10 Mac 2012

Lagi Kes Buntu, Nurul Zakiah Kembali Ke Sisi Keluarga, Lari Kerana Cintakan Samer

Shah Alam – Pelajar tingkatan lima yang melarikan diri dari rumah sejak 14 Februari lalu, Nurul Zakiah Hidayah Azman, 17, mengakui dia bertindak sedemikian kerana cintanya terhadap teman lelaki warga Pakistan yang dikenali sebagai Samer Khan.

Zakiah yang pulang sejak seminggu lalu memberitahu, dia melarikan diri selepas hubungan cinta mereka mendapat tentangan keluarga.

“Saya sebenarnya lari secara sendirian dan bukan dengan Samer.

“Pada masa itu fikiran saya berserabut kerana hubungan kami mendapat tentangan keluarga menyebabkan saya tidak boleh berfikir secara waras dan terus melarikan diri,” katanya ketika menghubungi sendiri pejabat Kosmo! di sini semalam.

Nurul Zakiah bagaimanapun mendakwa dia telah memutuskan hubungan dengan Samer dan hanya sekadar kawan sejak berita kehilangannya dilaporkan dalam akhbar.

Dia kini bertekad memulakan hidup baharu bersama keluarga.

“Memang dahulu kami bercinta tapi kini cuma kawan.

“Saya juga akan memulakan persekolahan dan kini dalam usaha untuk berpindah ke sekolah lain,” katanya yang bekerja sambilan di sebuah restoran di sini sewaktu melarikan diri. -kosmo


Laporan sebelum ini
klik untuk baca




2 ulasan:

Awanama berkata...

Hari tu wa dah komen, budak ni akan balik bila dia tau langit tinggi ka rendah, kan betoi. Elok la tu tapi dia ni dah KENA ka belum ? apa pun bertaubat la no...

Awanama berkata...

kenapa lah pompuan melayu mudah sangat terpikat pujuk rayu bangsa asing dan warga asing? apa lah yang lebih nya mereka tu? yang paling pelik sekali, org indon berebut2 nak duduk kat malaysia tapi pompuan kita berebut2 nak duduk kat lombok! pelik bin ajaib. skrg ni pergi mana2 pun akan jumpa awek melayu bekepit ngan india, cina, bangla, negro dan tah hapa2 bangsa lagi. pompuan melayu ni btl2 international la......