4 Okt 2011

Waduh... Banyaknya Kes Khalwat Di Dungun! Siap Jumpa Kondom Lagi...

Sekotak kondom jadi bukti

Dungun - Alasan sepasang kekasih berkhalwat kerana membuat persediaan untuk mendirikan rumah tangga selain akan melangsungkan pertunangan dalam masa terdekat ketika mengemukakan rayuan kepada mahkamah tidak dapat mengubah ketegasan seorang hakim syarie menjatuhkan hukuman.

Justeru, masing-masing didenda RM2,500 selepas didapati bersalah atas tuduhan melakukan perbuatan persediaan melakukan persetubuhan di sebuah hotel, dekat sini.

Selain itu, pasangan terbabit diarahkan dipenjarakan dua bulan jika gagal menjelaskan denda dikenakan apabila mahkamah diadili Hakim Syarie, Shamsuddin Ngah mendapati kedua-duanya bersalah mengikut Seksyen 29 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Takzir Negeri Terengganu 2001.

Hukuman ditetapkan selepas mendengar fakta pertuduhan, pengakuan bersalah dan mengambil kira rayuan kedua-dua tertuduh.

Perbicaraan di Mahkamah Rendah Syariah pagi semalam menyaksikan tertuduh, Hafiz Ibrahim, 22, dari Marang, Terengganu dan pasa-ngannya, Nurul Afifah Hussein, 21 dari Alor Tembesu, Dungun, menghadapi dakwaan kesala-han jenayah syariah selepas mereka ditahan sepasu-kan anggota Penguat Kuasa Syariah ketika berada di sebuah sebuah hotel di Jalan Paka, Dungun Terengganu pada jam lebih kurang 1.35 pagi, 25 Julai 2011.

Berdasarkan kepada fakta kes, ketika serbuan tersebut dilakukan, pintu bilik dibuka oleh seorang lelaki (tertuduh lelaki).

Hasil pemeriksaan oleh anggota penguat kuasa mendapati seorang perempuan sedang tidur atas katil sambil berselimut dan kedua-duanya setelah disoal siasat tidak mempunyai sebarang hubungan muhrim yang sah.

Sementara itu, sehelai seluar dalam lelaki milik tertuduh yang bekerja sebagai juruteknik mekanikal dan sehelai seluar dalam perempuan milik tertuduh perempuan yang bekerja kerani, baju T, sekotak kondom termasuk dua daripadanya sudah digunakan turut dirampas sebagai bahan bukti serta dibawa ke mahkamah untuk mensabitkan kesalahan ke atas kedua-dua tertuduh.

Bagaimanapun, pasangan terbabit bernasib baik daripada menjadi penghuni tirai besi selepas kedua-duanya menjelaskan bayaran RM2,500 kepada mahkamah sebagai hukuman yang dijatuhkan untuk membolehkan kedua-duanya dibebaskan.

2. Pegawai JPAM dituduh berkhalwat, keluar tingkap elak dicekup

Seorang Pembantu Pertahanan Awam, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) didenda RM2,000 atau dua bulan penjara selepas didapati bersalah berkhalwat dengan pasangannya, seorang kerani di sebuah bilik penginapan pada 13 November 2010.

Dalam prosiding berlangsung di Mahkamah Rendah Syariah Dungun pagi semalam, tertuduh lelaki, Ridzuan Che Yahya, 27 yang beralamat di Kampung Delong, Dungun didakwa mengikut Seksyen 31(a) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Takzir Negeri Terengganu 2001.

Dia didapati berkhalwat dengan pasangannya Noor Shafira Mohd Yusof, 23 yang turut menghadapi pendakwaan bersama selepas ditahan di sebuah bilik bernombor C-28 Six Villa Inn, Jalan Paka Dungun kira-kira jam 1.00 pagi, November lalu.

Menurut fakta kes dibentangkan Pendakwaraya Syarie, Wan Abdul Hakim Wan Khairul Anwar, ketika bilik tersebut diserbu, salah seorang anggota penguat kuasa melihat seorang lelaki meloloskan diri melalui tingkap bilik lalu melarikan diri ke dalam semak.

Bagaimanapun, selepas pintu bilik dibuka tiga minit kemudian oleh seorang wanita, selain pasangannya, pihak penguat kuasa turut menemui barangan serta pakaian lelaki dan wanita.

Wanita terbabit mengakui lelaki yang keluar dari bilik tersebut adalah tunangnya lalu penguat kuasa bertindak menahan wanita itu sebelum dibawa ke Pejabat Agama Dungun untuk siasatan lanjut.

Akhirnya, pada jam 4.25 pagi, pasangan lelaki melarikan diri itu hadir menyerah diri dan soal siasat mendapati kedua-duanya tidak mempunyai hubungan muhrim.

Sebaik mendengar fakta kes yang dikemukakan dan selepas ditanya beberapa kali oleh Hakim Syarie sama ada ingin mengaku salah atau lawan bicara, kedua-dua tertuduh yang kini sudah bergelar suami isteri itu bagaimanapun membuat pilihan dengan sukarela mengaku salah dan bersedia menerima hukuman bakal dijatuhkan.

Bagaimanapun, Hakim Syarie selepas mendengar rayuan kedua-dua tertuduh yang memohon agar diringankan denda memandangkan mereka sudahpun berkahwin manakala tertuduh wanita kini sedang mengandung. Hakim telah membuat teguran kerana pasangan yang disabitkan kesalahan itu ketika mengemukakan hujah rayuannya didapati tidak menunjukkan rasa keinsafan atas keterlanjuran dilakukan.

Selepas mengambil kira hujah pendakwaraya serta menimbang rayuan tertuduh, akhirnya Hakim Shamsuddin Ngah memerintahkan agar kedua-duanya membayar denda RM2,000 sebagai hukuman dan pengajaran atas kesalahan dilakukan, jika tidak kedua-duanya bakal dipenjarakan dua bulan.

Tertuduh lelaki yang berpakaian serba hitam bersama pasangannya yang berbaju kurung ketika hadir untuk prosiding perbicaraan itu bagaimanapun menjelaskan denda untuk membolehkan mereka dibebaskan mahkamah.

3. Dituduh berkhalwat dengan bakal ipar

Tindakan seorang tukang rumah menginap di rumah tunangnya membawa padah apabila dia dicekup anggota Penguat Kuasa Syariah.

Bagaimanapun nasib malang menimpanya kerana ketika ditahan, yang ada di dalam rumah itu bukanlah tunangnya, sebaliknya bakal adik ipar perempuannya.

Walau apapun, kesalahan dilakukan di rumah di Taman Kenangan, Balai Besar 14 April 2011 jam 10.05 pagi itu menyebabkan mereka dihadapkan ke Mahkamah Syariah tudu-han berkhalwat mengikut Seksyen 31(a) dan (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Takzir Negeri Terengganu 2001.

Selepas melalui prosiding perbicaraan di hadapan Hakim Syarie, Shamsudin Ngah, tertuduh lelaki yang dikenal sebagai Mohd Zam Hussain, 34 dan pasangannya Nurfarsheila Abdul Rasheed yang juga seorang pelajar kolej didenda RM1,800 atau satu bulan penjara jika gagal menjelaskan denda. -SH

Ulasan GB

Warga Dungun, bersiap-siaplah...

Ada hadith yang perlu jadi renungan:

"Apabila maksiat sudah merajalela di kalangan umatku, Allah akan menurunkan siksa dari sisi-Nya kepada mereka secara merata..." -HR. Ahmad

3 ulasan:

hyhhh berkata...

woi..nanti Allah turunkan bala kat Malaysia la kalau macam nie..

Jom terjah sini:
1)Apabila Butang “Mute” Wujud Dalam Dunia Realiti
2)5 Manusia Paling Berat Di Dunia
3) Kena Kejar Sebab Mandi Bogel
4) Porno Bagi Kesan Buruk Kepada Otak

Tanpa Nama berkata...

dungung oh dungung....

Tanpa Nama berkata...

Hebat sungguh kawasan Pak Rosli