30 Jan 2012

Isu KUIN - Aziz Bari Belum Duduk Dah Melunjur

Kuin: Hadi belum terima memo pelajar

SHAH ALAM - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, beliau masih belum menerima apa-apa memorandum daripada pertubuhan pelajar berhubung penggantungan lima penuntut Kolej Islam Insaniah (Kuin), Kedah.

"Kalau boleh saya pun nak tengok juga memorandum itu dan nak tahu juga apa yang nak dikatakan oleh para pelajar mengenai perkara itu," kata beliau dipetik Harakahdaily hari ini.

Ahli Parlimen Marang ini menambah, walaupun pertubuhan pelajar terbabit akan menghantar memorandum kepadanya, tetapi sehingga kini "mereka tak pun menyerahkan memorandum itu kepada saya."

Katanya, walaupun pertubuhan pelajar mengatakan telah menghantar memorandum ke Ibu Pejabat Pas, tetapi memorandum itu masih juga belum diterimanya.

Soal penggantungan lima pelajar terbabit, menurutnya, bagaimanapun perlu difahami dengan jelas oleh pelbagai pihak agar tidak disalah faham oleh setiap lapisan rakyat negara ini.

Abdul Hadi berkata, kepimpinan PAS sememangnya mengikuti dan memantau perkembangan mengenai perkara itu.

"Namun Ustaz (Datuk Seri) Azizan (Abdul Razak) tentunya lebih tahu dengan apa yang berlaku, sesuai dengan kedudukannya sebagai Menteri Besar Kedah.

"Jadi tindakan Ustaz Azizan mengenainya tentu lebih tepat dan wajar dijadikan rujukan oleh pihak-pihak lain termasuk kepimpinan Pas Pusat sendiri," tegasnya.

Khamis lalu, pakara perlembagaan Prof Dr Abdul Aziz Bari mengesyorkan agar Pakatan Rakyat (PR) mengambil tindakan ke atas Menteri Besar atas alasan bertindak bertentangan dengan prinsip Buku Jingga dan merestui tindakan ke atas pelajar-pelajar terbabit.

Abdul Hadi menambah, Azizan juga tidak mengambil tindakan sesuka hatinya, tetapi hasil perbincangan dengan kepimpinan PAS Kedah dan pihak-pihak lain yang terbabit. -SH


PAS Kedah pertahan Azizan

ALOR SETAR: PAS Kedah mempertahankan tindakan Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak yang enggan tunduk terhadap desakan pihak tertentu yang mahu Menteri Besar itu dipecat kerana tidak mahu campur tangan bagi menyelesaikan penggantungan lima pelajar Kolej Universiti Insaniah (KUIN) mengikut Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971.

Mereka juga berpendapat pihak luar tidak sewajarnya campur tangan dalam soal pentadbiran negeri itu dan KUIN.

Timbalan Pesuruhjaya I PAS Kedah, Datuk Phahrolrazi Zawawi, berkata pihak terbabit sepatutnya memberi peluang dan kepercayaan kepada Azizan dalam melaksanakan tanggungjawabnya dan memahami kedudukan masing-masing dalam Pakatan Rakyat.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri berkata, adalah tidak wajar rakan dalam pakatan rakyat sendiri membuat teguran secara terbuka melalui media massa kerana ia boleh disalah erti oleh pihak lain.

“Pada saya tidak wajar ada pihak lain campur tangan dan jika hendak menegur pun, gunakan saluran yang betul dalam pakatan rakyat untuk memberi pandangan kerana tidak elok jika dibuat melalui media.

“Perlu ada rasa hormat-menghormati kerana masing-masing mempunyai tanggungjawab untuk dilaksanakan,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Beliau mengulas desakan pelbagai pihak, termasuk Pengarah Komunikasi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Nik Nazmi Nik Ahmad dan bekas pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof Dr Abdul Aziz Bari supaya Pakatan Rakyat mengambil tindakan ke atas Azizan yang juga Pengerusi KUIN berhubung penggantungan lima pelajar universiti itu pada April lalu kerana memprotes tindakan universiti mengosongkan asramanya di kediaman Ar-Razi, di sini.

Nik Nazmi dan Dr Abdul Aziz mahu tindakan itu dikenakan ke atas Azizan kerana mendakwa Menteri Besar itu menyokong kewujudan AUKU, sedangkan manifesto Pakatan Rakyat dalam Buku Jingga menjanjikan mereka akan menghapuskan akta berkenaan.

Bagaimanapun, empat daripada pelajar terbabit sudah dibenarkan menyambung semula pengajian baru-baru ini, manakala seorang lagi masih dalam penggantungan.

Azizan dalam laporan akhbar semalam juga mempertahankan tindakannya untuk tidak campur tangan dalam keputusan KUIN mengambil tindakan ke atas pelajar terbabit dan dia sedia dipecat.

Selain itu, Azizan juga menjelaskan sebagai sebuah universiti, KUIN tertakluk kepada syarat yang ditetapkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi, selain terikat dengan peraturan menguatkuasakan AUKU.
-BH


Ulasan GB

Ada banyak hal yant GB biasanya menyokong pandangan Prof Aziz Bari, tetapi di dalam isu KUIN ini, GB tidak sependapat dengannya.

Aziz Bari baru masuk gelanggang politik, masuk dengan menyarung jersi PR, tetapi memulakan langkah sumbang dengan menyerang pimpinan PR sendiri.

Sepatutnya beliau menjadi "Tuan Penasihat Undang-undang" kepada para mahasiswa berkenaan, supaya menghantar memo terlebih dahulu kepada Presiden PAS. Bukan berdemo.

Di dalam Islam, ada diajar kaedahnya: kita diajar supaya berlemah-lembut sesama kita dan bertindak tegas dengan musuh.

Ini tidak, langgar semacam. Itu lambang ketidak-matangan. Itu petunjuk kebebalan. Itu petanda kehancuran.

Ini bukan soal double standard, tetapi disiplin di dalam sesuatu peperangan.

Ada perkara yang PAS yang tak seiring dengan DAP. Tetapi PAS tak pernah berdemo ke pejabat DAP, begitu jugalah DAP tak pernah berdemo ke pajabat PAS.

Kepada Aziz Bari, tak perlu berselindung di sebalik ilmu undang-undang. Dalam politik ada bunga-bunga dan buah-buah silat di dalam sepak terajangnya yang perlu dipelajari terlebih dahulu.

Dunia realiti politik tak sama dengan dunia akademis di bilik kuliah. Di dalam dunia akademis dahulu mungkin anda mahagurunya tetapi di dalam dunia politik, anda adalah baru daftar menjadi "pelajar"nya. Kena mula dari zero.

Pepatah kita menyatakan: jangan belum lagi duduk tiba-tiba dah melunjur. Nanti ditertawakan orang bila seluar sendiri terlebih dahulu dah bocor dan keaiban sendiri keluar terjulur.

Pergilah ke "Kampung Pinang Sebatang", belajarlah dahulu ilmu bersilat di dalam politik dari seorang mahaguru "Pendekar Mustar" namanya.

Laporan sebelum ini
klik untuk baca




23 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Jangan jadi Ibrahin Katak 2 Alam sudah la. Tanpa usul periksa terus hentam. Last2 Katak tu sendiri yang mati kering.

Kuda Perang berkata...

Tak mengapa, belajar drp kesilapan.

Tanpa Nama berkata...

Baru test sikit, suara sumbang dah keluar, jangan tiru si katak sudah lah

Tanpa Nama berkata...

kalau tak jumpa pokok pinang sebatang, wahai aziz bari hg mai cari aku. nanti aku bagi kat hg pelepah nyok belakang hg. baru masuk gelanggang politik dah nk tunjok hero. piiiiiiiirah.

Tanpa Nama berkata...

Satu ulasan yg baik dari GB. Saya pun terkejut dengan prof Aziz Bari. Tak pe, sesekali tersilap, masih ada ruang untuk dibetulkan. Saya masih menghormati prof Aziz Bari, mulakan lah langkah politik anda dengan cermat dan bijaksana. Setiap langkah tuan sentiasa diperhatikan.

Abu Amir berkata...

Daripada sibuk hentam Ust Azizan lebih baik hentam umno ttg pengantungan pelajar UPSI. Kes UPSI kenapa senyap? Belum masuk PR dah hentam PR macam tak tahu adap dan cara bermaufakat.

Sokong penuh kpd Ust Azizan, tak perlu campurtangan urusan KUIN macam perangai umno.Siapa salah sila terima hukuman, tak kira siapa?

Kpd Aziz bari tak perlu ajar Ust Azizan ttg politik. Siapa dia suruh PR pecat Ust azizan? Ust Azizan juga dulunya pensyarah U bukan cikai. Dulu kata TGHH lembab dll. Dia ingat dia aje yg betul macam hasan ali.......bahaya.

Tanpa Nama berkata...

-mulakan langkah politik anda dgn cermat dan bijaksana?

-belum duduk dah belunjur?

GB, bole terangkan parti politik mana yg aziz bari masuk?..

jgn plak pas nk perasan yg aziz bari masuk pas sebabkan hubungan baik die ngan beberapa pemimpin pas..

isu AUKU, aku dah bagi komen thread sblm ni tp ntah mane silapnya GB plak xnak siarkan mayb terlepas pndang kot, cume yg aku bole ckp kat azizan,hang jgn perasan lebih sgt!!!

bile dipkir dan kenang balik sejarah lama, pemerintahan rejim azizan same ngan masa rejim hadi berkuasa di terengganu..sombong,bongkak n keras kepala!!..demi islam kononnya!!demi Allah katenya!!!undang2 zalim spt AUKU pun disokongnya..

azizan, kamu berseronok la dgn kuasa yg tgal beberapa bulan lagi sblm pru, gunela sebaik mungkin, perahla sekuat mane, kumpulkan kekuatan politik dikalangan penyokong kamu, usai pilhanraya umum kite tgk kamu masih lagi ade ke tak di kerusi mb..

p/s:samada GB siarkan or x komen ni terpulang la, jika x disiarkan pun tulisan sudah pun dibaca oleh GB sndri..

ajib berkata...

patut la ameno kedah senyap je, ada pakar undang2 yg buat keja dia

pak din tua berkata...

Aziz anak Bari so macam bari juuga ........... jaga bari suka hurung kot hidung dan mata, jangan bagi masuk hidung atau mata nanti boleh XCden !

C++ berkata...

Bhai GB...

Sori bhai... Gua plak berpandangan.. benda nih sepatutnya tak jadi besar kalu pihak KUIN dan Azizan Razak pada mula-mula kes lagi (tahun lepas) menggunakan dasar "budi bicara" tanpa perlu menggunapakai AUKU...

Tapi biasalah... Azizan Razak mana pernah mau mintak maaf.... kalu nak berdebat dengan dier pon.. dier mesti nak menang jer... perangai yang dah lama dah gua peratikan sejak dari tahun 1985 lagi masa gua mula-mula masuk PAS..

Jalan Day berkata...

Banyak artikal dan komen mengenai KUIN yang tersasar dari isu sebenar sebab cuma berpandu kepada isu yang remeh-temeh yang berlegar sekarang. Ada isu yang lebih rumit sehingga AUKU digunakan dan respon Ust Azizan adalah tepat seiring dengan permasalahan yang sengaja ditimbulkan. Pihak KUIN dan Ust Azizan pun memang tahu apa yang dibisik2kan dan dirancang oleh MPMKUIN tu...ni nak komen pun melalut tak ketahuan punca. Cari la maklumat yang betul baru komen.

ST berkata...

Bhai C++ ... wa dah agak komen dr pengikot aduka taruna... mmg mcm tu. tak kaji habes, mau rembat awal2 mcm aziz bari juga.

budak2 mahasiswa tu dah silap langkah bhai. berdemo dulu baru ajak berunding. apa ade hal? kene auku, nak salahkan pas dan azizan plak. orang tua tu banyak lagi keje lain nak buat. hal auku, kuin yg settle kan. lu marah umno campor tangan dlm pengurusan ipt. tp lu suroh pas/azizan campor tangan dlm isu kuin pehal lak bhai?

isu kuin, lu pegi la setel laa dgn kuin. kuin berdaftar, tertakluk bawah auku juga. mau diiktiraf, kena ikot auku. takkan kuin nak ambil tindakan ikot akta sendiri, akta nenek moyang lu? nanti terok kuin kena maki bhai. baik guna auku, biar auku yg kena maki.

wa percaya azizan takkan melawan keputusan parti yg bersama PR untuk mansokan auku. azizan tidak pertahankan auku. cuma azizan tak mahu campor tangan dlm kuin yg guna auku.

adat berdebat mesti laa nak menang. kalau berdebat dgn lu, lu pon nak menang. kalau berdebat nak kalah, atau tau dah kalah, baik tak payah debat. jadi laa mcm najib... kah kah kah

Tanpa Nama berkata...

Apa ingat Azizan tu "maksum" ke, tak boleh ditegur? Kalau dah pakai undang2 tahgut UMNO pun tak boleh nak tegur juga. . ., eksyen sangat macam UMNO ke?

Kenapa Hadi pun turun padang masa Bersih 2.0 sedangkan UMNO masih pakai undang2 tahgut tak boleh berhimpun? Pasal apa tak tunduk aje bawah undang-undang tahgut UMNO masa bersih 2:0 tu?

Ini bila ada student tegur sebab KUIN tak cekap, buang student yang protest guna pakai undang2 tahgut UMNO. Bila cakap bangang, marah pulak! Namapak sangat bukan aje bangang tapi hipokrit juga!

Apa fikir kalau student hantar memo Hadi dengan Azizan mahu ambil pot? Janagn harap lah. . ., lagi-lagi dengan ego gelembong macam Azizan tu!

Poraahh lah kalau pemimpin PAS tak boleh di tegur tak payah lah pakai undang-undag tahgut UMNO untuk berselindung, lebih baik duduk bawah tempurung! Lagi pun undang-undang AUKU UMNO tu bukan Koraan juga!

Tanpa Nama berkata...

saya bukan pengikut aduka taruna tapi setuju sgt2 dgn C++.

khabarnya sebelum ni berkali2 pelajar nak jumpa ustaz azizan, tapi dia x mau jumpa, mentah2 saja tak mau dengar pihak pelajar.

sedangkan rektor KUIN tu org amno.. yg tu yg dia bela pulak, apapasal?

isu ni melibatkan masa depan pelajar, timbang rasa lah sama, bukan pelajar tu buat apa sgt setakat berdemo (bila amno sekat bersih kita marah) lain lah kalau mereka tu bakar bangunan ka...

saya ada terbaca seseorg buat perbandingan kena bayar tol selagi undang2 tol x mansuh, begitu dgn auku, mesti ambil tindakan ikut auku ka? kalau x ambil tindakan ikut auku, tak boleh kah? mana boleh buat perbandingan macam tu, tol tak melibatkan masa depan dan penganiayaan kpd org sgt sedang ini melibatkan kes naya kpd pelajar2 tu.. takkan tak ada hati perut langsung. dulu kita bising adam adli dan saiful anang kena naya, ni apa pulak PR buat macam ni.

Tanpa Nama berkata...

betul ke rektor KUIN orang UMNO yang mana beliau juga kawan rapat MB masa dulu...cuba siasat..ada orang diluar sana bagitau...tapi saya tak percaya...betul kah...

Tanpa Nama berkata...

nak tanya sikit,masa diorang kena gantung tu hakim ada bg peluang buat rayuan kan?diorang buat x rayuan tu?ada?ada?jawab sat.kalau diorang wat rayuan...haa...pada masa inilah akan ada mekanisme disebut budi bicara.mebi hukuman diorang boleh diringankan kalaupun tidak ditarik balik.mmg dak2 mahasiswa dah tersilap langkah dlm hal ni.ingat dengan sape orang carik pasal?ngan org tua2 tu...bukan org mcm korang yg bru nak kenal dunia tu apa.cerdek skettt!!!!

ST berkata...

hakim bg peluang buat rayuan, rayuan tak dibuat. teguh pendirian laa konon. nak juga kena gantung, boleh hebioh satu malaya yg ust azizan ni zalim, kejam, barua umno... ceittt.. blah laa. kalau wa, buang terus je, tak payah gantung2.

ini bukan soal berselindung bawah ketiak undang2 toghut umno. ini pastilah bab kebebalan mahasiswa yg tak reti berpolitik. buat demo dulu, baru nak berunding. buat demo, buat press conf, panggil wartawan...buruk nama kuin, buruk nama mb kedah dulu... pastu baru ajak berunding...sapa laa yg teringin nak berunding dgn budak2 tak reti adab mcm tu. dah berdemo, dah bawak ke mahkamah... tunggu je laa perbicaraan.

yg org duk buat cara betulnya, berunding dulu. kalau kena tolak mentah2 baru laa buat demo. step kena betol. jgn main hentam demo dulu, baru nak berunding. kalau wa, wa terajang je mahasiswa mcm tu.

sudah2 laa.. wa rasa kalau sekarang ni lu pergi buat rayuan pon, akan dipertimbangkan lagi hukuman lu. tp lu ego, degil sangat, rasa mcm ada backup kuat laa kat belakang sampai tak mau merayu. ingat ostad azizan tu kejam sangat kaa. lu mintak maaf, rayu, kuin pon akan setelkan kes lu.

lu ingat ada backup kuat dr grup mahasiswa yg kononnya dah bangkit dr tidor ke? kah kah kah adam adli? SAMM? ABU? apa lagi backup lu? sampai ego sangat nak setel dgn cara mintak maaf dan merayu? ostad azizan tu org tua. lu masih budak2. kalau org tua tu buat salah pon, lu tetap namanya kurang ajar kalau cara tegor lu hentam kromo, sampai suruh dia letak jawatan, sampai suruh dia masok umno.

mahasiswa sekarang lu semua bukan dlm era umno lagi. lu sekarang berada dalam era transisi antara BN dan PR. lu sekarang bukan berada dalam zaman perang tradisi umno-pas. sekarang era baru perang BN-PR pasca 2008. fokus utama tumbangkan kezaliman yg lebih besar. jgn membabibutatuli sangat duk pedajal geng sendiri.

ops... lu tak ada geng kan? lu bukan geng BN, lu bukan geng PR kan? lu geng mahasiswa? kah kah kah kepala bana apa daa....

Tanpa Nama berkata...

Saya tak puas hati dengan komen ST [January 30, 2012 9:08 PM]...

dengan alasan2 dan komen ST saya sarankan supaya MB Kedah letak jawatan...MB please UNDUR....saya malu dengan kenyataan ST...

saya mula2 nak pertahankan MB tapi ST buat statement macam ni, ST ni menjatuhkan air muka MB dan KUIN ja...

1 Malaysia berkata...

AKU sokong ST.
Sebagai seorang mahasiswa, sebagai seorang yang terpelajar, sebagai seorang yang intelektual, sudah tentu mereka harus tahu tatacara menyelesaikan masalah. Apakah ini taraf pemikiran mahasiswa masa kini? Walaupun kita ini pandai, cerdik, intelek, ..., lebih baik kita menghormati orang lain dulu sebelum mengajak orang menghormati kita kerana dengan menghormati orang lain, sudah pasti orang lain akan menghormati kita. Faham tak?

Tanpa Nama berkata...

kekadang geli hati tgk org yg ada pelajaran tinggi2 berkelahi... nak kata pandai mmg ada cert heheh tp ingat cakap member lama org yg ada PHD nie mcm Permanent Head Disorder. heehhe nampak btul gak kan kan

Tanpa Nama berkata...

baik TOK 1 malaysia....kami ikut TOK..dah TOK org tua dari kami..TOK bagus, berpelajaran pon tinggi, salah ke betul ke kami buat2 pekak badak je, kami ikut TOK ja...jangan la marah TOK...tak pa TOK...TOK sorang ja yang tua dan ada kepala otak...orang muda macam kami tak ada kepala otak....

Tanpa Nama berkata...

Sebab tu kadang2 aku rasa dak mahasiswa ni kerek lebih,maaf cakap.kalau pandangan diorang kita x setuju kata kite x demokratik la,menyekat kebebasan bersuara la ape la.asek desak org terima pendapat dia aje.kalau ditegur mula la melenting sana sini.macam diorang jer bgus.wei korang study balik pasal AUKU,pasal pembahagian kuasa pusat dan negeri,baru boleh balik sembang sini.jangan sampai orang kata korang ni main terjah x pakai helmet.dak2 u & ku kan?xkan x cerdek2 lagi?wakakak

ST berkata...

yeah...

lu cakap ostad azizan tak demokratik, sbb keras kepala.lu pon sama beb... nak orang ikot cakap lu je konon atas nama demokratik. kah kah kah we dun want dictatorshipped by 'democratic freaks'... betol ke ungkapan wa nih...kah kah kah