26 Feb 2012

Polis Sahkan NFCorp Pecah Amanah, Bekukan Segera Asset Mereka

Putrajaya perlu bekukan semua aset NFC termasuk di luar negara, kata Tony Pua

KUALA LUMPUR, 26 Feb — Ketua Publisiti DAP Tony Pua menggesa Putrajaya dengan segera membekukan semua aset Pusat Fidlot Corporation (NFCorp) sama ada di Malaysia atau luar negara.

Menurut Pua, tindakan itu dapat memastikan dana awam yang belum digunakan tidak disalahguna untuk kepentingan peribadi.

Tambah beliau, ia juga sebagai langkah susulan selepas semalam polis mengesyorkan kepada Peguam Negara supaya pengarah NFCorp didakwa atas kesalahan pecah amanah.

“NFC telah melanggar syarat-syarat perjanjian dengan menggunakan dana untuk tujuan lain. Ia terbukti bahawa pengarah-pengarah NFC menggunakan wang dari dana pinjaman itu untuk membeli hartanah di Kuala Lumpur dan Singapura.

“Ekoran pengesahan polis bahawa pindahan aset secara tidak sah merupakan jenayah pecah amanah, justeru kami menyeru polis membekukan pindahan atau jualan aset yang dimiliki Pusat Fidlot Nasional (NFC) dan lembaga pengarah NFCorp,” kata Pua dalam satu kenyataan.

Jelas Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara ini, pembekuan aset itu perlu dilakukan serta-merta memandangkan kesemua aset itu terletak di bawah nama pengarah NFCorp.

“Kebanyakan aset sama ada secara langsung atau tidak secara langsung dibuat di bawah nama pengarah NFC. Ini termasuk aset di Malaysia dan Singapura, serta syarikat-syarikat di Singapura seperti MeatWorks (Singapura) Pte Ltd.

“Untuk memastikan aset-aset ini tidak dihapuskan melalui perbelanjaan daripada pinjaman mudah RM250 juta, polis mesti memulakan tindakan ke atas semua aset dan membekukan semua aset NFC,” katanya.

Polis memohon Peguam Negara supaya pengarah NFCorp didakwa atas kesalahan pecah amanah selepas pemimpin pembangkang mendakwa sebahagian daripada RM250 juta pinjaman mudah kerajaan telah digunakan untuk tujuan lain.

“Kami mencadangkan Pejabat Peguam Negara supaya semua pengarah NFCorp didakwa atas kesalahan pecah amanah,” kata Ketua Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman Datuk Syed Ismail Syed Azizan.

NFCorp, yang dimiliki oleh suami dan tiga anak Datuk Seri Shahrizat Abd Jalil, merupakan syarikat yang bertanggungjawab menguruskan NFC.

NFC mula menjadi topik hangat setelah syarikat itu tersenarai dalam Laporan Tahunan Ketua Audit Negara 2010.

Shahrizat tetap menegaskan dirinya tidak mempunyai sebarang kaitan dengan projek berkenaan.

Sejak itu, PKR mula membuat pendedahan berterusan terhadap skandal NFC, termasuk tuduhan penyalahgunaan dana kerajaan jutaan ringgit untuk pembelian tanah, hartanah, dan perbelanjaan tidak berkaitan dengan projek ternakan lembu tersebut.

Namun demikian, baru-baru ini berhubung dakwaan pembelian dua unit kondominium bernilai RM34 juta di Singapura, di kawasan Marina Bay Suites, anak Shahrizat, Wan Shahinur Izmir menjelaskan syarikat berkenaan telah membuat keputusan untuk menggunakan wang tersebut dalam pelaburan hartanah ketika berehat daripada aktiviti perniagaan.

Penangguhan berkenaan jelas Wan Shahinur Izmir, adalah disebabkan siasatan yang dijalankan kerajaan ke atas NFCorp. -TMI


Laporan sebelum ini
klik untuk baca




1 ulasan:

Putra IJ80 berkata...

....Kalau tidak ada ada tak kan tempua bersarang hampir ke bumi.....

Perkara mcm nie bukan tak pernah berlaku dulu dulu....lagi

Tapi msa tue tempua,bersarang tinggi...

Sahingga sekarang bebas tak ader siapa peduli ,

Malah klu bolh beliau nak ambil jawatan Wanita tertinggi kembali.

Kah kah kah.

Jgn Maree.