13 Feb 2012

"Bayar Balik RM250 Juta Kepada Kerajaan" - Kata Nazri Kepada Shahrizat

Nazri nasihat Shahrizat bayar RM250j

KUALA KANGSAR – Menteri Pembangunan Wa­nita, Keluarga dan Masya­rakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dinasihatkan supaya membayar balik RM250 juta yang dipinjamkan kepada syarikat milik keluarganya untuk menjalankan projek Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abd Aziz yang menasihatkan demikian berkata, itu adalah penyelesaian terbaik bagi masalah berkenaan tanpa perlu Shahrizat meletak jawatan.

“Beliau tak perlu letak jawatan. Apa yang paling utama, kembalikan semula wang itu kepada kerajaan,” katanya.

Nazri berkata, dengan penyelesaian seperti itu, kerajaan masih boleh meneruskan projek NFC.

“Tetapi selepas ini, adalah lebih baik dijalankan secara tender terbuka bagi mengelak masalah hal yang tidak diingini,” katanya kepada pemberita selepas melepaskan peserta Larian Ria di pekarangan pejabat Umno Bahagian Padang Rengas di sini, semalam. -SH

19 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Yeeaah, aku bab ni aku sokong dengan Nazri. Memang patut ramai lagi pemimpin yang cakap macam Nazri malah lebih ganas lagi, lagi baik. So apa lagi Kak Jat, bayag balik, selesai abis cite. Komen Kak Jat ? Tanya balik Nazri, hang sapa ? Presiden pun tak kalut....

non berkata...

soal nak d jalankan secara terbuka atau tertutup soal letak jawatan atau tidak itu belakang kira ,pokok nya peminpin umno dah mula menerima ada nya penyelewengan dalm NFC dan bukan nya PR yg mereka cerita atau fitnah sebagaimana yg d gembar gemburkan olih bloger2 pro umno,

faizal hashim berkata...

kak jat....bayar balik..

Tanpa Nama berkata...

spin nak tolong kawan ka apa.bagus la kalau nak pulang.tp hukuman yang setimpal perlu bagi yang menyeleweng.kalau kak ijat dapati besalah..rasakan la dalam jel..emmm

Tanpa Nama berkata...

P + I

Tanpa Nama berkata...

Dari jauh...
Lebih molek adakan dulu RCI (Royal Commission Inquiry). Biar SEMUA yang terlibat dikenali oleh rakyat. Kemudian baru HUKUMAN ARAHAN BAYAR BALIK perlu di buat. Mana tau...kot-kot Menteri2 lain juga terlibat sama. Bila DITUNTUT bayaran balik, DIA ORANG PAKAT SAMA-SAMA UNTUK MEMBANTU BAYAR BALIK.Yang jadi "LEMBU HITAM" hanya Menteri Pembangunan KELUARGA seorang je diketahui rakyat...

mariampan berkata...

Anon 0215 : masuk jel ka nanti itu Kaka Jat itu sama anak Toyo juga sama-sama bikin parti baru aaa kasi lambang itu besi sel .......... manyak lucu la deii.

Tanpa Nama berkata...

Satu kenyataan oleh seorang menteri yang menggambarkan betapa 'haprak'-nya pengurusan wang negara oleh UMNO/BN. Seolah-olah wang RM250 juta macam beri pinjam tunai kepada seseorang macam RM2.50 sahaja. Selok poket, ambil dan kasi. Lepas tu caloo...

Satu bukti jelas UMNO/BN memang tidak bertanggungjawab dan tidak berasa apa-apa salah yang berat dengan 'hangusnya' sejumlah besar wang negara itu.

Jangan terbangang berkali-kali apabila terus mengundi BN dalam setiap PRU.

Tanpa Nama berkata...

semua PEMIMPIN POLITIK UMNO hikpokrit, "i help you, you help me" untuk memcuri WANG CUKAI RAKYAT dengan cara mudah.
Penindasan dan penipuan terhadap RAKYAT akan berterusan selagi PEMIMPIN POLITIK UMNO diberi kuasa memerintah NEGARA,JANGAN PECAYA PADA UMNO.

dari: PENGUNDI ATAS PAGAR.

puspawangi berkata...

sorilah nazri..dah terlambat..ni bukan soal pulang duit dan buka tender..ini soal salah guna kuasa dan salah guna wang rakyat..kalau pulangkan pun, salah tetap salah..ini bukan hutang 25sen..

menteri penipu berkata...

eleh...saja nk mengelabui mata rakyat la tu terutama org2 kampung..kalau jual semua harta yg dibeli dgn duit NFC pun kak jat yg masih untung...reputation dpt balik + still bleh pegang jawatan yg rakyat bayar gajinya + still berkuasa di malaysia + duit dia sesen pon x payah kluar(pulang duit nfc jer)

klau jual kondo2 tu semua mestilah rumah dh naik harga...habis keuntungan jual kondo2 tu msk poket famili shahrizat ker???aku x nampak apa hukuman yg shahrizat dpt drpda jenayah yg dilakukan...

jgn lah terperanngkap dgn cadangan bodoh Nazri ni..saja nk membodohkan orang jer..zaman sekarang ni menteri ramai yg lagi bodoh drpada rakyat..

Tanpa Nama berkata...

lepas nie..aku nak mencuri,merompak...kalau ditangkap polis..aku nak bayar balik pada empunya diri...blh tak nazri lembu?

Tanpa Nama berkata...

kak nfc muka tebal perempuan jat lembu ni betul betul meluatlaaaaa jika lihat dan pandang muka hitam dia niiii....woi!!! bayar balik wang 250juta kepunyaan rakyat MALAYSIA semua balik dan kau nfc lembu kondo ni boleh pinjam kot fat mama nanti....ok?

Tanpa Nama berkata...

Mmg sah lah kak jat singsing lengan with family kaput duit NFC. jwpn kak jat nnti ialah MANA ADA DUIT LAGI. SUME ADA BELANJA. Klu dia rasa betul bayar je la.

Tanpa Nama berkata...

Kau orang tahu kenapa si Muhyiddin Yasin tak mahu mewujudkan Suruhanjaya DiRaja???


Kerana diri dia sendiri yang terlibat meluluskan pinjaman itu. Itu lah alasannya.
Mau melarikan diri dpd kesalahan.

Tanpa Nama berkata...

Salah guna wang rakyat,bukan sekadar boleh bayar balik aje.Kalau Shahrizat kata dia tak terlibat,ok.Tubuhkan Suruhanjaya Bebas untuk menyiasat,kalau didapati bersalah suami dan anak-anak Shahrizat yang jadi Pengerusi dan ahli-ahli lembaga Syarikat NFC wajar dihukum.Shahrizat jangan buat-buat tak faham - yang terlibat suami dan anak-anaknya.Bayar balik RM 250 juta - no way.Kena masuk mahkamah dulu.

Tanpa Nama berkata...

Nazri pakai undang2 mana minta kak Ijat bayar balik.Kena lesing baru tau...Sesuai sangatlah undang2 lembu untuk taukeh lembu untuk melembukan puak yg sememangnya lembu.

Tanpa Nama berkata...

Korang janganlah marah Menteri yang sorang ni kan dah terkenal dengan kenyataan kenyataan bodohnya.

hairan berkata...

senang betul jadi menteri bn nih ek! buat salah aje suruh bayar balik, lepas tuh abis citer.

kalo pembangkang sebab 50sen pun boleh kena siasat 24 jam, tah2 boleh mati lagik!

dunia! dunia!