28 Jan 2012

[PANAS] Blogger "Pulakdah" Ditahan - NGO Kecam Sikap Dwi-Standard SKMM & Polis

SKMM, hentikan sikap dwi-standard’

PETALING JAYA: Sebuah badan bukan kerajaan (NGO), mengecam sikap dwi-standard Suruhanjaya Komunikasi dan Multi Media (SKMM) kerana cepat bertindak menahan seoang blogger pro Pakatan Rakyat dan diserahkan kepada polis.

“Itulah kerja pantas SKMM dan pihak polis, memberkas hanya blogger-blogger yang selama ini menjadi nadi penting kepada Pakatan,” kata Pengarah Propaganda Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Edy Noor Reduan dalam satu kenyataan media hari ini.

Beliau merujuk kepada tindakan SKMM menahan Faizal, pemilik blog Pulakdah.blogspot.com. dan kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut.

Kata Edy Noor, tindakan SKMM membuat serbuan ke rumah beliau dan merampas barang-peribadi beliau termasuk dua laptop, dua desktop, sebuah handphone dan sebuah modem adalah satu tindakan yang biadap.

“Ini jelas satu cubaan melumpuhkan terus aktiviti blog pulakdah.blogspot yang banyak membuat pendedahan terhadap kepincangan kerajaan pemerintah. Blog Pulakdah juga merupakan antara blog ranking tertinggi dari kalangan blog Pakatan Rakyat.

Beliau berkata, pihak SKMM dan polis begitu pantas bertindak ke atas ‘gagasan resistance cyber’ Pakatan tetapi tidak bertindak sewajarnya terhadap blogger-blogger pro Umno dan kerajaan pusat.

“Sebelum ini bertimbun-timbun fitnah yang dilempar oleh blogger cybertrooper Umno.


Ini termasuklah penghinaan terhadap mahkamah dalam isu pembebasan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Namun tiada tindakan susulan daripada pihak SKMM dan polis walaupun terdapat berpuluh laporan polis dibuat,” terang beliau. -FMT

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

kalau botak ni jaga skmm itu lah akibatnya semua dia buat betul orang lain salah,pernah masa 46 dulu bagitau kat orang kampung "dia"lah orang pertama yang koncing kubur mahadir kalau mahadir dak mati kelak, tapi sekarang dah jilat balik kot....

Tanpa Nama berkata...

Semua blogger boleh ditahan...kecuali papagomo dan parpukari. 2 blogger ni ada cop raja.

Tanpa Nama berkata...

Asal Penyokong umno.. semua selamat dan mendapat lesen kelas A boleh melakukan apa sahaja...terutama memburukan dan memfitnah Pakatan Rakyat.. dunia ni selamatlah kamu tetapi akhirat neraka jahanam menunggu untuk menghukum kamu