3 Dis 2011

SAH: 13 Produk Makanan KR1M Tak Penuhi Spesifikasi Peraturan Kawalan Makanan 1985

Kementerian Kesihatan mengesahkan bahawa sejumlah 13 jenis produk yang dijual di Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) tidak menepati spesifikasi Peraturan Kawalan Makanan 1985 dan tindakan telah diambil untuk memastikan ia dikeluarkan daripada rak-rak jualan.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong berkata, produk-produk itu ialah susu segar, susu sejat, susu pekat manis, sos tiram, jem buah-buahan, kari ayam tin, kordial mangga, minyak sapi, kacang tanah, mentega kacang berkrim,mentega kacang ranggup, sardin tin, dan soso tomato.

Katanya, produk-produk ini juga tidak menepati spesifikasi penglabelan, komposisi produk dan tidak menepati aspek keselamatan makanan.

Liow juga berkata, ekoran dari itu, pihak kementerian turut menjalankan pemeriksaan ke atas 30 kilang yang membekalkan makanan-makanan berkenaan ke kedai KR1M.

Beliau menyatakan pihak kementerian juga telah mengambil 93 sampel dari 43 produk makanan yang dijual di KR1M untuk tujuan analisis.

Katanya lagi, Kementerian Kesihatan akan terus memantau kualiti makanan yang dijual di kedai KR1M dan konsumer yang mempunyai maklumat ke atas sebarang produk yang meragukan supaya menghubungi pihak berkuasa dengan serta merta.

Isu mengenai kualiti produk yang dijual di KR1M yang tidak mematuhi spesifikasi yang ditetapkan oleh kementerian telah dibangkitkan oleh ahli parlimen DAP, Tony Pua baru-baru ini.

Dalam hubungan ini, kata Liow tindakan Tony Pua mengumumkan tentang perkara tersebut secara terbuka telah menjejaskan pihak berkuasa menjalankan siasatan kerana apabila pemeriksaan dilakukan sebahagian daripada produk yang meragukan itu telah pun dikeluarkan dari rak jualan.

Bagaimanapun Liow berkata, pihak kementerian telah berjaya mengesan siapakah pihak yang mengeluarkan produk-produk makanan itu.

Tambah beliau dari Januari hingga Ogis tahun ini, 125,709 barangan yang dibawa masuk ke Malaysia telah diperiksa di bawah Sistem Maklumat Keselamatan Makanan.

“Hasil siasatan dan ujian mendapati, 1.1% daripada barangan ini didapati melanggar Akta Makanan 1983 dan Peraturan Kawalan Makanan 1985,” ujarnya.

Untuk produk tempatan pula, 41,518 sampel telah diambil dari Januari hingga September tahun ini dan daripadanya 4.9% telah didapati melanggar Akta Makanan 1983 dan Peraturan Kawalan Makanan 1985.

Ulasan GB

Apa yang dilaporkan oleh blog ini sebelum ini bahawa produk-produk 1M bukan sahaja mahal malah merbahaya ADALAH SAHIH DAN BENAR.

Yang anehnya sekali pun Menteri kesihatan menyatakan pihaknya mengesahkan 3 jenis produk yang dijual di Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) tidak menepati spesifikasi Peraturan Kawalan Makanan 1985, tetapi terus menyalahkan pengadunya, Tony Pua dengan mmenyatakan tindakan Tony Pua mengumumkan tentang perkara tersebut secara terbuka telah menjejaskan pihak berkuasa menjalankan siasatan kerana apabila pemeriksaan dilakukan sebahagian daripada produk yang meragukan itu telah pun dikeluarkan dari rak jualan.

Kamu sepatutnya mendapatkan sampel itu daripada pengeluar, tidak semestinya dari rak jualan.

Sebarang produk yang meragukan sepatutnya yang belum menerima pengesahan perlu dikeluarkan dari rak jualan SERTA MERTA.

Ni apa punya binatang Kementerian Kesihatan melihat isu ini dari sudut politik dan kepentingan UMNO/BN semata-mata bukan dari sudut keselamatan dan kesihatan pengguna keseluruhannya?


Laporan sebelum ini
klik untuk baca


4 ulasan:

Awanama berkata...

kalau tony pua x dedahkan, bila dah masuk dalam perut pengguna, baru nak keluarkan untuk diperiksa ke, bangsat punya umno.

Awanama berkata...

Perkara yang perlu direnung bersama :
1. Ada kemungkinan produk makanan yang dijual di KR1M merupakan makanan tamat tempoh. Bukan susah nak buat cuma tukar bungkusan.

2. Warga asing juga menikmati barangan bersubsidi. Jadi apa bezanya warga Malaysia dengan warga asing? Patutnya warga asing perlu bayar harga tanpa subsidi. Contoh petrol harga untuk warga Malaysia sama dengan harga untuk warga asing. Kalau macam itu bermakna subsidi yang dicanangkan hanyalah retorik sahaja kerana realitinya subsidi tak pernah wujud.

SOKONG PAS berkata...

HABIS ROSAK... ANGKARA MEREKA

Awanama berkata...

Berhati-hati membeli barang makan minum di KR1M.