3 Feb 2012

Penyanyi Dangdut Dibelasah Suami

Artis dihentak

KUALA LUMPUR: Penyanyi dangdut dan pelakon, Ani Mayuni membuat laporan polis mendakwa dipukul dan ditendang suaminya selain kepalanya turut dihentak ke dinding bilik di rumah mereka di Desa Rejang, di sini, semalam.

Dalam laporannya, Ani atau nama sebenarnya Aishah An Nur Osman, 33, berkata, kejadian yang berlaku kira-kira jam 8 pagi itu menyebabkan dia mengalami kecederaan di kepala, tangan, dada dan leher.

Sebelum kejadian itu, Ani dikatakan menghubungi suaminya yang berada di luar rumah dan memintanya membeli sarapan.

Bagaimanapun, sebaik pulang ke rumah kira-kira 30 minit kemudian, suaminya terus meluru masuk ke dalam bilik dan mengasarinya.

Bagaimanapun, artis yang popular dengan lagu Sedap itu bernasib baik apabila abang kandungnya yang kebetulan datang ke rumah menyelamatkan dia daripada terus dipukul. -hm

13 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Bukan apa tu....suaminya tak 'kena layan', mana tahan selalu makan hati berulam tiada tengok isteri mengelek-gelek depan khalayak dan jantan lain tapi bila d rumah 'diminta' tak 'dibagi'.... tau tau isteri minta nasi lemak sedangkan benda yg dia minta selalu tak dapat....

Tanpa Nama berkata...

memang kadang2 suami naik angin dgn perangai isteri...tapi jangan la sampai naik kaki tangan...isteri bukan beban tapi tanggungjawab..tak sanggup pikul jangan kawin...biar mati kering sorang2.

Tanpa Nama berkata...

kesian...dgn pompuan pun nak berkasar...alahai sarapan punya pasal.

Tanpa Nama berkata...

tu namanya "sedap"...kata nak sex
equality

Tanpa Nama berkata...

Bila banyak sangat sumber rezeki dr perkara yang haram maka tunggulah bala yang datang. Hati dah rosak dgn titik2 hitam. Semoga kita sama2 ambik iktibar

Tanpa Nama berkata...

kalau Rasullullah masih ada....anda rasa ada tak tergamak buat macam tu...walaupun apa alasannya

Tanpa Nama berkata...

memang atas alasan apa sekali pun tidak boleh mengsari isteri kita, Fikir 10 kali sebelum mengambil tindakan, ingatlah semasa mula berkahwin isteri inilah yang menjaga makan/minum. membasuh dan menggosok baju anda dan melayan nafsu serakah anda. Selepas itu mengandung, melahir, menyusu dan membesarkan zuriat anda. Jika sudah tidak ada kesamaam cari jalan penyelesaian dan lepas dengan baik, Memang memalukan seorang lelaki yang bergelar suami hanya berani bertindak kasar dengan seorang wanita yang bergelar isteri yang selama ini dipeluk siang dan malam

din berendoi berkata...

Anon 0831, cakap pandai nampak. Tak kena atas kepala hang. Kalau kena entah-entah hang lagi teruk pada laki dia tu!

Poptart berkata...

din berendoi...


apalah hang ni bangang semacam je..org nasihat nak marah2..ntah ntah hang ni selalu pukul buni kot.

Tanpa Nama berkata...

Din berendoi ke Din bendol ni.Bukan soal kena atas kepala sape tapi lelaki ketua keluarga. sekiranya tidak dpat diatasi lepas dengan cara baik..itu saja..Adakah masa nak memperisterikan dulu anda pukul bakal isteri anda baru ajak kawin.Beza manusia dengan binatang kerana akal. Jadi gunakan akal dengan sebaik-baik mungkin.akal jangan macam bendul

Tanpa Nama berkata...

MOST LELAKI BANYAK YANG PANAS BARAN, NI BARAN TAK BERTEMPAT LAH TU, KALAU AKU LAH AKU BELASAH DIA BALIK BARU TAHU LANGIT TU TINGGI KE RENDAH

1 Malaysia berkata...

Komen-komen di atas semuanya benar-benar belaka tapi adakah kita pasti apa yang sebenar berlaku? Kekadang apa yang dilihat dan dibaca tu bukan cerita sebenar-benarnya.
AKU percaya (bukan 100%) sangat susah seorang suami mengasari isterinya hanya kerana sarapan pagi. Sudah pasti perkara ini sudah berlarutan dan sarapan itu hanya jadi alasan saja.
Jangan kerana perempuan yang kita dok anggap lembut, perihatin, lemah, ... sebenarnya juga jahat macam lelaki yang nampak gagah, keras, tidak sensitif, ...
Perkara ini tak akan berlaku sekiranya ada pihak yang mengalah dari awal. Adakah kedua-duanya mengalah atau kedua-dua berkeras? Mungkin kita yang lelaki ni marah sampai kemuncak walaupun isteri kita dok diam dan tak melawan? Entahlah. Yang AKU tahu bila AKU marah, isteri AKU akan dok diam dan perhatikan AKU. Bila isteri AKU marah, AKU pulak duduk diam dan dengar apa yang dia dok marah tu. Orang lain AKU tak tahu. Itulah kehidupan AKU. Alhamdulillah sehingga hari ini, pinggan mangkuk masih tersusun elok kat rumah AKU.
Kedamaian rumah tangga bukan terletak pada bahu suami sahaja dan yang isteri pun harus bersama. Tambahan lagi kita ni pelakon, kerja yang banyak menimbulkan fitnah. Jauhilah fitnah, maka selamatlah rumah tangga kita.

Tanpa Nama berkata...

sebagai isteri... dan perempuan wajib menutup aurat ini adalah hukum yg diturunkan oleh Allah... undang2 dan peraturan Islam.. tp bila kita tidak mengikut hukum Allah.. inilah yg dinamakan bala bagi kita yg melanggar perintah Allah... apa lagi didepan kalayak ramai kita melenggang lenggok seumpama berpakaian tapi bertelanjang... sama2lah kita fikirkan, terutama buat isteri2 dan suami2 sepatutnya melarang isteri mencari rezeki dgn cara yg tak betul... SETIAP DOSA YG DILAKUKAN OLEH ISTERI AKAN DIPERTANGGONGJAWABKAN OLEH ALLAH KEPADA SUAMI....