31 Dis 2011

Abang Terkejut ‘Beruk’ Adik Buat Maksiat Dengan Minah Indon Di Rumah Sewa

Melaka: Seorang adik sanggup menjadikan rumah sewa di Taman Selendang, Batu Berendam, di sini, yang dikongsi bersama abangnya sebagai ‘lubuk maksiat’ apabila ‘menyeludup’ teman wanitanya ke kediaman berkenaan bagi melampiaskan nafsunya.

Dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi, lelaki berusia 28 tahun itu terpinga-pinga apabila sekumpulan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) memeriksa rumah itu selepas mendapat aduan seorang wanita bukan muhrim dilihat masuk ke kediaman berkenaan.

Pemeriksaan di dalam bilik adiknya berusia 22 tahun itu menemui teman wanitanya yang juga seorang warga Indonesia berusia awal 20-an menyorok di dalam tandas dalam keadaan bogel.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa Agama Jaim, Rahimin Bani, berkata berdasarkan maklumat sepasukan anggotanya ke lokasi berkenaan dan setibanya di kediaman terbabit, mereka mengetuk pintu sebelum dibuka oleh abang suspek.

Katanya, pemeriksaan lanjut di tingkat atas anggotanya mendapati sebuah bilik yang bertutup dan ia dibuka seorang lelaki separuh bogel dan yang hanya memakai tuala paras pinggang.

“Pemeriksaan lanjut menemui ada seorang wanita berada di dalam tandas dalam keadaan mengaibkan dan soal tanya mendapati kedua-duanya bukan muhram.

“Pasangan terbabit terus ditahan untuk siasatan lanjut dan abang kepada suspek berkenaan turut terperanjat kerana mendakwa langsung tidak mengetahui adiknya menyembunyikan teman wanitanya di biliknya,” katanya, di sini, semalam.

Rahimin berkata, soal siasat mendapati pasangan terbabit mengakui sudah terlanjur ketika berdua dalam rumah berkenaan beberapa kali selain memberitahu baru saja selesai melakukan hubungan seks.

Katanya, kedua-dua mereka adalah pekerja industri di kilang sama dan sudah berkenalan kira-kira tiga bulan lalu sebelum menjalin hubungan. “Kedua-dua pasangan berkenaan ditahan mengikut Seksyen 53, Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991, kerana bersekediaman dengan bukan muhram.

“Sabit kesalahan boleh didenda sebanyak RM3,000 atau penjara selama 24 bulan atau kedua-duanya sekali,” katanya. -hm

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

'Sabit kesalahan boleh didenda sebanyak RM3,000 atau penjara selama 24 bulan atau kedua-duanya sekali'

hanya ini tindakan utk mereka yg dah terang2 berzina??? cuma itu??
sedih22...

Tanpa Nama berkata...

lagi lagi lagi sedih, yg kahwin kat thailand, kena denda lagi byk... apa punya turrr... kerajaan malaysia ni..

Tanpa Nama berkata...

Laksanakan lah undang islam ( hudud ) sebab negara ni negara islam malu la kat org yang bukan islam.

Undang2 Kerajaan Bodoh berkata...

RM3000? hek eleh... ak bole sapot la. murah je tu... terlanjur 2-3kali pon ak OK lagi

Tanpa Nama berkata...

hukum bidaah....yaaa....Malaysia Boleh!!!