31 Jan 2012

BMW Dirempuh, RM200,000 Lesap Di Lebuhraya

Seremban - Seorang pengurus stesen minyak kerugian wang tunai kira-kira RM200,000 selepas disamun sekumpulan empat lelaki di Km 287, Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) arah ke utara berhampiran kawasan Rawat dan Rehat Nilai hari ini.

Gambar: ANGGOTA polis menjalankan siasatan ke atas kereta seorang pengurus stesen minyak yang dilanggar dalam kejadian samun berhampiran kawasan Rawat dan Rehat Nilai hari ini. Mangsa kerugian RM200,000 selepas disamun sekumpulan empat lelaki di KM287 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) arah ke Utara.

Ketua Polis Daerah Nilai, Supt Mohd Yusoff Awang berkata kejadian berlaku kira-kira 10.20 pagi ketika mangsa yang berusia 40-an memandu kereta jenis BMW untuk ke sebuah bank di Bandar Baru Bangi, Selangor.

Beliau berkata mangsa yang berkerja di sebuah stesen minyak di Lebuh Raya Utara-Selatan Hubungan Tengah (Elite) membawa wang tunai tersebut di dalam sebuah beg yang merupakan hasil jualan stesen minyak berkenaan.

Wang itu diletakkan di dalam but keretanya.

Mohd Yusoff berkata mangsa melaporkan bahawa ketika sampai di lokasi kejadian, keretanya tiba-tiba dilanggar dari belakang oleh sebuah kereta jenis Toyota Lexus.

"Mangsa yang merasa curiga dengan tindakan pemandu kereta di belakangnya, tidak memberhentikan kenderaannya. Suspek terus mengejar kenderaan mangsa dan sekali lagi melanggar kenderaan mangsa menyebabkan kenderaan mangsa terhenti di tepi lebuh raya.

"Selepas kenderaan mangsa berhenti, dua lelaki bertopeng yang masing-masing bersenjatakan parang keluar dari kereta jenis Toyota Lexus tersebut dan menghampiri mangsa.

"Pada masa yang sama, sebuah lagi kereta Honda Accord berwarna hitam yang dinaiki dua lagi lelaki menghampiri dan turut berhenti berdekatan kenderaan mangsa.

"Kumpulan berkenaan kemudiannya mengambil wang tunai di dalam but kenderaan mangsa dan melarikan diri dengan kereta Honda Accord itu dan meninggalkan kereta Toyota Lexus di tepi lebuh raya," kata Mohd Yusoff.

Beliau berkata polis percaya kereta Toyota Lexus terbabit adalah kenderaan curi yang menggunakan nombor pendaftaran palsu.

Katanya kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 395/394 Kanun Keseksaan kerana samun berkawan dan bersenjata.- Bernama

10 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

langsung tak takut melakukan jenayah, ini membuktikan bahawa pihak keselamatan Malaysia ni amat lemah, penjenayah langsung tidak merasa gerun untuk melakukan jenayah

Tanpa Nama berkata...

ini yang dikatakan BN jenayah menurun??? turunkan BN dari PUTRAJAYA

Tanpa Nama berkata...

kenapa salahkan pihak keselamatan malaysia?dinegara mana tiada kejadian rompakan berlaku?rompakan berlaku di mana2 sahaja.berapa ramai anggota polis di negara kita jika nak dibandingkan dengan negara luar?anda sendiri tidak pasti dengan apa yang anda katakan.jadi jangan senang menuduh pihak lain.ini bukan soal pihak kerajaan atau BN.saya yakin anda sudah boleh berfikir secara matang.dan jika anda rasa tidak selamat di negara ini.anda boleh berhijrah kenegara lain yang mungkin selamat bagi anda.

asunntha berkata...

Abang Stesen Minyak ada silat ka, ada kung fu ka, ada kalari payat ka ? Kalau tak ada awat hang tak guna pengawal keselamatan ? Tu la kedekut nak bayag sekuriti dah kena rompak... Aku memang kesian dan simpati tapi, dah tak mau buat langkah pencegahan ! Tapi jangan bimbang, aku yakin Polis kita akan dapat menahan puak penyamun keparat tu....

Tanpa Nama berkata...

Apakata stesen minyak ni pasang Cash Deposit Machine lepas ni.

Deposit saja kat situ, tak perlu pergi bank lagi dah.

kui kui kui

MNazri berkata...

Mmg betul jenayah ada dimana2.. Tapi fikirkan juga nisbah polis dan penduduk/rakyat terutamanya dia Selangor. Tidak dapat dipastikan jumlah tersebut tetapi memang kadar polis berbanding dgn penduduk amat kurg dari yang disyorkan. Polis yg ada pulak terpaksa bekerja lebih masa dan lagi best, diperintah supaya buat kerja2 yg kurang penting spt mengekang dan mengganggu penyokong dan pemimpin PR. Walaupun bukan semua tapi ianya terserlah dlm beberapa peristiwa sebelum ini.

Mungkin GB boleh tolong terangkan secara terperinci? :-)

Duitfree berkata...

Penjenayah ni memang dah rancang lama dah nak rempuh kereta ni sebab dia bawak duit banyak. Cash pulak tu

Tanpa Nama berkata...

Ni hah, boleh tak kaitkan sbb tak laksanakan hukum hudud, pencuri & penyangak tak takut buat jahat cam tu?

Atau pun depa ni ada kaki yg beri maklumat. Atau pun terlampau tunjukkan kemewahan, Allah tak suka.
Ntah le, Allah saja yg tahu.

Tanpa Nama berkata...

Anon 0724 punya cakap, aku tak sanggah, setuju sangat sebab hudud ni ialah hukum Tuhan, sure memang tepat. Allah yang buat kita so Dia tau la mana kelemahan makhluk yang Dia buat. eh eh eh yang tu pun tak terpikiag ka ?

Putra IJ80 berkata...

Anonymous said...
Quote"Ni hah, boleh tak kaitkan sbb tak laksanakan hukum hudud, pencuri & penyangak tak takut buat jahat cam tu?"unquote

Sasungguh nya hukum Allah.,itu ada roh nya.

x caya lihat di negera yg.mengamalkan.,kadar jenayah hampir tiada.,hidup rasa selesa.,x der nak bimbang mcm kita di Malaysia.,ha!ha!

Jgn Maree.