7 Jan 2012

Pimpinan PAS Akan Bincang Kes Hassan Ali Esok

Pas buka semula kes Hasan Ali, bincang esok

SHAH ALAM - Pas akan melihat semula kes melibatkan Datuk Dr Hasan Ali pada mesyuarat bulanan jawatankuasa kerja pusat parti, esok ekoran kenyataan terbaru Exco Kerajaan Negeri Selangor itu kelmarin.

Hasan, bekas Pesuruhjaya Pas Selangor dilihat telah mengeluarkan kenyataan 'melawan arus' apabila meminta pengikut dan penyokong Pakatan Rakyat (PR) tidak menyertai perhimpunan 901, Isnin ini.

Naib Presiden Pas Salahuddin Ayub dan Ketua Penerangan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mengesahkan perkara tersebut akan disentuh pada mesyuarat bulanan parti di ibu negara esok.

Tuan Ibrahim berkata, pihaknya berpendirian bahawa isu melibatkan Hasan, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri kerusi Gombak Setia sudah selesai selepas mengadakan pertemuan dengan Mursyidul Am Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Presiden parti Datuk Seri Abdul Hadi Awang bulan lalu.

"Kami beranggapan bahawa isu sebelum ini sudah selesai selepas pertemuan dengan Mursyidul Am dan Presiden (di Kota Bahru) baru-baru ini.

"Sebaliknya, beliau terus mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang bertentangan dengan parti. Jadi, kami akan membincangkan isu ini esok," kata beliau kepada Sinar Harian Online.

Semalam, Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali mendesak Pas mengambil tindakan sewajarnya terhadap Hasan ekoran kenyataanya meminta orang ramai khususnya pengikut dan penyokong PR tidak menyertai perhimpunan 901.

Azmin berkata, kenyataan Hasan telah melanggar prinsip dan semangat yang ada dalam PR dan beliau tidak sewajarnya berkata demikian.

Menjawab kenyataan Azmin itu, Salahuddin berkata, "apa pun, biar kami selesaikan hal rumah tangga kami."

Bagaimanapun jelas beliau, perkara tersebut akan dibawa ke mesyuarat untuk dibincangkan.

"Setakat ini, apa yang saya boleh katakan sekarang ialah dalam satu dua hari ini, kita akan memutuskan isu ini," kata beliau.

"Kita akan mengadakan mesyuarat bulanan, kami akan membincangkan isu ini. Itu saya boleh kata.

"Kita akan membincangkan, akan melakukan sesuatu. Hal rumah tangga Pas, serahkan kepada kami untuk selesaikan... kami akan bincang dalam mesyuarat nanti, perkara seperti ini," kata Ahli Parlimen Kubang Kerian ini.

Kata Salahuddin, Pas merupakan parti politik yang sudah "terbiasa dengan isu-isu seperti ini."

"Dan, kami akan membincangkan dalam mesyuarat kami," kata beliau lagi.

Ketika mengulas lanjut, Tuan Ibrahim menjelaskan, terdapat dua pilihan sama ada jawatankuasa kerja pusat sendiri memutuskan sesuatu tindakan ataupun merujuk Hasan kepada lembaga tatatertib.

"Jadi, kami ada pilihan-pilihan ini. Mesyuarat akan putuskan salah satu pilihan," katanya lagi.

Jelas beliau, mesyuarat esok hanya akan memfokus ke atas kenyataan-kenyataan dibuat Hasan dan tidak membabitkan bekas Timbalan Presiden Nasharudi Mat Isa.

"Selepas pertemuan (28 Disember lalu), Nasharudin bertindak proaktif, tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan. Jadi, fokus esok adalah isu melibatkan Datuk Hasan Ali," kata Tuan Ibrahim lagi.

Laporan media sebelum ini menyebut Hasan dan Nasharudin telah mengadakan pertemuan dengan Nik Abdul Aziz, Abdul Hadi dan Timbalan Mursyidul Am, Datuk Haron Din pada 28 Disember lalu untuk meminta maaf dan menarik balik kenyataan negatifnya terhadap parti.

Pertemuan itu berlangsung di JKR 10 dan perkara itu disahkan sendiri oleh Nik Abdul Aziz, dan menurutnya, Hasan turut memohon maaf daripada pimpinan PAS.

“Saya melahirkan kesyukuran di atas rasa rendah diri Datuk Hasan Ali yang bersedia membuat permohonan maaf serta menarik balik kenyataan negatifnya terhadap parti sebelum ini.

“Bukan mudah orang nak mengaku salah selepas melakukannya, jadi tindakan beliau itu mengharukan saya. Saya juga berharap orang lain yang mempunyai masalah seperti ini berlapang dada seperti Hasan,” kata Nik Abdul Aziz. -SH

Kenyataan Hasan Ali menghina Presiden PAS, kata Mahfuz Omar

KUALA LUMPUR, 7 Jan — Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar menyifatkan Datuk Dr Hasan Ali telah menghina presiden parti Islam itu kerana mengeluarkan kenyataan “melawan arus” yang tidak sepatutnya dilakukan oleh mana-mana pemimpin.

Menurut Mahfuz, kenyataan Dr Hasan ang menolak perhimpunan 901 pada Isnin ini dan menyifatkan ia sebagai perbuatan sia-sia telah menjatuhkan imej dan maruah Datuk Seri Abdul Hadi Awang selaku pemimpin tertinggi parti selain disanjung tinggi oleh pemimpin luar negara.

“Bagi saya beliau (Dr Hasan) menghina presiden PAS...presiden telah mengatakan akan hadir sama dalam perhimpunan itu namun Dr Hasan telah mengeluarkan kenyataan bahawa tindakan itu adalah perkara yang sia-sia.

“Beliau juga mengatakan pergi ke mahkamah adalah perbuatan yang sia-sia, ini adalah satu penghinaan kepada presiden PAS dan satu perkara yang amat memilukan apabila seorang presiden dihina oleh seorang pemimpin yang kononnya menyanjung tinggi ulama namun tiba-tiba mengeluarkan kenyataan yang menghina presiden sendiri,” katanya kepada The Malaysian Insider.

Dr Hasan, bekas Pesuruhjaya PAS Selangor sebelum ini berkata menolak perhimpunan 901 an menyifatkannya sebagai perbuatan sia-sia serta memberi kesan tidak baik terutamanya kepada golongan muda.

Beliau berkata ahli PAS tidak perlu menghadiri perhimpunan berkenaan.

Dr Hasan berkata semua pihak termasuk pemimpin yang terlibat harus memikirkan sedalam-dalamnya perkara itu kerana ia memberikan kesan bukan sahaja kepada negara tetapi juga di peringkat antarabangsa.

Mahkamah Tinggi akan membuat keputusan pada tarikh berkenaan dalam kes Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dituduh meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, tiga tahun lepas.

Hasan berkata perbicaraan itu telah berlangsung lebih tiga tahun dan Anwar telah diberikan ruang dan peluang yang sepatutnya oleh mahkamah.

Semalam Abdul Hadi berkata akan menyertai perhimpunan 901 menambah ”untuk ahli PAS pula terserah kepada masing-masing.”

Ekoran kenyataan Dr Hasan itu, Timbalan Presiden PKR Azmin Ali mendesak PAS mengambil tindakan sewajarnya terhadap exco kerajaan negeri Selangor itu.

Azmin berkata kenyataan Dr Hasan telah melanggar prinsip dan semangat yang ada dalam Pakatan Rakyat dan beliau tidak sewajarnya berkata demikian.

Esok PAS akan mengadakan mesyuarat bulanan jawatankuasa kerja pusat dan kemungkinan besar isu Dr Hasan akan dibangkitkan.

Tambah Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena, PAS akan memanggil Dr Hasan untuk memberikan penjelasan dan tindakan akan diambil dengan mengikut perlembagaan parti.

Beliau menambah tindakan yang akan diambil PAS bukan disebabkan pengaruh atau desakan sesiapa.

“Tindakan PAS tidak berasaskan kepada apa orang cakap, kita buat tindakan mengikut bidang kuasa kita...tindakan ini bukan disebabkan Azmin Ali atau pemimpin lain.

“Begitu juga semasa pertemuan presiden dengan Dr Hasan Ali sebelum ini, ia bukan disuruh oleh sesiapa tetapi adalah tindakan PAS sendiri...kita mempunyai prosedur dan pendirian sendiri,” katanya.

Mahfuz berkata sebarang bentuk hukuman akan diputuskan oleh kepimpinan PAS.

“Apa yang berlaku ini sangat mendukacitakan...ahli merungut dan kecewa dengan tindakan Dr Hasan Ali yang telah merosakkan suasana dalam parti,” katanya. -TMI


PKR desak PAS bertindak atas keceluparan Hasan Ali

PKR hari ini mendesak rakan kongsinya, PAS supaya bertindak keras ke atas bekas pesuruhjaya Selangor parti itu Datuk Hasan Ali yang mengeluarkan pelbagai kenyataan yang dianggap mencerca dan menghina ketua umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Mengulas tulisannya di Twiteer, Timbalan Presiden PKR Azmin Ali hari ini membidas kenyataan Hasan yang juga ahli exco kerajaan negeri Selangor kerana menganggap tuduhan liwat yang dihadapi oleh Anwar sebagai perkara peribadi.

"Biar saya ulangi pendirian PKR dan Pakatan yang bersatu dalam menyokong Anwar dan bahawa dakwaan itu adalah satu rekayasa dan politik murahan yang digunakan oleh Umno dan Barisan Nasional. Adakah Hasan merestui politik murahan yang digunakan oleh Umno dan BN.

"Oleh itu, ia tidak wajar baginya untuk mengatakan ini adalah perjuangan peribadi Anwar dan salah baginya untuk melibatkan orang ramai kerana kenyataannya itu bukan merupakan pendirian Pakatan.

"Saya berharap dan medesak PAS supaya bertindak terhadap kenyataan Hasan yang celupar ini yang tidak sepatut diluahkan untuk agenda peribadinya,” katanya.

Menurut Azmin, ketika Hasan mencerca ketua pembangkang itu, Anwar sedang mengunjungi Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Kota Bharu yang telah menyatakan sokongan beliau.

"Nik Aziz kata beliau akan datang pada 9 Januari ini jika kesihatannya membenarkan. Siapa Hasan yang berkata sebaliknya (meminta ahli-ahli PAS tidak datang)?" soalnya.

"Saya harap PAS mengkaji mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap Hasan. Jika dia tidak mahu hadir, dia tak perlu hadir tetapi demo HIMPUN dia hadir," kata Azmin.

Azmin mengulas kenyataan bekas pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Hasan Ali yang semalam mengeluarkan kenyataan bahawa adalah tidak sesuai mengheret rakyat menyertai perhimpunan haram itu semata-mata bagi mempertahankan isu peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Hasan ali pcHasan yang juga exco kerajaan negeri Selangor juga mengumumkan bahawa beliau tidak akan hadir pada Isnin ini.

Ditanya sama ada beliau akan mengesyorkan kerajaan Selangor yang diterajui PKR oleh Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim supaya menggugurkan Hasan dari barisan exco negeri, Azmin berkata bahawa beliau akan membiarkan PAS mengambil tindakan pertama. -MK


18 ulasan:

Yong berkata...

Bincang3X. Sekarang bukan waktu bincang lagi. Sekarang waktu bertindak!

Tanpa Nama berkata...

orang macam hassan ali tadak tarbiah ,macam bagus je boleh belah lah lu,berambus berambus.....................

Tanpa Nama berkata...

Nampaknya en hassan kita suka bergerak secara bebas. Jika kita lihat situasi sekarang pun, en hassan tidak suka bekerja secara jemaah/kumpulan dengan. Cadangan saya, jangan pecat cuma bebaskan dia dari pas. Bincang dengan dia supaya dia boleh pilih jalan sendiri dan turun dari BAS yang dimiliki PAS.

Tanpa Nama berkata...

Nak lompat keluaq parti Hassan terikat dengan bai'ah. Nak tunggu Pas pecat, depa tak pecat2. Kalau kena pecat nampak macam ada imej laa sikit...

Dia memang tunggu Pas pecat, pasai tu dia buat keluaq kenyataan menongkah arus.
Hassan yang termakan budi dengan UMPORNO. Kepimpinan Pas pulak termakan budi dengan Hassan. Takkan tak ingat masa buat muktamar Pas 2009 disebuah hotel di Shah Alam, bukan kah ada pemimpin Pas yang disediakan dewan berhimpun dan bilik hotel bertaraf 5 bintang. Sapa yang sponser tuu...
Katanya pihak Syabas. CEO syabas tu bendahari Umporno Selangor.

Nii laa pasainya Hassan dah gila meroyan. Pemimpin Pas dah jadi "telan mati mak luah mati bapak".

macam mana pun Hassan kalau hangpa tak lempaq dia keluaq dari Pas. Dia akan cucuk bijik mata hangpa lagi.

Tanpa Nama berkata...

Jangan pecat dia dari Pas. Buang dari Exco cukuple. Biar dia tergantung-gantung dengan sumpah talaq dia. He. He. He.

Tanpa Nama berkata...

Aku setuju sangat dgn anon 5.53. Pulaukan aje dia atau gantung x bertali. Anggaplah dia ni orang gila, x usah dilayan. Biar dia sendiri 'tebus talak'. Baru padan muka dia. Disamping itu, kita kena bersabar. Mental kita kena kuat

Ah San Lee berkata...

kah kah kah!
meluat aku bila dengar geng ini kata nak bincang!, nak bincang kepala otak apa, bukan benda besar sangat, kesnya "Ah San Lee berak atas bendera Pas dan kentut atas muka pimpinan parti".
Sekarang kes Ah San Lee telah merebak dan membusuk keseluruh persada dunia akibat pimpinan parti suka tidur rumah bini muda.
Tuan Ibrahim kata, kes ini telah disangka selesai, selepas pertemuan dgn TGNA di K.Baru?.
Nak jadi juara maharaja mega lawak ke? Bukankah sehari selepas bertemu TGNA, Ah San Lee telah ajak harakah bertumbuk sambil menyiku TGNA dalam isu minta maaf.
Kalau takut nak ambil tindakan kepada Ah San Lee berterus terang sahaja!, tak payah berbelit-belit.
Jangan buat hati ahli dan penyokong PAS meluat tengok muka pimpinan parti sendiri.

Tanpa Nama berkata...

Selagi Mamat ni ada dalam PAS ia akan terus jadi biawak hidup.

Tanpa Nama berkata...

Sepatutnya hassan ni dia perlu fikir berapa hari aku hendak hidup kubur dah dekat dah.tetapi jiwa dah umnoo ni susah ka sikit.kira nak masuuk aja.

hussin berkata...

i

mesyuarat besok akan bincang pasal hassan ali. nasharudin mat isa tidak. kata titm, ketua penerangan pas pusat. akan putuskan isu ini dalam sehari dua ini. kata salahuddin.

penyelesaian isu hassan ali ini perlu dilihat dari perspektif ug. dia bermula dengan ug. akhirnya juga mesti dengan ug.

ug bermula selepas pru12 'apabila dengan tak sengaja' tercipta sejarah 'pertemuan dalam gelap'. ia berlanjutan sehingga ke hari ini melalui salah seorang pelakun utama ug, hassan ali.

pertembungan hebat berlaku apabila setiausaha agong, mustafa ali, kondem hassan ali sebagai terjerat dengan agenda umno. ini dibalas oleh hassan ali bahawa yang jumpa umno bukan dia tetapi mustafa ali.

hassan ali kemudian diberitakan telah bertemu dengan tgna dan meminta maaf sehingga tgna berkenduri kesyukuran. hassan ali menelanjangi identiti sebenar beliau apabila menafikan dia ke kota bharu untuk mohon maaf. kenyataannya berkaitan 901 menggelorakan lagi keadaan sehingga pas dilihat seolah2 tidak mampu menyelesaikan masalah. kenyataan salahuddin bahawa pas akan selesai maslahnya sendiri tetapi pas dilihat terkial2 tak tahu nak buat apa2 dan semacam berpuas hati dengan tuntutan maaf hassan ali dengan tgna. kenapa?

hussin berkata...

ii

kita tidak perlu melihat isu ini dari ‘helicopter view’, memadai dari ‘ug view’. kempen ‘kepimpinan ulama’ menyelubungi muktamar 2009. sehingga tanpa segan silu, timbalan mursyidul am memfatwakan bahawa presiden dan timbalan mestilah ulama! dalam kegairahan ini kepimpinan ulama pas, tanpa segan silu menerima sponsorship bendahari umno selangor penginapan di hotel 5 bintang. takkan hassan ali, pj pas selangor ketika itu tidak memaklumkan perkara ini kepada kepimipinan pas, setidak2nya setiausaha agong? tak mungkin. mood ‘kepimpinan ulama’ yang dilihat sangat tinggi ketika itu meyakinkan kalangan mereka dapat menguasai parti. hanya dmpp masih belum dapat ‘dikuasai’ lalu nuridah dicabar oleh adinda mustafa ali. Allah menggagalkan hasrat mereka. adinda mustafa ali tewas. selepas muktamar mereka2 yang sehaluan ‘diimport’ ke jalan raja laut bagi memperkasakan cengkaman ke atas parti untuk melaksanakan program lanjutan ug.

buku mujahid yusuf rawa ‘menuju pas baru’ menjadi bahan kritikan kumpulan ini sehingga menghantar wakil bertemu ustaz yahya othman, murabi pas, menuduh mujahid ‘anai-anai pas’ serta meminta supaya ustaz yahya mengharamkan buku tersebut di baca oleh ahli2 pas (bagaimana bersihnya hati2 depa). dengan selamba, ustaz yahya menjawab, “eloklah di kritik ulama PAS sekarang, kerana ulama pas pun ada yang ’pelawok’ (menipu)” (ia mengambil masa dua tahun untuk murabi pas berkata begini dipercayai kerana sikap berhati2 beliau seabagai seorang ulama!).

hussin berkata...

iii

hassan ali telah mendedahkan bagaimana beliau dirantai oleh baiah taklik. ini merupakan masalah besar untuk melompat parti. beliau mengkritik kerjaaan yang beliau sendiri exconya. beliau tidak berhenti di situ sahaja tetapi turut mengkritik presiden dan keputusan parti. beliau adalah seorang ‘penderhaka’. maka ramai mahukan pas cepat bertindak memecat hassan ali sebelum beliau memburukkan keadaan. apa, tindakan beliau mengkritik parti dan menolak negara berkebajikan belum cukup untuk memburukkan keadaan? apakah tindakan beliau mengkritik kerajaan di mana beliau adalah exconya belum cukup memburukkan keadaan? kenapa beliau terus ‘menyerang’ dan memperlekehkan kepimpinan parti? apakah beliau menyimpan ‘rahsia’ kepimpinan sehingga sanggup pas dilihat tidak mampu bertindak terhadap hassan ali? di mana pula mustafa ali kini? jika dulu mahu jadi hulubalang press conference, kenapa menikus sekarang ini? apakah serang menyerang ini tiada kaitan denga ug?

apakah dengan memecat beliau hanya akan merungkai rantai baiah?bukankah dengan ‘kebebasan’ yang dihadiahkan kepada beliau ‘rahsia’ akan terus ‘tersimpan’? jika ini perkiraannya, maka terselamatlah rahsia ug dari terburai. mungkin ini cara untuk menutup ug untuk selama2nya? jika memecat hassan ali itu agenda penting mesyuarat, bolehkan pas jamin beliau akan berdiam diri? bolehkan pas jamin hassan ali boleh menggigit ‘rahsia’ dengan gerahamnya? ingat. apabila rantai sudah terungkai hassan ali bebas terbang sebebas burung di angkasa!

apa yang ditanam itulah yang akan dituai! tidak pelik jika pru13 di adakan sebelum muktamar pas jun sesudah semua peluru hadiah dari ug untuk menimbulkan keraguan terhadap pas kini dalam genggaman untuk menggarap sikap serta emosi pengundi melayu setia umno!

wallahu’alam

matantiug berkata...

Sokong Anon 8.04pm.Hassan Ali memang menunggu untuk dipecat supaya dia boleh kata macam-macam lagi kepada PAS.Tanggalkan semua jawatan yang dia pegang,sama ada peringkat negeri mahu pun pusat.Dia jadi ahli biasa aje.Biar dia duduk meroyan sendirian.Kalau dah tak ada jawatan UMNO pun tak akan pandang dia.

Untuk berlaku adil kepada Hassan Ali,Stopa Ali juga wajar meninggalkan jawatan S/U Agong PAS dan juga jawatan Pengerusi Lembaga Harakah.Baru PAS aman.

Tanpa Nama berkata...

Eloklah bincang lagi...lepas bincang...bincang...Dia dah kencing pimpinan berkali-kali...Tunggu la dia melepas kat muka pimpinan barulah nak bertindak agaknya...

Pemimpin PAS pun satu, suka sangat melayan dia. Dia buat kecoh kat media, lepas tu ramailah pimpinan atas PAS pula dok bagi ulasan...Janganlah layanlah orang yang tengah meroyan...nak keluar takut tercerai bini...nak tunggu orang halau tak dihalau-halau pun...menyalaklah dia.

ELBI RISALAH berkata...

KATA KAWAN AKU , KALAU NAK SENYAPKAN CAKAP HASSAN ALI NI SENANG JER ! MB KHALID ROMBAK BARISAN EXCO SELANGOR...HASSAN NI GANTI DENGAN DR RANI PJ PAS !

SONYAPLAH DIO.....TAULAH DIO DI MANO DIA BERPIJAK EH...

hussin berkata...

elbi risalah,

tindakan itu boleh diberi pertimbangan. kepimpinan pas mungkin telah memberi isyarat kepada mb selangor supaya tidak gugurkan hassan ali dari jawatan exco dan berjanji akan selesaikan masalah ini secara dalaman. kemungkinan besar permmintaan ini ada kaitan dengan 'rahsia' yang saya maksudkan - pastikan mb selangor tak gugurkan dia!

apabila beliau bercakap atas kapasiti hassan aali, ahli biasa pas dan sebagai exco, nilainya sudah susut. cuma ia akan menunjukkan pas begitu lemah dalam menghadapi kerenah hassan ali yang selama ini telah dilihat 'dragging its feet' dalam bertindak! saya tetap mengaitkannya deng isu ug.

wallahu'alam

Tanpa Nama berkata...

mb wajar buat rombakan exco. hassan ali wajar htr surat letak jawatan kerana beliau dilantik atas kapasiti pesuruhjaya pas negeri. so...bila bukan lagi, maka faham2 ajelah. tak payah nak buat bising lah.

Tanpa Nama berkata...

Rupa2nya Hasan Ali ada rahsia segelintir pmpinan pas yg berbini senyap2 dgn UG.Patutla takut nk brtindak, takut rahsia terbongkar rupanya.

Ditelan mati mak, diluah mati bapak. Itulah bahana berbini senyap2 dgn UG.