6 Nov 2011

Nong Chik Ini Siapa Yang Pilihnya Sebagai Wakil Rakyat?

Nafi peranan Selangor, menteri berlagak hero

KUALA LUMPUR, 5 Nov: Dewan Pemuda PAS Titiwangsa (DPPKT) menyelar sikap sombong Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Senator Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin dalam isu pentadbiran Lembaga Pentadbir Penempatan Pertanian Melayu (MAS).

Menurut ketuanya, Mohamad Suhaimi Abdul Aziz, Nong Chik dalam kenyataannya hari ini dengan angkuh menolak penglibatan kerajaan negeri Selangor dalam MAS dan menganggap Wilayah Persekutuan sahaja punyai autoriti terhadap MAS.

"DPPKT menganggap Datuk Raja Nong Chik cuba berlagak hero dengan menafikan peranan Kerajaan negeri Selangor dan kuasa Menteri Besar Selangor terhadap MAS dan Kampung Baru.

"Seolah-olah beliau sahaja layak untuk bercakap soal Kampung Baru dan pentadbirannya," katanya.

Hakikatnya menurut beliau, Menteri Besar Selangor masih berkuasa terhadap Kampung Baru berdasarkan Peraturan Penempatan Pertanian Melayu 1951 [The Malay Agricultural Settlement Rules 1951] Warta Negeri Selangor No.50/1951.

Tambahnya, kaedah-kaedah Peraturan Penempatan Pertanian Melayu 1951 tersebut masih tidak dibatalkan atau dipinda atau digantikan dengan undang-undang yang diluluskan Parlimen, dan oleh itu ia masih lagi berkuatkuasa sehingga hari ini.

Kawasan MAS seluas lebih kurang 221.5 ekar ini adalah kawasan penempatan bagi orang-orang Melayu dan telah diwujudkan melalui perizaban tanah di bawah Seksyen 6 Enakmen Tanah Selangor 1897, yang mana Enekmen Tanah ini tidak pernah dimansuhkan walaupun dengan wujudnya Kanun Tanah Negara pada tahun 1965.

"Bagaimana beliau boleh menafikan penglibatan Menteri Besar Selangor dalam Kg Baru sedangkan ia telah tersurat sejak sekian lama.

"Menolak penglibatan Menteri Besar Selangor terhadap MAS menunjukkan ada unsur campurtangan politik dalam MAS sendiri.

"Rakyat melihat betapa rakusnya Menteri Wilayah Persekutuan dalam menentukan isu Kampung Baru, seolah-olah nasib dan masa depan kampung tersebut ada ditangannya," katanya tegas.

Menurut Suhaimi, jika benar Nong Chik tiada niat unsur politik dalam isu Kampung Baru, sebaiknya beliau duduk berbincang bersama dengan Kerajaan Selangor memandangkan ia berkait dengan undang-undang yang melibatkan Kerajaan Selangor dengan Wilayah Persekutuan.

Nong Chik ujarnya, perlu menunjukkan keikhlasan beliau untuk membangunkan Kampung Baru dengan mengajak semua pihak termasuk pembangkang duduk semeja bagi membincangkan masa depan pentadbiran kampung tersebut.

"Seharusnya beliau insaf dan malu dengan kerajaan Selangor yang berusaha menyelamatkan tanah warisan orang Melayu itu dengan pelbagai inisiatif yang dilakukan terhadap penduduk termasuk MAS.

"Sepatutnya RUU PPKB 2011 tersebut dibincangkan dulu dengan penduduk Kampung Baru dan penduduk diberikan salinan undang-undang tersebut untuk pemahaman mereka sebelum Menteri secara gelojoh dan tergesa-gesa meluluskan RUU PPKB 2011 hanya 2 hari selepas ia dibentangkan di Dewan Rakyat," tambahnya lagi. -HD

MAS Kg Baru di bawah Wilayah Persekutuan bukan Selangor, kata Raja Nong Chik
Oleh Syed Mu’az Syed Putra November 04, 2011
KUALA LUMPUR, 4 Nov — Senator Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin menegaskan pentadbiran Tan Sri Khalid Ibrahim tidak mempunyai kuasa ke atas Lembaga Pentadbir Penempatan Pertanian Melayu (MAS).

Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar ini menambah selama ini segala hal berkaitan MAS termasuk lantikan keangotaan badan itu terletak di bawah bidang kuasa Wilayah Persekutuan bukan Selangor.

“MAS bukan di bawah bidang kuasa Selangor tapi Wilayah Persekutuan, selama ini semua kuasa sejak daripada dulu diberikan kepada Wilayah Persekutuan...Pengerusi Mas adalah pengarah DBKL (Dewan Bandaraya Kuala Lumpur).

“Jadi soal kuasa itu tidak timbul. Saya punya saranan supaya Selangor bangunkan kawasan mereka, banyak lagi kawasan yang mundur dan tak perlu nak campur soal tempat lain,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Majlis Penyerahan Lembu Korban dan Sumbangan Kewangan Masjid dan Surau sempenan sambutan Hari Raya Aidiladha di Masjid Saidini Abu Bakar As-Siddiq di sini.

Kata Raja Nong Chik (gambar), tindakan kerajaan negeri Selangor dan Pakatan Rakyat yang masuk campur dalam urusan pembangunan Kampung Baru akan menyebabkan rakyat keliru.

“Rakyat akan jadi keliru, nanti ia tak dapat dimajukan kalau ada campur tangan pihak lain yang ada kepentingan politik.

“Bagi kita tidak ada soal politik, saya sendiri tidak tahu apa yang saya lakukan ini akan berikan kesan politik atau tidak. Jadi saya harap mereka tidak campur dengan politik, biar orang Kampung Baru tentukan,” katanya.

Pada penghujung bulan lalu, Pengerusi Sekretariat Pembangunan Kampung Baru Ahmad Zambri As’ad Khuzami mendakwa rombakan MAS akan dilakukan atas kuasa yang ada pada Menteri Besar Selangor berdasarkan peruntukan yang terdapat dalam Enakmen Tanah Petempatan Pertanian Melayu 1950.

“Rombakan MAS ini akan dilaksanakan dengan kuasa yang ada pada Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim sepertimana yang tertakluk di bawah enakmen sedia ada yang berada di bawah bidang kuasa negeri.

“Menteri Besar berkuasa melantik empat orang ahli manakala baki tujuh lagi merupakan ketua kampung yang akan dipilih berdasarkan suara dan pilihan penduduk kampung masing-masing,” jelasnya.

Bagaimanapun Setiausaha Kehormat MAS Shamsuri Suradi menegaskan Menteri Besar Selangor tidak mempunyai kuasa veto untuk berbuat demikian.

Menurut Raja Nong Chik, bantahan yang dikemukakan pembangkang terhadap penubuhan Perbadanan Kampung Baru tidak mempunyai asas selain mempunyai unsur politik.

“Seperti yang saya katakan kita tidak mempunyai kepentingan politik untuk bangunkan Kampung Baru. Apa yang kita lakukan adalah demi orang Kampung Baru,” katanya -TMI


Ulasan GB

Raja Nong Chik wakil rakyat mana? Kerusi mana yang dimenangi di dalam PRU yang lalu? Sekadar dilantik menjadi menteri di atas tiket senator, kini cuba menafikan kuasa seuah kerajaan yang dipilih oleh rakyat secara sah?

Memang dasar tak sedar diri dan muka tak tahu malu!

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Menteri gopoh. Kalau tak silap saya, Kg. Baru sengaja diwujudkan mengikut peruntukan Malay Agricultural Settlement (MAS) supaya orang2 Melayu kekal berada di sekitar Bandaraya Kuala Lumpur yang dijadikan milik Persekutuan. Kg Baru masih kekal di bawah Selangor. Takkan menteri ini buta.

Tanpa Nama berkata...

Mahkamah. Pakatan perintah maka wakil sah penduduk Kg. Baru seret dia ke mahkamah. Jangan biar si raja itu bermaha-raja-lela pulak.

anakjatikg.baru berkata...

Raja Beruk ni sebenarnya tak faham atau buat-buat tak faham,dulu Wilayah Persekutuan ni Selangor yang punya.Tanah Putrajaya tu pun dulu Selangor yang punya.Kampong Baru dinamakan Malay Agriculture Settlement,gran tanahnya warna merah,adalah kurnia Sultan Selangor(kalau tak silap Sultan Abdul Samad)kepada penduduk Melayu,agar orang Melayu tetap punya tapak diKuala Lumpur.Gran Merah ini tidak termasuk dalam mana-mana ceraian dalam Akta Tanah Negara yang dicipta oleh Mahathir Kutty untuk merampas tanah Orang Melayu.Soal tanah Kampong Baru wajar dirujuk kepada Sultan Selangor/Kerajaan Negeri Selangor.Ini hakikatnya yang Raja Beruk ni tak faham.

Tanpa Nama berkata...

Tolak BN. Si raja tuh akan turut hanyut sama.

Tanpa Nama berkata...

Suruh dia pantau semua jalanraya dalam wilayah persekuan dulu tengok bagaimana keadaannya. ada kah sempurna jalan2 tersebut,tak payah suruh dia sibuk dengan perkara2 yang lebih besar. Jalan berlobang merata-rata.DBKL yang tau buat lampu isyarat saja, tak boleh ada simpang tiga

Tanpa Nama berkata...

ini muka UMNO yang nak jual kampung baru...