31 Mac 2012

Lagi Kes Remaja Lari Ikut Jantan - Di Pahang Juga

Jerantut – “Pulanglah Angah, nenek Saodah kini ­jatuh sakit sejak pemergian dan menanti kepulangan mu,”.

Itu antara luahan Noorlilie Baharuddin, 31, dari Taman Bukit Permai Jerantut dekat sini, yang merayu anak saudaranya, Nur Aliah Baharuddin, 19, pulang ke pangkuan keluarga.

Noorlilie berkata, Nur Aliah atau dipanggil Angah dalam keluarganya, dipercayai dilarikan teman lelakinya pada malam 25 Mac lepas, kira-kira jam 11 malam, dari kediaman neneknya (Saodah) di Felda Jengka 1 Maran.

Menurutnya, anak kedua daripada tiga beradik itu hanya membawa beberapa helai pakaian dan sehingga kini tidak diketahui nasibnya dan lokasinya.

“Sebelum kejadian, ­memang ada sedikit perselisihan faham antara Angah ­dengan keluarga berikutan dinasihatkan ibu bapanya, Baharuddin Taib, 45, dan Mariam Nayan, 42, supaya `berenggang’ ­dengan teman lelakinya yang juga seorang duda berusia 38 tahun.

“Pada malam kejadian, saya pulang ke Felda Jengka Satu, Maran untuk bertemu emak saya, Saodah Ishak, 65, yang tinggal bersama Angah, tetapi anak saudara saya tidak menunjukkan apa-apa ke­risauan dan berbual mesra ­malah begitu manja dengan neneknya,” katanya.

Noorlilie berkata, kehi­langan Angah disedari emak (Saodah) pada 26 Mac lepas iaitu ketika emak masuk ke ­bilik untuk mengejutkan Angah, tetapi tergamam apabila Angah tiada di tempat tidur.

Menurutnya, emak mendapati Angah tiada dan ­menyelak selimut, hanya menjumpai bantal peluk yang digunakan Angah untuk ­mengelirukan, seperti seolah-olah dia sedang tidur.

“Sehingga kini selepas kehilangan Angah, emak sering juga jatuh sakit dan tidak berselera makan kerana terkenangkan Angah yang sangat dikasihinya,” katanya.

Noorlilie berkata, Angah berkemungkinan keluar dari rumah setelah kecewa hasrat untuk mengahwini ­kekasihnya itu mendapat tentangan keluarga.

Menurutnya, mereka ­sekeluarga kini berasa risau kerana Angah tidak dapat dihubungi sejak dia keluar ­rumah pada minggu lepas.

“Kami tidak tahu apa ­nasibnya kini. Justeru kami mengharapkan Angah pulang semula dan boleh berbin­cang mengenai kehendaknya dan merestui perhubungan Angah.

“Keluarga tidak marah dan ingin berunding secara baik dan jika Angah ingin berkahwin kita boleh adakan ­majlis dengan cepat. Apa pun kami mahukan Angah balik ke pangkuan keluarga dalam keadaan selamat,” katanya kepada Sinar Harian.

Berikutan kehilangan Nur Aliah, Noorllilee bersama ­keluarganya membuat ­laporan di Balai Polis Sungai Jerik, Maran pada 26 Mac jam 9 pagi.

Noorlilie berkata, sesiapa yang mengetahui lokasi dan menjumpai Nur Aliah (­gambar) diminta meng­hubungi bapanya, Baharuddin Taib, di talian 013 2787332 atau Saodah Ishak di talian 013 6060975. -SH

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

biar mampuh pi la , dia nak lari nnti kenyang balik la tu,bukan taktau kot hari2 masok akhbar kes rogol sendiri suka sendiri rasa

Tanpa Nama berkata...

nilah budak zaman sekarang..akal pendek..bf yg baru kenal jugak nk ikut..baru 19 dah pandai melawan ckp,memberontak..xpenah nk ingat jasa org tua yg besarkan kite selam ni..bile dh susah nt, cari mak bapak jugakkk...xkemana pun dgn cinta lelaki tue dik kalau xcinta kan family sendiri

Tanpa Nama berkata...

Mungkin pengaruh lagu 'BAWA AKU PERGI' ...lagu menghasut budak2 lari rumah

Tanpa Nama berkata...

biar kn je,jgn dilayan sgt kes2 lari rumah ni,makin di layan makin men jadi2,

Tanpa Nama berkata...

Anak2 muda masih tak insaf walaupun akhbar selalu menyiarkan berita kesusahan yang dialami pasangan selepas kahwin lari seperti lari ke Indonesia.
Akhirnya merayu kepada keluarga bila dalam kesusahan.
Contoh tauladan ini masih tidak dipandang langsung untuk dijadikan iktibar.

Tanpa Nama berkata...

altantuya tak lari ikut lelaki malaysia...