28 Mac 2012

Tender Baru NFC: Satu Lagi Percubaan Rakyat Ditipu Menjelang PRU

Tender baru NFC untuk tutup kesalahan Najib

KUALA LUMPUR, 28 Mac: PKR membantah sekeras-kerasnya tindakan Barisan Nasional seperti yang diumumkan oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar untuk menjemput bidaan baru bagi memilih kontraktor mengambil alih operasi Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC).

“Kebelakangan ini, tindakan-tindakan Barisan Nasional secara jelas bertujuan untuk menutup secepat mungkin skandal ini tanpa merungkai soal pertanggungjawaban semua pimpinan tertinggi Barisan Nasional yang terbabit,” kata Pengarah Strategi PKR, Mohd Rafizi Ramli dalam satu kenyataan.

Beliau memberi beberapa contoh tindakan yang diumumkan tetapi tidak dilaksanakan.

Ini, katanya termasuk pengumuman pembekuan aset oleh Perdana Menteri tetapi operasi, perbelanjaan dan penstrukturan aset di dalam NFC dan syarikat-syarikat berkaitan terus berjalan seperti biasa, bertujuan untuk menghapuskan bukti penyelewengan.

Selain itu, tambah Rafizi, pengumuman perlantikan juruaudit bebas oleh Timbalan Perdana Menteri tetapi sehingga kini skop audit, kepada siapa juruaudit akan bertanggungjawab dan bilakah laporan audit akan dibentangkan kepada Dewan Rakyat tidak diketahui rakyat.

“Saya khuatir audit yang dijalankan ini hanyalah untuk mengenalpasti segala penyelewengan yang berlaku agar bukti-bukti penyelewengan dapat dihapuskan secepat mungkin,” ujarnya.

Beliau menambah, persoalan pokok dalam skandal NFC ialah keterlibatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang bertanggungjawab menganugerahkan projek bernilai RM250 juta secara terus kepada NFCorp yang beliau sedia maklum tidak mempunyai pengalaman dan dimiliki keluarga rakan karibnya, Datuk Seri Shahrizat Jalil.

Tambahnya, tindakan itu mencerminkan kecuaian Perdana Menteri dan memungkinkan berlakunya penyelewengan dan pecah amanah.

“Perkara ini masih belum dijawab oleh Perdana Menteri. Malah, tindakan beliau mahu membuka bidaan baru jelas membuktikan hasrat beliau untuk menutup kesalahan beliau yang menganugerahkan kontrak kepada pihak yang tidak layak,” ujarnya lagi.

Justeru, tegasnya PKR berpendirian bahawa selagi segala persoalan bersabit pertanggungjawaban Perdana Menteri dan pegawai-pegawai tertinggi tidak disiasat dan dirungkai, kerajaan tidak boleh membuka bidaan baru kerana ia cubaan memadamkan kesalahan Perdana Menteri.

“Oleh kerana niat Perdana Menteri untuk menutup kesalahan beliau itu adalah jelas, saya tidak ada pilihan lain kecuali menumpukan kembali fokus untuk membongkar penyelewengan-penyelewengan lain yang telah dan masih berlaku di dalam NFC,” katanya lagi.

Beliau menegaskan, hanya dengan desakan rakyat yang memuncak barulah Perdana Menteri akan menerima pertanggungjawaban, seperti mana yang telah dibuat oleh Shahrizat.

Siri pembongkaran akan diteruskan bermula minggu depan, katanya. -HD

Kerajaan buka tender ambil alih projek pusat Fidlot Nasional

KUALA LUMPUR -- Kerajaan akan membuka tender kepada mana-mana syarikat yang berminat untuk mengambil alih projek ternakan lembu daging Perbadanan Fidlot Nasional (NFC), kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar.

Beliau berkata kementerian itu serius untuk memastikan projek tersebut dapat diteruskan dan berjalan lancar seperti yang dicadangkan sebelum ini.

Menurutnya, cadangan mempelawa syarikat lain meneruskan projek itu telah diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini dengan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin diminta memastikan projek
itu diteruskan.

"Kita telah melantik juruaudit bebas kerana kita serius (untuk teruskan projek ini). Kita juga dalam proses kedua iaitu membuka tender projek untuk diteruskan oleh mana-mana syarikat yang berminat," katanya ketika menggulung usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong bagi kementeriannya di Dewan Rakyat hari ini.

Isu NFC berbangkit apabila didakwa telah menyalah guna peruntukan kerajaan sebanyak RM250 juta untuk projek pengeluaran daging.
-- Bernama


Ulasan GB

Aset NFC belum dibekukan, wang rakyat RM250 belum dipulangkan, tiba-tiba keluar tender untuk ambil-alih NFC.

Betul-betul rakyat pula cuba diperlembukan.

3 ulasan:

batu pelangi berkata...

Sekira semua ini benarx belaku maka
memang keturunan ANAK HARAM pemimpinx
UMNO ini.Yang sedihnya ahlix UMNO
ni semuanya tiada AKAL untuk berfikir.Jenis MELAYU yang suka
diperLEMBUkan.

zairil berkata...

National Fools Corporation! Baik buat program untuk membantu penternak-penternak yang sedia ada.

Tanpa Nama berkata...

Tender baru? Apa jadi pada RM250 juta yang dihadiahkan kepada suami Shahrizat? Takkan nak write-off begitu sahaja.Tender baru bermakna kroni baru - Dana(Pemberian) baru untuk memulakan perniagaan.Hangus lagi duit rakyat!!!