25 Mac 2012

Polis Diharap Tidak Berat Sebelah Semata-mata Kerana Dia Anak Menteri

Kes anak menteri: Siasatan tak berat sebelah penting

Pihak polis digesa menjalankan siasatan secara bebas dan tidak berat sebelah berhubung dakwaan anak Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Abdul Aziz menyerang seorang penyelia keselamatan di sebuah kondominium mewah di Kuala Lumpur pada Selasa lalu.

Pihak keselamatan juga diharapkan tidak tunduk kepada sebarang tekanan termasuk sekiranya datang daripada menteri sendiri, demikian peringatan daripada Naib Presiden PKR N Surendran, Ketua Pemuda PKR Shamsul Iskandar Mohd Akin dan NGO JINGGA 13 yang dekat dengan pembangkang.

"Keyakinan umum pada polis sentiasa berada di paras rendah pada setiap masa dan polis mesti membuktikan mereka boleh menyiasatnya tanpa memihak," kata Surendran yang juga seorang pengamal undang-undang.

Dalam masa yang sama, Surendran berkata, Nazri mesti menjelaskan bagaimanapun anaknya mampu memiliki kereta Porsche dan mempunyai pengawal peribadi sendiri.

"Ini juga masanya semua menteri patut mengisytiharkan harta masing-masing," katanya.

Ketua Polis Daerah Polis Brickfields, Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid sebelum ini mengesahkan dua laporan polis dibuat ekoran kejadian di Bukit Kiara itu dan menyiasatnya mengikut Seksyen 160 Kanun Keseksaan kerana terbabit dengan pergaduhan.

Seorang jurucakap pengurusan kondominium itu mengesahkan bahawa terdapat perbalahan kecil antara anggota keselamatan dan tetamu bangunan itu tetapi enggan mengulas lanjut butiran kejadian. -mk


Laporan sebelum ini
klik untuk baca




10 ulasan:

Alias Bin Hasan berkata...

Salam semua...

Memang style depa macam tu maka tinggal jadi harapan je la...

Tanpa Nama berkata...

Yg penting didikan Agama

Tanpa Nama berkata...

Tgk muka pun tau. Muka samseng taik minyak. Ada bodyguard brani la. One to ine ngan pakcik guard tgk..mau kedalam longkang budak botak kaki betina ni. Like father like son la. Ni la bahananya bagi anak makan duit haram. Jd darah daging. Kesannya tgk la skrg si botak hanyut dunia...

Tanpa Nama berkata...

betul ke motto mereka tegas adil dan
berhemah...tegas hanya pd pro pbngkng
dengan alasan ketenteraman awam..adil
hanya utk kerajaan krna apa program x
perlu PERMIT dan berhemah hanya pada konco-konco/samseng umno kerana segala tindakan pd mereka hanya nak menutup mata atau membiarkan sahaja sesuai dgm anjing kerajaan..rakyat dbodohlembukan dahulu..pencapaian dn hasrat kroni-kroni diutamakan

Tanpa Nama berkata...

Ingt senang ka nk dakwa ank menteri?

prihatinman berkata...

Muka cam mentol...patutla kepala mantol.

Tanpa Nama berkata...

terlalu besar perbezaan antara anak nazri dgn anak2 anwar ibrahim...mendidik anak pon gagal inikan pula nk mengetuai n memdidik rakyat malaysia. malu rasa diri ini bila memiliki menteri sebegini.cuba kita tnya adakah menteri seperti ini penah mengimamkan solat dgn anak2 n isteri beliau..bagaimana pulak didikan agama yg beliau bg kepada anak jika perlakuan anak seperti ini..maka jwbnya xde..xkan pemimpian sebegini yg kita akan ikut untuk bawa kite ke syurga..sungguh malang malaysia kerna melahirkan pemimpin yg hanya pandang dunia tp tak mementingkan akhirat....

Tanpa Nama berkata...

Muka macam tokan jer,. Pasal tu le boleh pakai kereta mewah, dan pengawal peribadi merangkap kaki pukul, polis mana berani siasat takut hilang mata pencarian nanti

putera ledang berkata...

APA BISNES LU ORG INGAT BUDAK BOTAK NI BUAT ? TENGUK GAYA MCM BUAT KERJA ???????? GUA AGAK LA.

Tanpa Nama berkata...

KALAU BAPAK DIA CAKAP DLM TV BUKAN MAIN INILAH HASIL MAKAN DUIT HARAM MAKA ANAK ITU JADI PENGIKUT DAJJAL SEBELUM DAJJAL MUNCUL , BUAT MALU ORANG PERAK SAJA , DASAR BAPAK BOREK ANAK RINTIK