23 Mac 2012

[Ulangsiar] Hassan Ali Belanja RM300K Ubah Pejabat, RM500K Untuk Persidangan Badan Warisan - updated

Azmin: Hasan Ali belanja RM300k ubah suai pejabat

Bekas exco kerajaan negeri Datuk Hasan Ali (gambar) didakwa membazirkan ratusan ribu ketika memegang jawatan khususnya ketika mengubahsuai pejabatnya, kata ADUN PKR bagi kerusi Bukit Antarabangsa Azmin Alipada sidang dewan undangan negeri Selangor hari ini.

Semasa perbahasan titah diraja, Azmin berkata bekas exco yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal agama Islam, adat Melayu, infrastruktur dan kemudahan awam telah membelanjakan RM300,000 untuk pengubahsuaian pejabat beliau.

"Beliau juga membelanjakan RM550,000 untuk menganjurkan persidangan Badan Warisan dan Adat Istiadat Melayu, Selangor. Wang itu lebih baik disalurkan kepada rakyat," katanya.

Azmin, yang juga timbalan presiden PKR, juga membidas Hasan kerana didakwa membelakangkan dasar tender terbuka negeri ketika menganugerahkan sub-kontrak penyelenggaraan jalan. -mk



Ulasan GB

Akhirnya kudis parasit Hassan Ali itu pun bernanah.

Berlagak bersih, dan akan lebih banyak pekung yang bakal terdedah nanti.

Silap haribulan masuk "dalam" senasib Khir Toyo.

10 ulasan:

cucukerinci berkata...

katak phd ni cakap je bising mengata dan mengutuk org.....hingga tak desar diri sendiri banyak yg tidak ikut ajaran Islam....

Awanama berkata...

satu yg hamba x berkenan, pasal apa masa Hassang Ali dlm kerajaan negeri, tiada siapa yg menegur sikap borosnya... bila dia dah keluar nampak keburukannya..adakah bila dalam kerajaan segala silap dan salah laku buleh didiamkan terutamanya PR.BN x yah cakap,memang dah korup...
Macam membuka pekung di dada...

Harap kerajaan negeri PR yg lain tiada masalah yg sama berlaku...

p011pendang berkata...

ni laa perkara yang paling aku marah!

kenapa sebelum ni taknak dedahkan?
kenapa lepas hassan akidah dipecat baru nak dedah?

cakap berdegar-degar, transperency laa.. ketelusan laa..

benda-benda membazir wang rakyat mcm ni sepatutnya disiasat awal-awal.

jangan sampai orangramai samakan cara PR sama mcm BN!!

bila 'orang' tu masih dalam parti sorokkan penyelewengan!! cuba pikir balik.. tak kah sama mcm BN??

1 Malaysia berkata...

la ni kita tahu siapa parasit dalam PAS? Ini bukan parasit tapi virus atau kuman kanser. Tahniah kerana berjaya mengubati penyakir kanser ini yang bersifat tahap pertama. Nasib baik ini bukan kanser tahap tiga, kalau tidak berkuburlah PAS.
Ini yang dikatakan takdir dari Allah swt. Hanya Allah swt kenal siapa yang benar-benar berjuang untuk Islam. Melayu juga yang tidak cerdik sebab depa bukan kenal siapa yang memperjuangkan Melayu (Islam) yang sebenar dan tulen. Saban hari Melayu ditipu oleh bukan saja Melayu Tiruan, Melayu Ciplak, Melayu Klon, ... dan masih ditipu sehingga hari malahan zuboq puak ni dijilat sehingaa kilat oleh Melayu Kita.
Sedarlah Melayu. Yang cuba melindungi kita, kita hina depa. Yang dok tipu kita, kita dok sanjung depa. Entahlah ....
JATI biar jadi beras aja. Kita masak/rebus, kita makan. Kalau nak sedap lagi, kita goreng. Citarasa ... ikut kita le.

Awanama berkata...

TOLONGGGGGGGGGG la pas oii....belajar lah dari pengalaman ini.

jgn lah sewenag2nya mengambil orang2 yg baru sehari dua menjadi ahli pas dan terus benarkan bertanding jawatan tinggi dlm pas.

tetap kan syarat paling tidak mesti 15 hingga 20 tahun jadi ahli baru boleh bertanding kerana 'masa' adalah salah satu ukuran kesetiaan seseorang ahli kpd parti.

aku dari mula dulu lagi tak berkenan dgn mamat ni...tahlah apa yg orang pandang pada dia...pada aku dia tu biasa2 jer...tak der apa specialnya. sekarang terbukti...dia parasit sebenar.

Awanama berkata...

sokong anon 4:38.

jgn dok gatai lantik org baru masuk parti jadi pemimpin tinggi2, ramai lagi yg berkebolehan dan setia yg dah lama berjuang dlm parti, bagi kat depa ni.

org yg baru masuk yg glamour2 tu belum tentu lagi ikhlas, setia dan paham dasar parti. hasan ali dgn zaid ibrahin (pkr) tu contohnya.

Awanama berkata...

Hasan Ali yang dulu dedah keburukan orang. Sekarang orang lain londeh pula seluar dia. Oleh itu mulai sekarang Hasan Ali perlu tutup mulut.

Awanama berkata...

Mungkin dulu tidak dapat didedahkan kerana fail2 tersimpan dalam pejabat hassan ali.takkan suka2 nak masuk pejabat exco check fail orang kan..bila dia dh takde lagi dalam pejabat barulah tembelang nya terbongkar..macam juga kes khir toyo kes hanya dapat dibongkar bila dia telah meninggalkan kerusi empuknya

Awanama berkata...

KUALA LANGAT 24 MAC : Kerajaan Selangor tidak akan mengambil tindakan terhadap Datuk Dr. Hasan Ali yang membelanjakan RM300,000 bagi mengubah suai pejabatnya sewaktu bergelar Exco Negeri.

Ini kerana perbelanjaan kerja ubah suai itu mengikut tatacara perbendaharaan yang betul dan tindakan itu dipercayai bagi membesarkan ruang pejabat untuk tugas portfolio yang disandangnya.

Menurut Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, tindakan Hasan itu adalah mengikut tatacara yang telah ditetapkan.

“Bagaimanapun, apabila dilihat terlampau banyak perbelanjaan dan penggunaan itu, sudah tentulah orang akan membangkitkan samada perlu atau tidak, sesuai atau tidak.

“Apapun, dari segi penggunaan, ia adalah selari dengan tatacara yang dibenarkan” ujar beliau dalam satu sidang media selepas Majlis Perasmian Muzium Insitu Jugra di Banting, di sini pagi tadi.

Di dalam sesi Dewan Negeri Selangor semalam, ADUN Bukit Antarabangsa Azmin Ali mendedahkan yang Hasan membelanjakan RM300,000 untuk ubah suai pejabatnya.

Sementara itu, Dr Shafie yang merupakan pengerusi Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor (PADAT), berkata jumlah wang tersebut digunakan untuk membina satu ruang pejabat yang baru.

“Ini kerana ruang di pejabat yang lama itu terlalu sempit, maka Dr. Hasan Ali bina ruang yang baru yang lebih luas,” ujar Dr. Shafie. PADAT merupakan salah satu badan di bawah kelola Dr Hasan semasa beliau exco.

http://www.selangorku.com/?p=4206

Awanama berkata...

anon 9:13

mujur mb s'ngor tu baik orgnya, x ada sifat balas dendam dan seumpamanya.

jika tak, nahas hassan ali