalam atas alasan tiada peruntukan bawah Perintah Tetap yang memberikannya kuasa untuk mengubah laporan itu.

Tiada perkara seumpamanya, kata Pandikar memetik amalan berparlimen di New Zealand.

Penolakan itu, menyebabkan ahli parlimen pembangkang bangun mendakwa terdapat duluan berhubung laporan minoriti dikepilkan bersama laporan-laporan lain, di Parlimen negara Komanwel lain.

Malah beliau juga turut mengarahkan Azmin Ali (Gombak), R.Sivarasa (Subang) dan juga Dr Dzulkefly Ahmad (Kuala Selangor) keluar dari Dewan Rakyat atas tindakkan ketiga-tiga mereka mengemukakan bukti serta hujah terhadap amalan tersebut.

Pandikar Amin telah mengambil keputusan untuk memutuskan usul tersebut diluluskan tanpa ada perbahasan.
-HD


Ulasan GB

GB telah menyuarakan acapkali mengenai perlunya BERSIH 3.0.

Kini baru ada kenyataan positif daripada jawatankuasa BERSIH sendiri.

Sekalipun agak lewat dan pilihanraya begitu hampir, namun bak kata pepatah, its better late than newer.

Berikut ialah ulasan GB sebelum ini:

Penyertaan anggota Pakatan ke dalam PSC adalah satu kesilapan!

GB sudah menyatakan berkali-kali sebelum ini bahawa PSC hanyalah helah/sandiwara Najib dan UMNO/BN untuk mengabui mata rakyat.

Sebelum ini GB pernah mengulas:

Setakat mana kuasa J/K Khas itu pun masih kabur? Apakah hanya terhad kepada mengutarakan cadangan-cadangan perbaikan tanpa sebarang kuasa pendakwaan? Jika demikian padamkan saja hasrat penubuhannya.

Yang rakyat mahu kini ialah penubuhan Suruhanjaya DiRaja untuk menyiasat dan membedah secara komprehensif operasi dan pengendalian pilihanraya oleh SPR selama ini, kerana ternyata SPR tidak telus. Malah SPR tidak pernah melantik pemerhati bebas dari luarnegara untuk memantau perjalanan pilihanraya di negara ini kerana SPR tahu kehadiran pemantau itu bakal mendedahkan kepincangan SPR sendiri.

Buktinya semasa MAFREL pemantau di dalam negara sendiri sewaktu dilantik menjadi pemerhati dan apabila MAFREL menemui perbuatan salahlaku SPR, tiba-tiba MAFREL tlah tidak diktirafkan lagi sebagai pemantau pilihanraya. Bukankah itu jelas SPR memang sebuah badan "anjing gila" yang bebas melakukan apa saja untuk memanipulasikan sistem pilihanraya di negara ini? Keras bunyi krtikan GB tetapi demi kebenaran dan keadilan yang perlu diletakkan di tempat yang sewajarnya, maka terpaksa ia berbunyi demikian.

Malah kita berjanji seandainya Pakatan Rakyat memerintah selepas ini, kami rakyat Malaysia yang memperjuangkan kebenaran dan keadilan akan mencari Pengerusi, Timbalan pengerusi dan semua anggota SPR yang terlibat sampai ke lubang cacing untuk disiasat dan diadili.




7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Tak guna berarak.tak ada respon.berkumpul di stadium,buat solat hajat ramai ramai.penganut agama bukan islam berdoa ikut agama masing masing.semua berdoa supaya yg menipu,cuba menipu dlm pilihanraya diberi petunjuk samada cara baik mahupun cara buruk

kayu_cemeti berkata...

ayuh kita gegarkan dengan laungkan bersihkan daftar pemilih bergema didataran merdeka dalam Bersih 3.0 nanti pastikan jangan ada yang menungkat dagu depan tv dirumah jika kita ingin Negara ini dibersihkan dari penipuan olih umno menggunakan segala platform seperti SPR yang sepatutnya tidak menyebelahi mana2 parti politik ... suara rakyat suara keramat kita buktikan nanti insya'allah

Tanpa Nama berkata...

Hidup ...... BERSIH 3.0 . Sememangnya dinanti2kan oleh rakyat marhean. Hapuskan pemerintah zalim , "rakyat dizalimikan , pemimpin dikenyangkan" Jangan tunggu lama2 , BERSIH 3.0 bakal menjelang.
SPR , YDP Parliment dan yang sewaktu dengannya , MP2 BN , wakli2 rakyat BN you all FIRED!!!!!!!!!!!

Mattamam berkata...

Jooooooooooooooooooom..tak sabar mnunggu pngumuman bersih 3.0

MNazri berkata...

Just tell us, Where and when. We'll be there for Bersih 3.0, insyaAllah..

Tanpa Nama berkata...

Mari kita turun ramai-ramai...ayuh bawak sekali ahli keluarga dan kawan-kawan masing-masing...bagi tau kita bila dan dimana...aku tak ikut masa bersih 2.0, tapi untuk bersih 3.0 ini InsyaAllah aku akan turut serta.

Tanpa Nama berkata...

Yes..yes..yessss