15 Nov 2011

Pemimpin UMNO Tempelak Shahrizat, Kalau Nak Bela Lembu Jangan Jadi Menteri!

Lagi pemimpin Umno desak Shahrizat letak jawatan

Keluarga Ketua Wanita Umno itu kini berdepan tuduhan menyalahguna dana RM250 juta dari NFC termasuk membeli kondominum berharga RM9.8 juta.

PETALING JAYA: Selepas Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Bung Mokhtar Radin, beberapa pemimpin Umno-Barisan Nasional (BN) lain juga mahu Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil meletak jawatan sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Keluarga Ketua Wanita Umno itu kini berdepan tuduhan menyalahguna dana RM250 juta dari National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC) termasuk membeli seunit kondominium One Menerung Bangsar dekat Kuala Lumpur berharga RM9.8 juta.

Semalam Bung Mokhtar meminta Shahrizat meletakkan jawatan sebagai menteri kerana telah menyusahkan Umno.

Ketika dihubungi, Ketua Umno Bahagian Padang Besar, Datuk Zahidi Zainul Abidin menegaskan jika Shahrizat mahu berniaga lembu beliau tidak perlu menjadi menteri.

“Macam mana ni? Menteri mahu, Senator mahu, Ketua Wanita Umno mahu dan jadi peniaga lembu pun mahu. Shahrizat patut pilih satu sahaja. Kalau nak bela lembu jangan jadi menteri,” katanya.

TPM pertahan Shahrizat

Pandangan sama diberikan Setiausaha BN Wilayah Persekutuan Datuk Syed Ali Alhabshee yang juga ketua Umno Bahagian Cheras dengan kenyataan ringkas beliau, “Shahrizat perlu letak jawatan.”

Bagaimanapun laporan terbaru hari ini, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Shahrizat tidak perlu meletakkan jawatan menteri.

Pandangan sama diberikan mantan Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi yang berkata isu itu patut diajukan kepada suami Shahrizat.

Sebelum ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Menteri Pertanian dan Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar tampil mempertahankan Shahrizat. -FMT

8 ulasan:

Awanama berkata...

dio mahu jadi wanita serba boleh bro....yg selalu najib duk ckp...wanita sekrang serba boleh...

Awanama berkata...

BOLEH BLAHHHHHHHHHHHHHH

hairan berkata...

biasa lah itu mmg ciri2 orang BN... GILA KUASA !!!!

aku teringin nk tgk menteri2 kita nih mcm menteri2 JEPUN yang cepat2 letak jawatan kalo buat salah... tapi menteri2 gila kuasa kita semuanya kalo boleh nak jadi menteri sampai mati... agaknya semua nk jadi mcm gadafi libya tuh kot????

Awanama berkata...

Mana ada orang ameno tak tamak.

Ahmad Zaki @ abuateif berkata...

perkara biasa dlm umno...klu bersih tu namanya bln umno...yg pertahankan shahrizat psl depa takut sharizat bocor luar dalam umno

Awanama berkata...

Kenyataan Muhyiddin hari ini(dalam akhbar tempatan)menyatakan Shahrizat tak boleh disalahkan kerana syarikat itu adalah milik keluarga Shahrizat bukan milik Shahrizat,satu kenyataan yang dangkal dan bangang.Dari segi undang-undang terbukti ini sudah ada conflict of intrest - macam mana keluarga seorang menteri boleh dapat projek yang begitu besar.Kalau ini bukan rasuah dan salah guna kuasa,nak cakap apa?

Awanama berkata...

Buang sahaja UMNO dan Barisan Nasional pada PRU-13 dan beri peluang Pakatan Rakyat membuktika wibawa kepimpinan dan pengurusan mereka pula. Tak diberikan peluang jagan cakap orang tak berkeupayaan sedangkan UBN dah begitu lama dalam peluang dan terbukti menyalahgunakan peluang itu.

Pakatan Rakyat akan pemacu transformasi tak menjadi si najib.

Awanama berkata...

caught with pants down...sudah terang lagi bersuluh..apa lagi mau back-up.

salah tetap salah...