12 Nov 2011

[WASPADA] Barangan KR1M Sudahlah Lebih Mahal, Kualitinya Pula Rendah

Selepas mendakwa harga barang di Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) lebih mahal dari pasar raya besar, Pakatan Rakyat (PR) kali ini, mendedahkan sembilan produk di kedai terbabit tidak berkualiti.

Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua berkata, hasil ujian makmal dilakukan ke atas sampel produk mendapati, isi kandungannya tidak menepati piawaian, ditetapkan di bawah Akta Makanan 1983 dan Akta Peraturan-peraturan Makanan 1985 (Akta 281).

Menurutnya, sembilan produk didakwa adalah sos tiram, jem nenas, ais krim, susu sejat, krimer pekat manis, minyak sapi, susu segar, sardin dan kari ayam (makanan dalam tin).

“Kandungan sos tiram, hanya mengandungi 0.6 peratus protein, berbanding kadar minimum 2.5 peratus ditetapkan di bawah Akta Peraturan-peraturan Makanan 166A (1).

“Manakala kandungan buah-buahan dalam jem nenas, menghendaki 35 peratus kan-dungan buah, sebaliknya hanya 8.87 peratus,” katanya di KR1M di Bandar Tun Razak, semalam.

Beliu berkata, kerajaan harus mengkaji dan menilai semula kandungan, selain kesalahan label produk tidak mengikut akta ditetapkan.

“Sekiranya perlu, produk tersebut wajar ditarik balik daripada berada di pasaran,” katanya. -SH

Ismail Sabri Nafi Harga Produk KR1M Lebih Mahal

KUALA LUMPUR: Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan menafikan dakwaan Anggota Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua yang mendakwa harga produk 1Malaysia di kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) lebih mahal berbanding harga di pasar raya tempatan. Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata dakwaan pembangkang itu merupakan sesuatu yang tidak berasas kerana mereka (pembangkang) tidak membandingkan harga produk KR1M dengan harga barangan produk berjenama sedia ada.

"Sebaliknya pihak pembangkang membandingkan harga produk KR1M dengan jenama persendirian dari pasar raya Carrefour Big Savers yang sememangnya berbeza sama sekali.

"Sebarang perbandingan harga mestilah dibuat mengikut kaedah 'apple to apple' atau pun barangan yang benar-benar sama sahaja baik dari segi berat, pembungkusan, dan yang paling utama adalah kualilti," katanya kepada pemberita di sini, Khamis.

Beliau mengulas kenyataan Tony Pua pada Rabu yang mendakwa tinjauan harga yang dibuat di KR1M dan pasar raya Carrefour menunjukkan perbezaan harga yang kecil malah ada sesetengah produk di Carrefour lebih murah berbanding di KR1M.

Ismail Sabri turut menegaskan sejak dari awal lagi kementeriannya telah menetapkan harga produk KR1M 30 hingga 50 peratus lebih murah berbanding harga produk berjenama bukannya produk persendirian mana-mana pasar raya yang ada. Beliau berkata pembangkang juga cuba mengelirukan pengguna dengan membandingkan produk KR1M dengan produk yang berlainan jenisnya, berbeza dari segi isi kandungan (berat dan isipadu), maklumat khasiat, serta promosi yang dilakukan.

"Saya ambil contoh yang paling mudah, durian Musang King perlulah dibandingkan dengan durian Musang King bukannya dengan durian kampung atau jenis durian lain yang ada.

"Di sini jelas menunjukkan bagaimana pembangkang cuba memutar-belitkan sesuatu perkara dengan membuat perbandingan palsu antara produk KR1M dengan produk yang tidak sepatutnya kerana sudah tentu harganya berbeza," katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai kenaikan harga beberapa barangan keperluan harian akibat banjir besar yang melanda Thailand, Ismail Sabri menegaskan pihak kementerian sentiasa membuat pemantauan bagi menjamin hak dan kepentingan pengguna.

"Setakat ini, kementerian perlu menunggu maklum balas mengenai harga import barangan seperti sayur, beberapa jenis ikan dan beberapa lagi barangan keperluan harian lain dari pihak Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani kerana urusan itu di bawah bidang kuasa mereka," katanya. - BERNAMA


Ulasan GB

Jika Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Ismail Sabri mendakwa bahawa produk KR1M lebih mahal kerana ia berkualiti, maka pihak PR telah membuktikan, dengan menghantar beberapa sampel produk untuk disemak di makmal, di dapati kualiti produk-produk yang dijual di KR1M juga tidak mengikut piawaian di bawah Akta Peraturan-peraturan Makanan 166A (1).

Kementerian jangan menyangka semua rakyat boleh diperbodohkan.

Zaman ini zaman dimana pengguna berhak dan bebas membuat penilaian ke atas produk-produk yang berada di pasaran.

GB mencadangkan kepada PR, dengan laporan ujikaji yang telah ada, laporan polis dibuat kerhadap kementerian dan menteri yang bertanggungjawab terhadap KR1M kerana menjual barangan yang bukan sahaja mahal tetapi kualiti yang tidak menepati piawaian di Akta Peraturan-peraturan Makanan 166A (1).


Laporan sebelum ini
sila klik untuk baca



2 ulasan:

Awanama berkata...

Kroni mana yang dapat tender kedai 1 Malaysia ni? Cepat kayalah dia.Yang jadi mangsa rakyat jugak.Didarat kena baham harimau,diair kena baham buaya.Itu pun tak sadar lagi.

Awanama berkata...

KR1M sesuai untuk ahli UMNO sahaja kerana mereka ini susah dan merempat di mana UMNO kuat. Ahli UMNO memang suka dan perlukan bantuan sesuai sangatlah mereka membeli di KR1M.