10 Jan 2012

901: Koleksi Gambar, Video & Ulasan Yang Tak Sempat Disiarkan Pagi Semalam

Suasana mendebarkan pada awal Perhimpunan 901 bertukar menjadi riang selepas mahkamah tinggi membebaskan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dari tuduhan liwat.

Ia adalah satu kejutan kerana sekalipun ada yang sudah dapat mengagak keputusan mahkamah akan berpihak kepada Anwar (melihat kepada keizinan Polis untuk Perhimpunan 901 diadakan), namun ramai yang menyatakan Anwar bakal dipenjarakan.

Itu sebab mengapa ramai yang menitiskan air mata - tidak dapat menanggung rasa gembira, lega dan syukur kepada Ilahi dengan keputusan tersebut.

Tengku Razaleigh sendiri sebelum ini telah meramalkan Anwar dipenjarakan. Namun GB membuat ulasan seperti berikut:

ULASAN GB

Ku Li berkata:

Saya yakin Anwar akan masuk penjara. Kalau Anwar bebas UMNO akan habis. Tidak dapat tidak Anwar akan dipenjara."

Jika Anwar tidak dipenjarakan, UMNO akan habis, kata Ku Li.

Tetapi pada pandangan GB jika Anwar dipenjarakan, ia akan menyebabkan simpati dan kebangkitan rakyat, sepertimana yang berlaku di dalam PRU10 tahun 1999. Bererti UMNO akan habis jugak. Malah lebih dasyat jika Anwar tidak dipenjarakan.

Sifirnya: Anwar dipenjarakan atau tidak, UMNO tetap lingkup.

Bezanya ialah jika Anwar dipenjarakan, UMNO akan lingkup dengan lebih parah dan lebih dasyat jika Anwar tidak dipenjarakan FULLSTOP


Keputusan mahkamah telah diketahui lebih awal oleh Najib, lantarannya Najib berangkat ke luarnegara. Najib tidak sanggup menanggung risiko kekalahan UMNO yang lebih dasyat di dalam pilihanraya umum akan datang jika Anwar dipenjarakan sepertimana sifir yang GB telah nukilkan di dalam ulasan sebelum ini.

Bukan sahaja risiko kekalahan teruk di dalam PRU13 nanti, malah nama baik negara dan nama baik Najib sendiri pasti hancur lebur di persada antarabangsa.

Lebih dasyat, jika rakyat seluruh negara akan bangun dan menyemarakkan 901 bagi menuntut Anwar dibebaskan jika keputusan mahkamah memenjarakannya.

Maka dengan itu Anwar perlu dibebaskan.

Berikut ialah rakaman dari pelbagai sumber yang tak sempat disiarkan di dalam liputan pagi tadi:






















6 ulasan:

Martoiriat berkata...

Salam GB..
Jika dilihat dari gambaran himpunan rakyat yang datang tua dan muda sungguh menakjubkan tanda memberi sokongan moral dan simpati pada Anwar. Sedih pilu yang ada apabila Anwar dibebaskan.Pada mulanya saya sendiri kaget di atas keputusan itu dan rasa tidak percaya. Saya anggap "by hook or by crook" Anwar tetap akan dipenjarakan kerana Anwar merupakan liabiliti kepada UMNO-BN dan Najib. Setelah melalui pelbagai liku dan cabaran dalam dunia politik sejak bertahun-tahun lalu. Akhirnya dengan kuasa tuhan berkat dan doa keseluruhan rakyat, Anwar dibebaskan. Manusia cuma merancang, tuhan yang menentukan. Perancangan tuhan adalah sebaik-baiknya.

Keputusan tersebut bukan sahaja kemenangan bagi Anwar dan keluarganya, tetapi merupakan kemenangan seluruh rakyat Malaysia yang berbilang bangsa yang cintakan keadilan dan kebenaran. Suara Rakyat.. Suara Keramat..Semoga kita ke Putrajaya.

Tanpa Nama berkata...

memang anuar bebas dari tuduhan...
tapi aku sentiasa teringat apa yang berlaku atas bekas menteri besar perak, mohd nizar...

abu....

Tanpa Nama berkata...

Lebih baik tersilap membebaskan 100 banduan yang bersalah daripada tersilap menghukum seorang yang sebenar-benarnya tidak bersalah.

Tanpa Nama berkata...

memang cantik ulasan GB

Tanpa Nama berkata...

Alhamdulillah, selesai bab 1.
Ramai ahli persatuan tak sokong persatuan, tak pangkah persatuan kerana adanya segelintir pemimpin persatuan yang tidak bersih. Rakyat tak suka dengan pemimpin yang tunjuk kekayaan, apatah lagi kalau menunjuk2, walaupun diperolehi dengan kumpul duit dari sekolah rendah ! Maruah akan kembali kalau berani menurunkann mereka ini, bukan pecat tapi suruh turun je. Turunkan mereka yang ada bela lembu, yang jadi asnaf ke sembilan, yang jaga duit petani, yang isap curut sebatang dekat RM200 , yang buat rumah besag boleh muat 50 orang tapi duduk 5 orang je.... macam tu la.
Malaysia Boleh !

samagreen berkata...

Skrg keadaan dah tenang krana Anwar dibebaskan!! Tapi ada pula yg bergelora krana Hasan Ali disingkirkan!!