28 Mac 2012

Masih Ada Lagi Adat Jahiliah "Berjoget" Di Majlis Perkahwinan

Parit: Ibarat pesta maksiat apabila ratusan remaja lelaki dan perempuan menjadikan persembahan kugiran sempena majlis perkahwinan di sebuah kampung, di sini sebagai pentas untuk menari dalam keadaan mengghairahkan sambil berpeluk dan bercumbuan.

Gambar: TIDAK SENONOH...remaja lelaki dan wanita menari bersama dalam keadaan berahi.

Lebih menghangatkan suasana apabila pihak penganjur turut menjemput sekumpulan 10 mak nyah sebagai ‘perempuan joget’ bagi merancakkan persembahan di Kampung Parit 13 di sini, malam kelmarin.

Majlis yang mendapat jolokan ‘disko desa’ itu mendapat sambutan lebih 500 remaja Melayu termasuk sekumpulan Mat Rempit yang sanggup datang dari jauh termasuk dari Ipoh, Manjung, Batu Gajah dan Kuala Kangsar semata-mata mahu menyertai majlis gila itu.

Lebih memalukan ada sekumpulan remaja menari dalam keadaan mabuk selepas meneguk arak kerana mahu mendapatkan lebih keseronokan ketika menari.

Pengunjung yang hadir dihiburkan dengan lebih 20 lagu dinyanyikan silih berganti oleh beberapa penyanyi wanita dan lelaki kugiran berkenaan tanpa henti selama hampir tiga jam. -hm

Ulasan GB

calling, calling, mufti perak...

16 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

setahu aku di pulau Labuan banyak lagi budaya ni..cuba tanya mufti wilayah sama ahli parlimennye

Tanpa Nama berkata...

Jawab le nanti youp dihadapan Allah mufti oh mufti 1 mlysia

Tanpa Nama berkata...

ulama2 pas telepas ke..?

Tanpa Nama berkata...

aku, pasbuih & siamang,

kerajaan mana yg berkuasa skrg di perak?

ulamak pas ke.

dah terkena btg hidung cuba kaitkan org lain pula

Tanpa Nama berkata...

apa pulak sentuh ulama...tuan rumah ataupun perancang acaralah yang patut dicari dan dikeroyok..tak faham-faham

Tanpa Nama berkata...

Orang yang berilmu (ulama') atau kita yang mengetahui sesuatu perkara yang maksiat, perlu@WAJIB membenteras@menegah perkara maksiat tersebut. Tanggungjawab seseorang muslim ialah hablum minal LLAH wa hablum minannas. Tanggungjawab maksud yang mudah ialah tanggung di dunia, jawab di akhirat.

Apa dia hablum minannas? Amal makruf nahi munkar. Seru kebaikkan DAN cegah kemungkaran. Disebut perkataan DAN, bukan ATAU. Harap faham lah.

Dalam konteks negara kita, pihak berkuasa berkaitan agama, lagi lah besar tanggungjawabnya dalam bab ini. Sebagai rakyat biasa, kuasanya hanya boleh melaporkan kpd pihak yang berkenaan sahaja. Jika lebih drpd itu, kita pulak yang akan dikenakan tindakan.

Sabda Rasulullah S.A.W "barangsiapa yang melihat kemungkaran, hendaklah mencegahnya dengan tangan (kuasa), jika tidak mampu, maka dengan kata2, jika tiada kemampuan jugak, maka hendaklah dengan hati, ianya adalah selemah2 iman".

Perlu diingat, jika Allah menurunkan bala diatas perkara tersebut, bukan hanya kepada mereka yang melakukan perkara tersebut sahaja tetapi semua sekali akan kena.

Waallahu a'lam...

tanda soal berkata...

biasanya ada 'org' akan jawab : "Mereka lakukan tanpa niat, maka tiada dosa pahala..."

Tanpa Nama berkata...

tanda soal said...
biasanya ada 'org' akan jawab : "Mereka lakukan tanpa niat, maka tiada dosa pahala..."

x der niat kepala hotak, boleh bergaul bebas dengan berjoget2 macamtuh

itulah ajaran sesat namanya, semua pakai niat, x ada syariat.

kalau macam tu minum arak dibolehkan sebab niat minum air mineral.

tak payahlah makan nasi, cukup dgn niat saja.

kalau dah jahil agama apasal malas belajar?

Tanpa Nama berkata...

dulu dalam tahun 90-an, di tanah rancangan felda di kuantan pahang , Felda Bukit Goh, Felda Bukit Kuantan....memang selalu la ada aktiviti ni...masa tu, orang yang selalu menyayi tu memang bangga sangat la..kononnya glamour...tp skrg tak de lagi kot..

Tanpa Nama berkata...

itu cara org kampung bersosial....kalau di bandar, siap buat parti teguk arak lagi kat disko...mana lah rumahtangga tu nak berkat...

Tanpa Nama berkata...

Suasana tersebut menjadi perkara biasa di Johor juga, kubu kuat UMNO.

Tanpa Nama berkata...

Klu orang atasan & bangsawan pula, dinamakan konsert di Raja ke, dsbnya... (GB, ko nak siarkan ke ni?) . Ape bezanya klu penari gelek2 atas pentas banding di majlis kawin tu?
So, ade konsert terhormat & ade yg sebaliknya.

bikirperak007 berkata...

MANE DIA AL MUKTI PERAK YANG HEBAT HARUS SANA SINI TU SEMBUNYI.WEH!

UDAH PULUHAN TAHUN JADI AL MUKTI..KG ASAL PUN DEKAT PARIT..

BUDAYA ORANG2 ASLI KAWASAN PARIT YANG DI BAWA HINGGA KINI - PESTA JOGET NI AKAN DIRAIKAN OLEH ORANG YANG DINAMAKAN MELAYU SAMA TAK TIDOOR BERGOGET, MABUKKK SAMPAI KEPAGI..BAIK PERKAWINAN BAGI ORANG ASLI ATAU PUN YANG DINAMAKAN MELAYU ISLAM DARI KETURUNAN...KAH KAH KAH..

Tanpa Nama berkata...

TUDIA keberhasilan dari sikap BN tidak mendidik rakyat dengan penuh amanah mengikut perintah Allah... IKAN JIKA NAK TAU ELOK KE! cantik Ke! tengok kat kepala ikan. Jika kepala ikan tu mata jernih dan bersinar...sah keseluruhan ikan boleh dibeli dan isi ikan itu enak...TAPI jika tengok kepala ikan serta mata ikan tu merah, sah ikan tu dah rosak dan tak sedap dimakan..... DOSA UMNO KAT IBUBAPA yang cuba mendidik anak-anak dengan telunjuk ILAHI

tanda soal berkata...

anon 4.23pm :
dulu kan ada "org" tu jawab mcm tu jgk pasal hukum ancak yg dilakukan oleh MB kat situ.. x haram sbb tanpa niat... ha ha ha .. rasanya budak fardu ain pun tahu hukum tu!

Tanpa Nama berkata...

jangan kaitkan mana-mana parti, kita sama-sama mencegahnya itu yang lebih baik kan sahabat2 sekalian...