27 Dis 2011

[Video & Bergambar] Pantai Teluk Lipat, Dungun Teruk Dilanda Hakisan

Dungun - Kejadian air pasang dan ombak besar yang melanda sebahagian pantai di negeri ini dilaporkan antara yang terburuk pernah berlaku sejak 50 tahun lalu.

Antara daerah yang teruk dilanda fenomena itu yang dijangka berlarutan sehingga awal Januari depan ialah Dungun dengan hampir sebahagian pesisir Pantai Peranginan Teluk Lipat dihakis ombak besar.

Tinjauan Bernama mendapati bukan sahaja berpuluh-puluh batang pokok Rhu tumbang malah sebahagian jalan utama yang menghubungkan pengguna jalan raya ke sebuah institusi pendidikan dekat sini turut rosak dipukul ombak.

Ombak kuat setinggi lima meter yang memukul pesisir pantai sepanjang tiga kilometer itu meruntuhkan jalan raya berkenaan sehingga memaksa ia ditutup kepada semua kenderaan untuk mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku.

Seorang pengusaha kedai makan, Ahmad Fauzi Ismail, 50, berkata, keadaan jalan raya runtuh sikit demi sedikit akibat hakisan itu yang dikesan berlaku sejak empat hari lalu. - BERNAMA








kredit gambar dan video kepada malaysiaberih

Tiada ulasan: