10 Jan 2012

Khalwat: Salim Parlan & Diyana Didapati Bersalah, Didenda RM3,000

Bekas Timbalan KSU Didenda RM3,000 Kerana Khalwat

GEORGETOWN: Bekas Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik) Kementerian Belia dan Sukan, Datuk Salim Parlan pada Isnin dijatuhi hukuman denda RM3,000 atau penjara lima bulan oleh Mahkamah Rendah Syariah di sini selepas didapati bersalah atas tuduhan berkhalwat bersama seorang wanita di sebuah hotel di Batu Ferringhi, April tahun lepas.

Hakim Syarie Nik Bukhari Hashimy Nik Yahya turut menjatuhi hukuman sama terhadap wanita terbabit yang juga bekas pembantu peribadi kepada Salim, Nur Diayana Norslan, 30.

Kedua-dua tertuduh membayar denda itu.

Nik Bukhari Hashimy dalam penghakimannya berkata setelah menilai semua faktor dan aspek dan walaupun tertuduh sebelum ini telah mengaku bersalah, mahkamah juga melihat kepada keseriusan jenayah yang dilakukan.

Katanya, kedua-dua tertuduh adalah penjawat awam dan mereka seharusnya menunjukkan contoh baik kepada masyarakat.

Beliau berkata, perlakuan tertuduh telah mencemarkan imej perkhidmatan awam dan mahkamah perlu mengenakan hukuman setimpal terhadap tertuduh sebagai langkah pencegahan dan memberikan kesedaran kepada masyarakat serta mengelakkan orang lain terpengaruh dan mempunyai niat yang sama.

Salim, 51, dan Nur Diayana pada awal sebutan kes 19 April tahun lepas mengaku tidak bersalah atas pertuduhan itu, namun mereka menukar pengakuan kepada bersalah selepas kedua-dua peguam syarie yang mewakili mereka menarik diri pada November tahun lepas.

Salim, yang juga bekas Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan, didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah bilik bernombor 224 di sebuah hotel diBatu Ferringhi, 16 April lepas, pada kira-kira pukul 5 pagi.

Dia dituduh mengikut Seksyen 27 (a) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Pulau Pinang 1996 manakala Nur Diayana mengikut Seksyen 27 (b) enakmen yang sama.

Pendakwaan dikendalikan Ketua Pendakwa Syarie Mohd Zulkhairi Aziz. - BERNAMA


4 ulasan:

Misz Una berkata...

ni pegawai yg interview aku thn 2009 dulu...xsangka lah plak yer...dunia-dunia...

aji mantin berkata...

Biaso la tu kono tangkap buek maksiat, biaso. Lain kali mengaku jo. Copek jatuh hukum, bayar dondo, nak buak laie hati-hati. Kito manusio mano ado sempurno...
Den selalu poie masjid dongar ceramoh.

Tanpa Nama berkata...

Klu ikutkan logik akal , pegawai2 kanan krjaan tentunya kalau mohon utk poligami, pejabat kadi insyaallah akan luluskan, sbb mampu dari segi duit (gaji tinggi). Ttg isteri pertama atau anak2 tak setuju bukan alasannya.

Yg masaalahnya tu, klu yg tak mampu.
Wlu bgaimana pun Allah lebih tahu.

Klu cam tu, masing2 kena tindakan tata tertib tak? (saja nak tau prosedur2 kerajaan ni).

Tanpa Nama berkata...

it always sex comes first... dah banyak duit dan mampu tapi nak sex dulu... yang ni kerap berlaku.