21 Jan 2012

Kota Bharu Sentral @ Tunjong - Bandar Pintar Islam Moden Di Kelantan

Kelmarin telah berlangsung Majlis Pengumuman Pembangunan Kota Bharu Sentral @ Tunjong bertempat di Hotel Renaissance, Kota Bharu. Majlis disemprunakan oleh Menteri Besar Kelantan, Dato Bentara Setia Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Pembangunan Kota Bharu Sentral yang akan dibina di tanah sawah seluas 16.99 hektar di Tunjong, Kota Bharu mulai Jun atau Julai ini bakal menjadi mercu tanda baru bandar pintar Islam moden untuk Kelantan.

Projek usaha sama Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK), Tunjong Development Corporation (TDC) dan Sara-Timur Urban Development Sdn Bhd (Sara Timur) itu membabitkan belanja antara RM500 juta hingga RM600 juta dan dijangka siap lima hingga enam tahun.

Pengerusi Kumpulan Sara-Timur, Datuk Dr Zawawi Ismail berkata, pembinaan bandar pintar itu akan dilaksanakan dalam tiga fasa dan akan dimulakan dengan pembinaan The Village Mall setinggi dua tingkat selain masjid, dewan konvensyen, kondominium, medan selera serta panggung wayang.

"Sebanyak 1,200 parkir kereta dalam bangunan disediakan untuk memudahkan pengunjung ke bandar ini," katanya dalam taklimat dan pengumuman pembangunan Kota Bharu Sentral@Tunjong di Hotel Renaissance Kota Bharu, Kelantan.

Turut hadir, Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat; Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Kelantan, Datuk Husam Musa dan Pengarah Urusan Sara-Timur, John Loi Hieng Yee.

Zawawi berkata, reka bentuk pembangunan turut diterapkan dengan unsur Islam kontemporari yang akan dicampur dengan seni reka kebudayaan Kelantan.

Sementara itu, Nik Abdul Aziz berkata, projek berkenaan mampu menyelesaikan masalah pembangunan tidak sekata dan menyelesaikan masalah kesesakan lalu lintas, banjir kilat dan pencemaran yang berpunca daripada pembangunan.

Beliau turut berharap pembangunan itu seiring dengan pembangunan rohani yang boleh dimanfaatkan oleh penduduk di dalam dan luar Kelantan.

Petikan Ucapan ringkas YB Dato’ Husam Musa Dalam Majlis Pemumuman Kota Bharu Sentral @ Tunjong

Ramai yang amat skeptical pada awal hasrat Kerajaan Negeri Kelantan untuk menubuhkan Bandar Baru Tunjong. Hari ini, Bandar Baru Tunjong menjadi rebutan. Sara-Timur dipilih kerana Track Record syarikat yang baik dan sesuai dengan citarasa Kelantan.

Kota Bharu Sentral @ Tunjongdicadangkan untuk menjadi Bandar yang original living. Kehidupan kota adalah selari dengan Islam. Hartanah paling mahal adalah di Mekah. Hotel tujuh bintang terdapat banyak di Kota Mekah dan Madinah.

Kisah nabi Yusof Alaihissalam misalnya sebagai contoh. Lahir disebuah desa di Hebron. Kemudiannya dihijrahkan “secara paksa” ke Kota Memphis – Kota Mesir Tua. Ia menjadi turning point kehidupan yang lebih baik.

Urban living bukan sesuatu yang asing bagi orang Islam. Peradaban kota boleh hidup selari dengan nilai-nilai Islam.











Ulasan GB

Sekalipun kerajaan Pusat yang dikuasai UMNO BN merompak hasil royalti Kelantan, dengan harapan negeri Kelantan yang dikuasai oleh PAS menderita tidak dapat melaksanakan pembangunan untuk mudah mereka menempelak kerajaan yang dipimpin oleh TG Nik Aziz, namun Allah Maha Kaya.... Kelantan tetap membangun bersama Islam.

Malah petanda keruntuhan dan kehancuran UMNO BN sendiri di peringkat pusat telah menampakkan tanda-tandanya akibat dari KEZALIMAN yang berterusan dari seorang PM ke PM.

Dan serentak dengan itu juga tak berapa lama lagi, Kelantan bakal bergelar AGONG!

4 ulasan:

Amuraria berkata...

LAGI GEROMBOLAN SEKUTU APCO PANDI KUTTY ARUS JAHILIAH MENEKAN LAGI NAIK KELANTAN ,SYABAS TGNA & PARA SAHABAT DALAM PARTI ISLAM JUGA YANG LAIN-LAIN,PERJUANGAN MENEGAKKAN SYIAR ISLAM TIDAK AKAN TERHENTI DENGAN SEGALA KEBEJATAN DAN PENGKHIANATAN REGIM UMNO-BN INSYALLAH, ALLAHU AKHBAR !

Tanpa Nama berkata...

Alhamdulillah ada jgk bandar islam moden di malaysia...moga menjd contoh terbaik di negeri2 lain.

Tanpa Nama berkata...

Tuan GB, saya ada mengikuti ucapan, ceramah & kuliah YB Husam, di Parlimen dulu, di Taman Melewar & di Surau2... spt sedutan ucapannya di atas, saya dapati tiap kali dia bercakap, ada nilai "ilmu" untuk pendengarnya.. tidak hanya ucapan biasa "orang politik".. kredibiliti spt jarang kedapatan hatta di kalangan pimpinan PAS pun.. Bg saya, inilah buah terbaik hasil kebun tarbiyah Tok Guru di Kelantan.. sama2lqh kita tolong jaga & doakan keistiqamahannya, INSYAALLAH.

Tanpa Nama berkata...

muktamar akan datang..

husam musa wajar dinobat sebagai presiden PAS yang baru.

tuan ibrahim tuan man wajar dinobat sebagai mursyidul am pas yang baru menggantikan TGNA.

TGNA dan TGHA dikekalkan dalam ahli majlis syura dan bertindak sebagai penasihat.