12 Okt 2011

WASPADA: JPJ Pantau Kereta Pasang Lampu Putih (HID)

Dungun: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) negeri Terengganu akan mempertingkatkan pemantauan terhadap pemasangan lampu putih (HID) pada kereta yang setakat ini mengesan 30 kes penggunaan lampu itu.

Pengarah JPJ Terengganu, Abdul Rahman Emang Anyie berkata pihaknya memandang serius penggunaan lampu ini kerana ia tidak mengikut spesifikasi yang ditetapkan.

"Kita tidak akan berkompromi dengan mana-mana pemilik kenderaan yang menggunakan lampu ini pada kenderaan dan notis akan dikenakan terhadap mereka, jika ingkar notis boleh dikenakan kompaun.

"Kami melihat pemilik yang memasang lampu putih ini mementingkan diri sendiri tanpa memikirkan akibat kepada orang lain sedangkan ia boleh menyebabkan silau dan membahayakan keselamatan pengguna jalan raya yang lain," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita semasa Ops Bersepadu di hadapan Stesen Timbang Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Bukit Besi di sini malam Selasa. Menurut Abdul Rahman, pihaknya percaya penggunaan lampu ini juga merupakan salah satu faktor kepada punca kemalangan.

Dalam operasi itu sebanyak 137 saman dan notis arah periksa dikeluarkan terhadap pengguna jalan raya atas pelbagai kesalahan.

Operasi yang bermula pukul 3 petang dan berakhir tengah malam itu disertai 130 anggota dan pegawai daripada pelbagai agensi seperti polis, Jabatan Alam Sekitar (JAS), Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat (SPAD). -BERNAMA

8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

sokong...mmg silau..

Tanpa Nama berkata...

Aku dah hilang keyakian dengan 'pantauan' JPJ - pantau jer la... tindakan elek.

kes cermin gelap apahal? beribu kereta cermin gelap yg melebihi had piawaian... cakap jer lebih tapi tindakan zero... pantau je lebih baik *****t

Sorry tuan tanah.. aku bengang betul dgn JPJ ni.


AzMiR

Tanpa Nama berkata...

hopefully dpt laksanakan seluruh malaysia...mmg pentingkan diri sendiri...silau bangat!!!!

Tanpa Nama berkata...

Aku dah lama dok hangin dgn keta guna lampu putih ni... memang sial.menyusahkan orang lain.. tak penah mati punya manusia.

Harap JPJ betul2 laksanakan tugas !!!

Awan Network berkata...

yang pasang lampu putih nie memang tak tahu hormat orang lain..

[Klik Sini] Kek Yang Mengigit Manusia
[Klik Sini] Novel Kasih Danial Alya – Part 1

Tanpa Nama berkata...

jgn nk salah kn sume penggune kerete je. ade je kete yg beli2 mmg dah ade lampu hid. mcm herrier, standard kilang dari jepun mmg dorg pasang lampu hid.

Tanpa Nama berkata...

Ckp senang la wahai JPJ... kalo mmg nak halang modify, kenapa x rampas d kedai accessories jer??? mmg la orang pasang, dah lawa... kalo xnak, jgn suru jual (^_^).. kan senang...

Tanpa Nama berkata...

Pastikan semua anggota dan Pegawai JPJ mematuhi piawaian yang telah ditetapkan....... rasanya dlm kawasan parking di Pejabat JPJ & PRDM pun bersepah jenis kesalahan tersebut.