4 Mac 2012

'Misi Damai' Kedah - Letakkan Kepentingan Parti Asas Utama [updated]


ALOR SETAR - Pertemuan khas misi damai yang diadakan kediaman rasmi Menteri Besar Kedah di sini, berlangsung lebih lima jam sehingga 3 pagi tadi, telah mencapai satu penyelesaian yang diputuskan "secara sebulat suara", kata Naib Presidennya, Salahuddin Ayub awal pagi ini.

Menurut beliau, keputusan itu yang diterima semua pihak akan diumumkan dalam waktu terdekat, kemungkinan tengah hari ini, pada sidang media khas.

Bagi Pas, salah satu anggota komponen Pakatan Rakyat, yang menerajui kerajaan negeri sejak Mac 2008, kontroversi terbaru ini adalah ujian paling besar menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), yang disebut-sebut akan diadakan bila-bila masa dari sekarang.

"Sudah ada keputusan, keputusan ini keputusan sebulat suara... ia akan diumumkan dalam waktu terdekat. Itu sahaja yang boleh saya cakap buat masa sekarang," kata beliau kepada Sinar Harian Online ketika dihubungi sekitar jam 4 pagi tadi.

Wartawan yang menunggu sejak 8 malam tadi dimaklumkan bahawa satu sidang media akan diadakan hari ini. Lokasinya akan diberitahu kemudian.

Pertemuan lebih lima jam itu dibahagikan kepada dua iaitu pertemuan Salahuddin dengan pemimpin-pemimpin yang menjadi fokus kontroversi, dan keduanya mesyuarat khas Jawatankuasa Kerja Pas Pusat dan Badan Perhubungan Negeri.

Jawatankuasa Kerja Pas Pusat telah mengadakan satu mesyuarat khas bagi membincangkan kemelut kepimpinan Kedah ini, di ibu negara Khamis lalu.

Difahamkan pertemuan sesi pertama dipengerusikan oleh Salahuddin selama dua jam manakala mesyuarat khas Jawatankuasa Kerja Pas Pusat pula diketuai sendiri oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, bermula 12 tengah malam dan berakhir sekitar 3 pagi tadi.

Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi yang menjadi fokus kontroversi ini, apabila menolak tawaran untuk dilantik semula sebagai Exco pula berkata, biar Pas Pusat memberikan kenyataan terlebih dahulu.

Difahamkan kedua-dua Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak dan Phahrolrazi, masing-masing diberi masa sejam untuk mengemukakan hujah dalam pertemuan dengan Salahuddin.

Seorang lagi Exco Kerajaan Negeri yang menolak tawaran pelantikan semula, Dr Ismail Salleh tidak dipanggil untuk memberi hujah.

Kedua-dua pertemuan ini, sebahagian daripada usaha Pas Pusat untuk menyelesaikan kemelut kepimpinan negeri, diadakan di kediaman rasmi Menteri Besar, Seri Mentaloon di sini.

Phahrolrazi dan Dr Ismail masing-masing merupakan Timbalan Pesuruhjaya Pas Negeri I dan II. Azizan adalah Pesuruhjaya Pas Negeri.

Dalam laporan awal Sinar Harian Online, disebutkan bahawa pertemuan bersejarah ini, menurut pemerhati dan penganalisis, tidak mungkin akan membawa kepada penyelesaian muktamad. Banyak pihak meragui sama ada pertemuan misi damai akan membawa formula penyelesaian.

Dalam pada itu, antara pemimpin Pas Pusat yang dilihat hadir awal pada pertemuan kali ini di Seri Mentaloon ialah Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu dan Salahuddin serta seorang lagi Naib Presiden, Datuk Mahfuz Omar.

Mahfuz merupakan pemimpin dari Kedah dan Ahli Parlimen Pokok Sena.

Pun begitu, Sinar Harian Online difahamkan hampir sebahagian besar ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat dan Badan Perhububungan Negeri Kedah menghadiri pertemuan kali ini.

Pertemuan misi damai ini hanya bermula sekitar jam 10 malam tadi, lewat sejam berbanding maklumat yang diperoleh sebelum ini.

Keperluan mengadakan pertemuan ini diputuskan pada mesyuarat khas Jawatankuasa Kerja Pas Pusat yang diadakan di ibu negara Khamis lalu susulan kunjungan misi khas oleh Salahuddin ke Kedah awal minggu lalu.

Pihak media tidak dibenarkan masuk ke premis kediaman rasmi Menteri Besar untuk membuat liputan, sebaliknya hanya dibenarkan berkumpul di depan pintu masuk utama Seri Mentaloon.

Wartawan Sinar Harian yang berada di lokasi pertemuan sejak 8 malam tadi juga melaporkan bahawa setiap kenderaan yang masuk ke premis kediaman rasmi Menteri Besar diperiksa rapi dengan hanya mereka yang berkaitan sahaja dibenarkan masuk.

Sinar Harian Online juga difahamkan dua pemeriksaan perlu dilalui setiap kenderaan yang masuk ke pekarangan kediaman rasmi Menteri Besar.
Mereka sekali lagi diperiksa sebelum masuk ke dalam dewan mesyuarat.

Malah ada sumber memberitahu bahawa kesemua pemimpin tidak dibenarkan membawa masuk alat perakam termasuk telefon bimbit ke dalam bilik mesyuarat bagi mengelak perbincangan disebarkan kepada umum. -SH

Isu Kedah selesai, diumum dalam masa terdekat

KUALA LUMPUR, 4 Mac: Pertemuan khas antara Jawatankuasa Kerja PAS Pusat dengan Badan Perhubungan PAS Kedah malam tadi telah mencapai keputusan yang dijangka akan menyelesaikan kemelut kepimpinan yang berlaku di negeri itu.

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub ketika dihubungi pagi ini berkata, keputusan yang dicapai malam tadi mengambil kira pelbagai pandangan yang dibincang.

"PAS sudah ada keputusan. Ia sangat mengambil kira pelbagai pandangan yang kita bincang.

"Kita akan umum keputusan tersebut secara rasami dalam masa terdekat," katanya kepada Harakahdaily.

Malam tadi, pertemuan khas bagi mencari penyelesaian isu Kedah itu berlangsung lebih lima jam bermula sekitar jam 9.30 malam sehingga jam 3 pagi tadi di kediaman rasmi Menteri Besar di Seri Mentaloon, Alor Setar.

Ianya berhubung isu Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi dan Dr Ismail Salleh yang enggan dilantik semula sebagai Exco Kerajaan Negeri Kedah yang dilihat tidak selari dengan Menteri Besar, Datuk Seri Ust Azizan Abdul Razak.

Phahrolrazi dan Dr Ismail masing-masing merupakan Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri I dan II manakala Azizan adalah Pesuruhjaya PAS Negeri.

Difahamkan pertemuan malam tadi itu dibahagikan kepada dua sesi iaitu pertama pertemuan empat mata antara Salahudin dengan Phahrolrazi, kemudian dengan Ustaz Azizan.

Ia kemudiannya disusuli dengan pertemuan Jawatankuasa Kerja PAS Pusat dengan Badan Perhubungan PAS Negeri yang dipengerusikan presiden parti sendiri.

Menurut Salahudin lagi, keputusan sebulat suara malam tadi itu juga dibuat dengan meletakkan kepentingan parti sebagai asas utama.

Malah katanya, keputusan itu juga telah dimaklumkan kepada Phahrolrazi.

"Keputusan itu telah kita sampaikan kepada Yb Phahrolrazi,"
ujarnya. -HD


Ulasan GB

Ia bertepatan sangat dengan ulasan GB dari awal lagi:

Di dalam qaedah usul-fiqh pun sepatutnya masing-masing mengetahui bahawa kita sepatutnya mengutamakan kemaslahatan jamaah ke atas kemaslahatan seseorang individu atau peribadi.


Semuga keputusan muktamad dari Missi Damai memperkukuhkan parti menghadapi pilihanraya umum selepas ini.

Tahniah dan syabas kepada Naib Presiden PAS, YB Salehuddin Ayub di atas usaha cemerlangnya mengusahakan Missi Damai ini.

9 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Apapun kita harap misi damai malam ni menjadi kenyataan dan muktamad.

Tanpa Nama berkata...

mana pergi otak org kedah ni, nak dekat pilihanraya buat hal plak.

kalau x setuju dgn mb kedah, letak jawatan dan jangan buat kecoh dengan press konferens yang bukan2 utk burukkan mb kedah.

musuh tepuk tangan tahu tak?

Tanpa Nama berkata...

Mu kalu depa tak ambik ingat pasai apa pak hasan kena pecat..Patut boleh sembang elok2, pi panggil press conference itu ini, gaya kalah MB lagi, tak dan nak minta pandangan parti dah keluaq pandangan sendiri..

Tanpa Nama berkata...

Aku sebenarnya masih ragu2 lagi dgn esco yang berpura2 letak jawatan ni. Kan dia dah kata dia akan beri komen lepas pusat beri komen.

So, dah terang ka. si Phahrolrazi ni akan beri penjelasan dia selepas pusat memberi penjelasan. Konon dan mungkin nak counter balik la penjelasan dpd pusat.

So, di sinipun kita sudah nampak PARASIT ni akan buat hal lagi kelak.

Sebelum tu dia tunjuk lagi dgn KUASA yang ada MENGUGUT esco lain supaya menyokong dia. Ingat ini selepas beliau konon dgn rela hati tak mahu jawatan tu lagi dan UGUTAN tu pulak dibuat selepas Ir Amiruddin di angkat jadi esco yang baru. Konon dia PALING berkuasa di Kuala Kedah.

Terus terang aku kata. Kalau dia masih tak insaf dan memikirkan kepentingan JAMAAH, dia PASTI akan membuat ONAR lagi dan akan menyusahkan MB Azizan dan PARTI.

KulimBoy berkata...

Kes PAS Kedah tidaklah sepayah mana jika dibandingkan dengan kes Hasan Jati, dimana kes PAS Kedah melibatkan mereka yang sayang kepada parti. Sementara kes Hasan Jati melibat kelompok yang ingin cari helah untuk menentangkan parti dan malu muka kerana budi.
YB Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi bangkit melawan ketuanya MB Azizan kerana merasakan partinya terancam dan menjadi punah ranah dengan tindak tanduk MB Azizan.
Sementara MB Azizan terasa tersentak dengan teguran terbuka beramai-ramai dari YB-YBnya sendiri. Bertambah pedih Dewan Ulamak PAS Kedah sendiri mengiakan apa yang ditentang oleh YB-YBnya. Mungkin beliau tidak dapat menerima kenyataan ini, namun inilah kebenarannya, bahawa ramai ahli PAS Kedah terasa MB bukan seorang yang diingini.
Namun yang menjadi ajaib bin pelik, kenapa penyakit yang berlaku dalam PAS Kedah boleh sampai keseluruh alam. Adakah PAS pusat tidak mengetahui bahawa ada masalah pelik dalam PAS Kedah?. Kalau PAS pusat mengetahui, mengapa tidak diambil tindakan segera?. Adakah PAS pusat mahu melihat "penyakit kencing manis" yang dialamai oleh PAS Kedah diperingkat parah, baru tindakan akan diambil?.
barulah PAS pusat nak pergi berubat?.
Pada asasnya, cerita YB memprotes MB tidak mungkin tersebar, jika PAS pusat bersikap cakna dan pro aktif. Kalaulah pimpinan PAS pusat tidak bersikap pekak badak, nescaya tiada siapa yang akan malu dan rasa bersalah. YB Paroralzi tidak perlu menjadi pemberontak dan MB Azizan tidak perlu menjdi seorang yang keras kepala. YB Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi tidak perlu lagi dihitam blackkan namanya dan MB Azizan tidak lagi dimamok sebagai MB kepala batu atau MB kepala angin.
Ketahuilah bahawa kes YB melawan MB tidak mungkin berlaku dalam masa dua tiga hari, bahkan sudak terbuku dihati sejak 2 tahun lepas. Akhirnya terpecah dan meletup apabila tidak dapat lagi ditahan dan dipendam. Bau bangkai yang pecah ini telah membusukkan parti PAS keseluruhannya. Bahkan imej kerajaan ulamak yang dilaungkan menjadi seperti hujan dimusim tengkujuh yang turuh tanpa dipeduli.
Jika PAS tumbang di Kedah, jangan sekali-kali telunjuk dihalakan kepada YB dan MB Kedah. Bahkan jangan sekali-kali mengatakan orang Kedah tolak tuah. Namun halakan betul-betul ke muka pimpinan PAS pusat yang lena dan tidur disiang hari. Pimpinan PAS bertanggungjawab penuh atas apa yang berlaku di Kedah.
"anak bergaduh bawa parang dan lembing, bapa boleh tersengih-sengih ditepi jalan".

Tanpa Nama berkata...

saya setuju sgt dgn pendangan KulimBoy.

cuma yg saya rasa terkilan, adalah mentaliti org pas yg lebih suka jump into conclusion, apa yg ada di sebalik kejadian tidak dilihat dgn hati yg bersih dan adil, banyak sgt org menghentam YB sorang tu, jika sebenarnya dia pun tak bersalah sgt, dia hanya mempertahankan prinsip sendiri kerana dia seorang yg berprinsip, niat dia tak lain dan tak bukan adalah utk menjaga kemaslahatan jemaah, dia merasakan lebih baik undur diri jika tidak dpt perform as expected. ada yg sampai tahap menyamakan dia dgn hasan ali, astagfirullah hal azim...

Lamin berkata...

phahkolrazi tu memang dasyat lah
tak reti-reti hidup berjemaah.

kalau nak letak jawatan letak sajelah
apasal mahu heboh dengan panggil video konferens macam hassan Ali buat?

lepas tu semalam lansung tak da sifat nak minta maaf kerana dah timbulkan kekecohan. Masih angkuh nak tunjuk lagak konon aku dah berjaya buka tembelang MB Kedah.

Sedangkan apa yang dilakukan ternyata sikap seorang penderhaka.

Art Pokon berkata...

Masalah dalaman pasti akan berlaku tapi jangan samapai merosakan Jemaah.. tidak ada jalan lain ka dari menunjuk kepada umum perasaan tidak puas hati kepada MB. Yang MB pulak terlalu ego tak boleh ditegur...

Saya bukan Ahli mana-mana Parti tetapi amat sayangkan PAS yang dilihat dilandasan terbaik dalam memerintah mana-mana negeri atau pun persekutuaan. PAS juga telah diterima oleh penganut agama lain.

Jangan dimusnahkan kepercayaan umum kepada PAS.. Bukan waku macam nie nak belaga sama sendiri ...

PAS bermula dengan kedaifan, pasang poster tidak ada upah, markas dibina dengan duit ahli sendiri dan sumbangan, Penyokong menghulur wang diwaktu cermah kerana mengharap sesuatu dari PAS. Para bloger yang tidak ada gaji sama-sama berjuang untuk PAS ..

Masakan masalah kepimpinan di Kedah ini akan merosakan perjuangan semua penyokong PAS seluruh Malaysia...

Tanpa Nama berkata...

Amat setuju dengan pandangan KulimBoy.Apa yang berlaku diKedah dan juga kes Hassan Ali diSelangor adalah sebab pucuk pimpinan diPAS Pusat lemah.Lambat bertindak,salah buat perhitungan,terlalu memikirkan "kawan" dan "geng" dan tidak tegas.Presiden,tidak boleh ada "puak"- yang salah tetap salah dan yang betul tetap betul.Presiden wajar dengar juga pendapat dan pandangan ahli-ahli lain diPAS Pusat,bukan cakap Stopa Ali aje.Itu baru dikatakan persetujuan bersama bukan sekadar persetujuan berdua.