15 Apr 2012

Apabila PASTI Dirobohkan, Tanda Kerajaan BN Melaka Bakal Runtuh

Mereka hanya boleh robohkan bangunan ini

BUKIT KATIL, Melaka, 15 April: Bangunan Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti) Bukit Katil dirobohkan oleh pihak berkuasa negeri Melaka Sabtu lalu.

Gambar: Pasti Bukit Katil sebelum dan selepas dirobohkan

Bagi bekas Ketua Dewan Pemuda PAS Melaka yang mendirikan Pasti ini, Azrin Abdul Majid, tindakan ini hanya boleh merobohkan bangunan ini.

"Mereka boleh meruntuhkan bangunan ini tetapi tidak akan dapat meruntuhkan roh dan semangat perjuangan kita sekali-kali.

"Ayuh, bangkit dan tumbangkan Umno/BN!" tulis Azrin dalam Facebooknya.

Bagi beliau, sejarah tidak akan terpadam.

"PASTI dan Markas ini didirikan semasa saya menerajui Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka dan Ketua Pengarah PASTI Malaysia.

"Ia adalah hasil pengorbanan pemimpin, ahli dan penyokong PAS," tulis beliau.

Menurut beliau, bangunan ini telah dirasmikan oleh Allahyarham Datuk Fadzil Mohd Noor, Presiden PAS pada tahun 2003. -HD

Ulasan GB

Ali Rustam terlupa kerajaan Khir Toyo runtuh dengan tindakannya merobohkan Surau Berembang...

Surau Berembang Dirobohkan UMNO





7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Semoga Allah memberi pembalasan yang sewajarnya kepada yg bertanggungjawab.Amin

Tanpa Nama berkata...

inilah akibatnya bila berok diberikan amanah utk mentadbir negara!

Tanpa Nama berkata...

kenapelah jahat sangat.. dah elok bangunan tu kat situ, nak bina pun pakai duit jugakkan..
kesalahan pertama - meruntuhkan bangunan untuk kegunaan anak2 menuntut ilmu.. menuntut ilmu tu kan wajib..
kesalahan kedua-membazir (ingt senang nak cari duit bina bangunan bagai..)
takpe korang buatlah ape saje tapi ingat balasan Allah nnt..

Tanpa Nama berkata...

sangat tidak profesional laa kamu ni ali roostam...
mcmana la ketua menteri boleh bermentaliti amatur mcm kau ye..
dan mcmmana laa rakyat nak ikut Be End kau..takreti nak bdakwah..klu kau rasa kau dipihak betul,kau lawan la dengan hikmah bukan btindak tidak profesional mruntuhkan tempat budak tadika nak belajar..bodohhh dari budak tadika

Tanpa Nama berkata...

masa bn kalah di selangor... diorg roboh kuil, diorg roboh surau & JANGAN LUPA PERISTIWA PENTING DIORANG RANTAI SURAU SEKSYEN 8 SHAH ALAM SELANGOR SELAMA SETAHUN SAMPAI PILIHANRAYA....

1 Malaysia berkata...

Inilah "PEJUANG HAK ISTIMEWA MELAYU DAN ISLAM" yang sebenar. Hidup Melayu. Hidup Melayu. Hidup Melayu.
Man pergi JATI? Mana pergi PERKASA? Mana lagi .....? Kedua-dua anak Ali ada kat mana? Hassan dan Ibrahim!!!!! Mana mamak penang? Mana AJK bertindak madrasah kat Kompleks Tunku Yaacob?
Pergi mampuih dengan Ali Rustam tu. Dasar Munafikun.

Tanpa Nama berkata...

nak buat cammana karat BIRU tebal sangat,teyeh ngan kertas pasir pun xhilang.Wahai ULAMAK DALAM UMNO HANG NASIHATKAN LE SI ALI RUSTAMMMM KERANA SEBESAR-BESAR JIHAD IALAH MENYATAKAN KEBENARAN DIHADAPAN PENGUASA YG ZALIM.XTAU LE KALAU HANGPA BERSEKONGKOL SEKALI.