12 Feb 2012

Naluri Tidak Normal, Gemar laku Seks Semasa Datang Bulan

Sukar atasi selera pelik

KUALA LUMPUR: Menjijikkan apabila seorang gadis yang baru berusia 16 tahun mengaku mempunyai selera seks pelik, termasuk gemar melakukan hubungan kelamin ketika datang bulan, selain nafsunya meluap-luap setiap kali gigitan cintanya pada leher lelaki mengeluarkan darah.

Lebih mengejutkan, Iza yang berasal daripada sebuah negeri di utara tanah air mendakwa ketagih darah hinggakan nafsunya membuak-buak apabila memakan ayam yang masih ada darah kerana tidak dimasak dengan betul.

Menurut Iza, selera peliknya bermula selepas berkenalan dengan seorang remaja tidak bersekolah yang bekerja di kedai makan berhampiran rumahnya.

“Sebenarnya lelaki itu kawan baik bekas teman lelaki saya. Namun disebabkan kerap melakukan hubungan kelamin, saya jadi ketagih dan mudah ‘diayat’ lelaki.

“Dia lebih gemar melakukan hubungan intim ketika saya datang haid dan kami melakukannya dalam keadaan saya berlumuran darah.

“Namun peliknya setiap kali kami bersama, selepas itu tiba-tiba saya didatangi haid walaupun sepatutnya belum waktunya. Saya merasakan seolah-olah terkena sumpahan dan berasa takut dengan azab Tuhan.

“Saya teringat cerita bahawa dajal dilahirkan hasil hubungan bapa dengan ibunya ketika dalam haid. Terdetik di hati, jika saya mengandung, anak apakah yang akan lahir nanti?” katanya.-hm

Naluri tidak normal Kuala Lumpur: Ada pesakit ‘frontal lobes tumor’ yang boleh menyebabkan tindakan luar biasa atau pelik tidak tahan mahu melakukan hubungan seksual hingga menahan orang lalu-lalang supaya memuaskan nafsunya.

Pakar Perunding Perbidanan dan Sakit Puan Hospital Pakar Islam Kampung Baru, Dr Rosilawati Abdul Ghani berkata, dia pernah merawat kes seumpama itu yang mempunyai persamaan dengan masalah remaja perempuan berusia 16 tahun yang gemar melakukan hubungan kelamin ketika datang bulan.

“Tabiat seks begitu dianggap tidak normal (abnormal behaviour) dan mungkin juga remaja perempuan berkenaan sakit. Keadaan itu mungkin berpunca daripada ‘frontal lobes tumor’ yang boleh menyebabkan tindakan luar biasa atau pelik.

“Biasanya pesakit yang diserang simptom ini akan melakukan perkara tidak masuk akal tanpa disedari. Dia seolah-olah berada dalam dunia sendiri dan tidak mempedulikan orang lain.

“Penyakit ini selalu menyerang golongan dewasa tidak kira lelaki atau perempuan, namun ia boleh dirawat asal saja mendapatkan nasihat doktor secepat mungkin,” katanya.

Beliau berkata, kebanyakan ibu bapa menyangka perubahan anak mereka di bawah pengaruh dadah, namun ramai tidak tahu ‘frontal lobes tumor’ juga boleh menjadi penyebab kepada tabiat pelik.

“Biasanya ibu bapa boleh mengesan perubahan pada anak mereka, namun sikap masyarakat kita gemar buat kerja bertangguh dan membiarkannya hingga melarat.

“Apabila sudah teruk baru berjumpa doktor dan sudah pasti apabila lambat ia akan mengambil masa untuk dirawat,” katanya.

Beliau berkata, paling penting kekuatan dalaman iaitu iman teguh mampu menyelamatkan manusia daripada sesat atau mudah terpedaya dengan hasutan syaitan.

Selain itu, pesakit perlu mendapatkan rawatan daripada pakar sakit jiwa dan doktor supaya simptom ini dapat diatasi segera.

“Pesakit juga masih bawah umur dan menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk membimbing serta memberi sokongan moral kepadanya,” katanya.


5 ulasan:

pak din tua berkata...

Apakah orang yang MENJAGA solatnya, puasanya, mengingati Allah selalu, akan membuat kerja-kerja maksiat @ kerja gila @ luar tabie

non berkata...

cuba adik p tengok gigi adik kat cermin ada siong ka tidak bimbang takut jadi dracula tapi kalau dalam filem raja bersiong sekali termakan darah dia mau lg dan akhir nya tumboh siong heeeeeee haaah haaahhhh

Tanpa Nama berkata...

Abang Non, toksah suruh dia pi tengok cermin, suruh dia pi jumpa PAKAR SAKIT JIWA, budak ni mesti something wrong somewhere........ Punah !

neonazi berkata...

setuju sangat dengan pak din tua...
orang yg xsolat atau solat xcukup 5 waktu, adalah antara punca mereka begitu berani berbuat maksiat...

heeiiii.. berkata...

tlg la bukak tdung..jgn buat malu org islam..