6 Dis 2011

Rakyat Perlu Tahu Kejayaan Negeri-negeri Dibawah Pentadbiran Pakatan Rakyat

Sebarkan kejayaan kerajaan-kerajaan negeri Pakatan ke seluruh negara

SHAH ALAM, 5 DIS – Mencerca para UMNO-Barisan Nasional sahaja tidak akan membawa kemenangan dan ia tidak patut menjadi amalan politik Pakatan Rakyat, kata Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim.

Beliau menjelaskan, apa yang perlu ditingkatkan oleh para pemimpin Pakatan Rakyat ialah menunjukkan dan memperjelaskankan lagi perkara-pekara baik yang telah dan bakal dilaksanakan oleh Pakatan demi kepentingan rakyat.

“Inilah reformasi, bukan sahaja reformasi politik tetapi juga reformasi ekonomi. Kita buat kerja kerana rakyat, kerana hendak bangunkan ekonomi rakyat.

“Di Selangor, kita mulakan dengan program merakyatkan ekonomi negeri, dan ini bermakna rakyat yang tentukan pengurusan ekonomi, saya cuma pengurus sahaja.

“Kalau rakyat tidak suka seseorang pengurus itu, rakyat berhak menukarnya kerana itulah kuasa rakyat,” katanya menjelaskan budaya politik baru yang perlu menjadi amalan semua pihak.

Menurutnya, kritikan terhadap kerajaan berbeza dengan mencerca pemimpin kerana cercaan tidak dapat menyelesaikan masalah rakyat.

Berucap di hadapan 10,000 hadirin dalam satu perhimpunan rakyat di sini malam tadi, Khalid yang juga Adun Ijok berkata bahawa pada zaman pemerintahan UMNO-BN di Selangor, tidak pernah ada program untuk merakyatkan ekonomi.

“Sebagai sedikit contoh, sebelum 2008, Selangor kelam kabut kerana tiada sistem teratur bagi khairat kematian, malah kebanyakan rakyat pun tidak tahu akan skim itu.

“Tetapi dengan skim Pakatan, kita terus keluarkan duit dari belanjawan negeri dan masukkan ke dalam bank warga emas,” katanya.

Di majlis yang sama, Exco Kanan kerajaan Selangor Teresa Kok berkata, sewaktu Pakatan mengambil alih Selangor selepas menerima mandat rakyat yang menolak UMNO-BN pada 2008, simpanan tunai kerajaan negeri cuma berjumlah RM637 juta.

“Sekarang selepas tiga tahun, hasil usaha pendtabiran bersih dan cekap Pakatan, simpanan kita sudah mencecah RM1.5 bilion.

“Inilah bukti kita pandai menjaga wang rakyat. Sebab itu UMNO takut dan jadikan DAP sasaran kerana mereka hendak goncang perpaduan Pakatan yang telah terbukti berjaya membantu rakyat,” katanya.

Jelas Teresa yang Pengerusi DAP Selangor, beliau agak malu kerana sebagai seorang pemimpin yang lantang menuntut hak wanita, masih ada pemimpin wanita yang korup.

“Saya selalu sebut, pilih calon wanita kerana lebih telus, jujur… Tetapi selepas skandal salah guna wang ternak lembu NFC yang melibat seorang Menteri Wanita, saya rasa sangat malu,” kata Adun Kinrara itu.

Beliau menjelaskan, segala kutukan pemimpin dan perwakilan UMNO dalam perhimpunan agung parti itu baru-baru ini terhadap DAP hanya bertujuan menutup pekung dan masalah fidlot NFC keluarga menteri berkenaan. – Roketkini

6 ulasan:

Waris berkata...

Masalahnya sekarang ialah penyebaran maklumat tidak sampai kpd rakyat hingga ke akar umbi. Hanya rakyat yang celik maklumat saja yg dapat mengetahui apa yg dilakukan oleh kerajaan PR. Bagaimana dengan golongan melayu hutan yang masih menganggap umno itu tuhan mereka?

Golongan hutan ni begitu ramai. golongan inilah yg akan menentukan umno masih berkuasa hingga hari ini. tanpa mereka umno sudah lama tersungkur.

Ahli politik PR juga jgn terlalu perasan rakyat akan menyokong kami selamanya. Yg menyokong pasti menyokong kamu semua hanyalah ahli parti kamu.

ketua-ketua penerangan PR perlu bijak mencari medium yg sesuai utk menembusi minda rakyat bawahan. perlu diingat bahawa PR tiada media. masih terlalu ramai golongan hutan yg tidak mengenali apa itu internet. masih ramai yg menganggap internet itu hantu.

Contohnya berkenaan buku jingga. Sampai hari ini saya tak pernah nampak bagaimana rupabentuk buku jingga tu walaupun duduk di kawasan PR. bila berbual dgn org politik asyik cerita pihak sana tak betul. kami saja betul.

Fikir-fikirkanlah.... kami rakyat mahu yg terbaik dari pemerintah. Kalau sama dgn umno baik tak paysh

Tanpa Nama berkata...

sokong waris.
betul & tepat.
buku jingga cetak banyak2.
skandal bn/umno cetak banyak2.
kejayaan pr cetak banyak2.
macam2 lagi cetak banyak2.
edar ke seluruh negara.
biar rakyat tau.
barulah betul & tepat.
buat sekarang.
pru13 dah dekat.
jangan tunggu lama2.

therace berkata...

biarlah Pakatan menang sebab kita kuat, bukan kerana Barisan lemah. Pimpinan Pakatan elakkan dari termakan budaya Barisan yg mencaci dan mencerca pimpinan Pakatan.

hussein berkata...

Masalah penyebaran maklumat dan informasi ni,adalah salah satu kelemahan negeri-negeri pemerintahan Pakatan Rakyat.Perancangan dan implementasi MISnya(Managing Information System) lemah dan tidak menyeluruh.Kelantan yang sudah diperintah lebih dari 20 tahun pun pengurusan penyebaran maklumatnya tidak begitu lancar dan berkesan.Ini kerana orang-orang yang mengendalikan Penerangan bukan "ahli" tetapi sekadar diambil dari jentra parti yang kurang faham mengendalikan "jentra memerintah".Kerana begitu lama menjalankan "kerja pembangkang" tatkala jadi pemerintah sudah tenggelam punca dan masih punya mentaliti pembangkang.Ini hakikatnya.

Waris berkata...

bukan ke kat malaysia ni majoritinya menggunakan telefon bimbit? Kenapa tak ada sorang pun terfikir bagaimana nak buat sms blasting? Hantar sms menerangkan apa perkhidmatan yg ada pada rakyat. Jgn pulak berpolitik guna sms sbb nanti penyokong umno akan menyampah.

beli server serta gajikan beberapa orang utk kerja khusus ni. Jgn pulak ada yg menangguk di air keruh nak buat duit pulak utk projek ni. Oleh itu jangan beri projek ni pd org politik. Beri pada ahli komunikasi. Aku rasa kosnya tak lebih dari RM100,000 di mana ianya terlalu kecil utk billion dollar state mcm selangor.

pippo berkata...

Noted...ceewah..macam aku plak PRO Pakatan...tapi ape salahnye untuk kite same2 sampai kan ape2 yg patut...